▶ Bab 14 ◀

3.6K 448 40
                                    

Aku dan Baekhyun diam di dalam kereta yang berhenti di hujung tebing tanah tinggi. Dari atas, aku nampak lampu-lampu memyala dari bangunan. Nampak cantik dan tenang. Tapi aku tak tenang dari tadi. Aku serba salah dan takut walaupun Baekhyun ada sebelah aku. Baekhyun dah tahu semuanya.

"Soyoung.." aku menoleh. Memandang Baekhyun yang turut sama memandang ke arah aku dengan wajah yang penuh kerisauan. Aku diam. Tapi air mata aku bergenang.

"Saya tak tahu apa salah saya, Baekhyun. Saya buat jahat ke, saya buat baik ke, mesti salah dekat depan mata orang. Susah sangat saya nak rasa bahagia walau sekejap. Saya tak layak ke?" Aku tanya Baekhyun. Baekhyun pandang aku dalam-dalam. Tangannya naik menyentuh tangan aku dan digenggam erat.

"Saya cuba buat baik dengan orang, tapi apa yang saya dapat? Muka saya ni selalu jadi bahan orang sebab buruk, hodoh, tak cantik. Saya nak rasa macam ada kawan, saya nak rasa seronok. Saya tak dapat bayangkan betapa seronoknya ada kawan."

"Shh... dah. Stop." aku ditariknya ke dalam pelukan secara tiba-tiba. Aku pejamkan mata. Jatuh air mata aku membasahi mask yang masih terletak. Belakang tubuh aku dan rambut terasa diusap-usap perlahan.

"Saya boleh jadi kawan awak, Soyoung. Saya ada dengan awak, akan selalu ada dengan awak." Kata Baekhyun lagi. Aku hadam ayatnya. Aku leraikan pelukan. Air mata aku seka dengan belakang tangan.

"Tapi saya tak ada apa-apa. Saya takut kalau saya tak boleh jadi macam apa yang awak nak."

Baekhyun kerut dahi. Dagu aku diangkat supaya memandangnya.

"Yang saya nak? Apa yang saya nak?"

"Awak nak saya jadi macam perempuan lainkan? Tapi saya tak mampu. Saya mampu jadi Lee Soyoung yang hodoh je. Macam sekarang." Suara aku kembali beremosi. Baekhyun tertawa kecil. Tangannya melekap pada pipi aku.

"Saya tak pernah minta semua tu dari awak. Saya ada cakap ke?" Soal Baekhyun sambil naikkan kening. Aku menggeleng. Tolak tangannya dari muka aku.

"Memanglah tak. Tapi saya insecure."

"Jangan risaulah. Saya tak minta apa-apa." Katanya. Aku diam, dia diam juga. Aku sandarkan tubuh pada kerusi sambil memandang depan.

Tiba-tiba, Baekhyun memegang tangan aku. Aku menoleh. Tangannya naik memegang mask aku.

"Aw.. awak nak buat apa?"

"Saya nak tengok kejap." Kata Baekhyun. Aku biarkan. Aku pejam mata dan biarkan Baekhyun tanggalkan mask. Aku dengar bibir Baekhyun menyebut 'oh my God' masa aku rasa seluruh wajah aku terasa menyentuh ruang udara.

 Aku dengar bibir Baekhyun menyebut 'oh my God' masa aku rasa seluruh wajah aku terasa menyentuh ruang udara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sakit tak?" Soalnya. Terasa muka aku disentuh. Aku celikkan mata dan angguk sedikit.

"Sakit juga. Bekas kena lempang tadi." Kata aku sambil tersenyum pahit. Dia menggeleng kesal. Matanya masih fokus pada pipi aku. Aku diam.

"Pipi awak merah-merah ni. Sapulah ubat. Sejukkan sikit biar tak merenyam." Arah Baekhyun. Aku makin tersenyum pahit. Dia memandang aku hairan.

"Saya tak cukup duit nak beli lagi. Mahal." Aku terus jujur sahaja. Lagi aku simpan lagi aku sakit pada hati. Sekarang aku rasa selesa bercerita dengan Baekhyun.

"Jom buat treatment. Hilangkan parut ni." Kata Baekhyun. Aku terkejut. Terus aku geleng kepala.

"Tak naklah! Saya tak ada duit." Baekhyun berdecit. Aku memandangnya dengan ekor mata dan geleng lagi.

"Saya tanggung semua tu. Awak tinggal buat rawatan je. Okey?" Aku tetap menggeleng. Baekhyun menarik nafas. Aku betulkan duduk semula dan pakai mask. Rasa janggal bila tak pakai.

"Saya tak nak susahkan awaklah, Baekhyun. Saya selesa macam ni."

"Selesa? Saya yang sakit tengok awak macam ni tahu tak?" Katanya. Sedih aku mendengarnya. Aku pejam mata dan menunduk.

"Baekhyun, selama saya hidup, tak ada sesiapa yang ambil tahu pasal saya. Tanya kesihatan saya, berborak dengan saya macam ni. Mungkin sebelum saya kena simbah asid tu, saya okey je. Tapi dulu 11 tahun. Saya tak tahu apa-apa. Lepas tu, saya hidup sendiri, bawah tanggungan rumah anak-anak yatim. Sampailah saya 21 tahun sekarang, saya mampu hidup sendiri. Walaupun jadi orang hodoh, tak ada kawan-kawan."

Tanpa sedar aku meluahkan rasa hati aku yang berbuku. Baekhyun setia mendengar di sebelah.

"Saya bersyukur sebab tuhan temukan kita. Saya dah mula rasa perasaan yang sebelum ni saya tak pernah rasa. Mula-mula, saya takut nak kenal awak sebab saya macam ni. Tapi sekarang, saya dah rasa selesa. Terima kasih, Baekhyun." Serta-merta aku nampak Baekhyun tersenyum. Dia memegang tangan aku.

"Sama-sama."

Bersambung...

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now