Aku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa?
Rasa dihargai.
Rasa disayangi.
Rasa di... dicintai.
Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
Bergeletar segala tulang-temulang aku ketika terasa sentuhan tangan Baekhyun mengena pada lengan aku. Ketika ini, aku dan dia berada di atas ruangan pentas yang menjadi tempat kami bakal dikahwinkan.
"Ladies and gentlemen, we are gathered here on this glorious day to witness the union of Byun Baekhyun and Lee Soyoung. Please repeat after me." Suara seorang lelaki berkaca mata dalam lewat usia 40-an memandang Baekhyun, meminta lelaki itu ikut segala ayatnya.
Baekhyun angguk sebelum memusingkan tubuhnya menghadap aku. Sumpah, aku terlalu gementar sampaikan aku rasa mata aku pun ikut bergetar teruk. Nervous tahap gaban.
"IByun Baekhyun, take you Lee Soyoung as my wife, to have and to hold, for better or for worse, for richer and for poorer, in sickness and in health, to love to cherish, as long as we both shall live. I do."
Tiba giliran aku. Aku pejam mata sesaat. Bibir aku bergetar.
"I Lee Soyoung, take you Byun Baekhyun as my husband, to have and to hold, for better or for worse, for richer and for poorer, in sickness and in health, to love to cherish, as long as we both shall live. Yes, I do."
"Congratulation."
Aku dah jadi isteri dia.
-
"Welcome to our mansion, Mrs. Byun." Kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam mahligai Baekhyun. Selepas kami selesai dengan majlis tadi, tukar baju kepada pakaian biasa dan sampai di sini.
Aku hanya mampu ternganga melihat struktur rumah penthouse ini. Bukan aku meragui kekayaannya tapi ini penthouse kut! Hanya orang yang tertentu je mampu memiliki rumah semewah ini.
"Why, Mrs. Byun? Tak selesa?" Soal Baekhyun sambil menapak mendekati aku. Tangannya naik ke atas bahu aku dan berjalan menuju ke ruang tamu. Aku ikut rentak kaki dia.
"Tak, bukan tak selesa. Tapi rumah ni penuh dengan cermin. Dinding tu..." aku sampaikan tak terkata. Tak tahu nak cakap macam mana.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Saya suka design macam ni. Nampak tenang. Tak nampak kereta, tak nampak orang. Nampak awak je. Tapi kalau awak tak suka, saya boleh renovate balik runah ni."
"Eh, nak buat apa renovate? Tak naklah. Ini kan rumah awak. So, ikut suka awaklah." Kata aku. Tercabut nyawa aku bila dia kata nak ubah suai struktur rumah ni semula.
"Rumah ni atas nama awak. Saya ada rumah lain. Anggap je rumah ni hadiah perkahwinan dari saya." Kepala aku terus tertoleh ke arah Baekhyun selepas dia cakap macam tu. Baekhyun angguk bila aku angkat kening tak percaya.
"Ya, ini rumah awak. Rumah saya dekat tingkat atas."
"Tak, awak tak boleh buat macam ni." Aku tolak tangan Baekhyun yang berada di atas bahu aku. Aku melangkah ke belakang setapak.
"Kenapa?"
"Saya tak layak dapat semua ni. Baekhyun, saya sayang awak ikhlas. Saya tak perlukan pun semua ni."
"Tapi ini hadiah dari saya, sayang. Awak nak tolak macam tu je?" Aku terdiam. Serba salah bila dia sebut pasal hadiah. Aku didekatinya. Kedua belah tangan aku dipegang erat.
"Pandang saya." Aku ikut arahan Baekhyun. Terangkat juga kepala aku walaupun berat.
"Walau siapa pun awak, awak layak jejakkan kaki dekat rumah ni. Saya pun baru je beli tahun lepas. Sengaja beli dua tingkat sebab saya nak hadiahkan rumah ni untuk bakal isteri saya. Awak layak. Memang ini rumah awak pun. Kenapa nak rasa tak layak pula sedangkan ini memang dah jadi rumah awak pun? Hmm?" Soalnya. Aku hilang ayat. Kelu lidah nak bercakap sebab terkejut, terharu, tersentuh. Semuanya bercampur jadi satu.
"Terima kasih, Baekhyun." Aku pejam mata dan mulakan langkah dahulu untuk peluk dia. Kali pertama aku yang peluk dia dulu. Biasanya dia tapi kali ni aku! Lee Soyoung peluk Byun Baekhyun.
"Sama-sama, wife." Aku rasa ciuman pada ubun-ubun sebelum belakang tubuh aku terasa hangat dengan pelukan erat dia.