▶ Bab 32 ◀

3.5K 401 13
                                    

Aku menyusun semula susunan barang yang ada dalam peti ais. Rasa bosan punya pasal sampaikan aku bersihkan bahagian dapur yang memang dah cukup bersih. Aku ingatkan nak naik tingkat rumah Baekhyun. Tapi Baekhyun cakap second access card ada pada dia. Jadi aku tak boleh masuk. Niat nak jenguk-jenguk, tolong lapkan habuk ke apa. Tapi Baekhyun cakap rumah tu tak pernah berhabuk. Dia dah bayar untuk orang jagakan rumah dia dan rumah bawah ni sebelum kami kahwin.

Aku tak dapat bayangkan berapa ramai pekerja yang Baekhyun ambil untuk jaga dua rumah ni. Dengan nak mengelap dindingnya. Kalau dinding konkrit tu tak apalah. Tak payah nak mengelap sangat. Ini dinding kaca! Memang telus permandangan luar. Tu belum masuk dalam bilik-bilik khas Baekhyun. Luas dia sama luas macam rumah aku yang kecil tu. Baekhyun dah sewakan rumah lama aku tu untuk pelajar-pelajar universiti. Jadi aku adalah dapat duit tepi sikit-sikit memandang rumah tu dulu rumah ayah. Tap ayah dah meninggal. Itu jelah harta yang aku ada dengan keluarga aku dulu.

Ting!

Bunyi loceng lif mengejutkan lamunan aku. Aku berjalan sikit keluar dari dapur untuk menjengah kehadiran Baekhyun. Macam biasa, dia balik dengan muka ketat. Sejak kahwin, dah banyak kali juga aku tengok muka Baekhyun ketat macam ni bila balik rumah. Mungkin dulu aku tak kenal dia. Tapi sekarang aku kenal dah. Dia masam sikit je mesti ada sesuatu yang tak kena.

Aku memakai mask macam biasa sebelum mengekori Baekhyun yang menonong menuju ke bilik. Aku ikut langkah kakinya sehinggalah tiba di bilik. Aku sandarkan tepi tubuh pada muka pintu bilik.

"Baekhyun.." aku menyeru. Baekhyun yang baru nak tanggalkan kemeja dia terhenti. Dia tolehkan muka memandang aku. Kemudian dia senyum. Sejuk sikit aku tengok bila dia senyum macam tu. Maknanya dia tak marah aku. Dia sebal dengan orang lain.

"Saya perasan, awak asyik masam muka je bila balik." Soal aku. Aku mendekatinya dan berdiri di depan Baekhyun. Baekhyun menggeleng kecil. Dia masih senyum.

"Biasalah, saya mengajar budak-budak. Yang umur macam awak. Tak matang lagi tapi dah sibuk nak cakap pasal cinta." Kata Baekhyun. Terdiam aku dibuatnya. Banyak makna betul! Dia macam cakap aku tak matang pun ada! Tapi aku bukannya ambil hati.

"Jadi umur macam saya ni tak matanglah?"

"Tak." Wow! Terkejut aku!

"Habis tu kenapa kahwin dengan saya kalau saya tak matang?" Aku memeluk tubuh. Menjauhinya setapak ke belakang. Sengaja buat suara berjauh hati.

Baekhyun berdecit kecil. Aku dah nampak dia ketawa. Dia mendekati aku, menarik pinggang aku supaya statik mendekatinya.

"Awak tak akan mampu hidup 21 tahun dengan keadaan macam ni kalau awak tak matang. Kalau awak tak cepat melatah, maknanya awak matang. Kalau awak percayakan orang yang sayangkan awak ni, awak matang sangat, sayang." Kata Baekhyun. Lembik badan aku dibuatnya. Spontan tangan aku melekap pada bahunya.

"Awak tak jawab soalan saya lagi. Kenapa awak beria-ria nak kahwin dengan saya? Kenapa awak cintakan saya? Saya tertanya-tanya." Aku menyoal dalam nada berbisik. Tangan aku bergerak sehingga ke tengkuk Baekhyun. Mengurut kawasan itu perlahan-lahan. Dia pejamkan mata tanda dia selesa dengan pergerakan tangan aku. Agak lama juga soalan aku tergantung.

"Dengar eah. Orang yang ikhlas mencintai dia tak akan ada sebab kenapa dia mencintai." Kelu lidah aku. Ya tak ya juga. Buat apa mencintai kerana bersebab. Macam tak ikhlas je.

"Orang yang ikhlas mencintai, dia memang betul-betul tak ada sebab kenapa dia cinta. Dia cuma rasa bahagia je. Pernah dengar tak ada orang cakap, dia suka perempuan tu sebab cantik, bijak, ada mata comel?" Soal Baekhyun. Aku angguk.

"Pernah."

"Nampak sangat tak ikhlaskan?"

Aku kerut dahi. Tak faham.

"Kenapa pula tak ikhlas?"

"Dia cinta sebab perempuan tu cantik, bijak dengan ada mata comel je. Kalau semua tu tak ada maknanya dia tak cintakan perempuan tu lah."

"Ahhh... I see." Okey, aku faham sekarang. Aku pandang Baekhyun. Muka dia masih manis dengan senyuman tipisnya yang mampu menggugat jantung aku. Semua ayat dia betul. Aku nampak logik dia.

"Jadi saya tak ada sebab cintakan awak. Jangan tanya saya lagi." Kata Baekhyun. Aku mengangguk. Faham. Aku lepaskan tangan dari tubuh Baekhyun dan menolaknya menjauhi aku.

"Awak nak makan apa? Saya cuba masak sesuatu. Walaupun saya tahu awak diet." Aku senyum. Baekhyun cuit hidung aku. Aku berdecit sambil mengelakkan kepala dari menjadi mangsa cuitannya.

"Tak payah masaklah. Saya tak nak makan."

"Tak boleh. Kena makan juga even sikit. Bolehlah..."

"Roti bakar dengan sosej je. Jangan goreng eah sosej tu. Berminyak." Menganga aku dibuatnya. Sampai macam tu sekali dia diet?! Haih... sabar Soyoung. Ingat perempuan je ke nak diet? Suami kau ni pun diet tau!

"Baiklah. Nak buah?"

"Tak payah. Nanti gemuk."

Aku semakin nak siat-siat muka Baekhyun. Dia kata gemuk?! Aku rasa aku yang gemuk sekarang ni.

"Saya sediakan roti bakar dengan sosej rebus jelah eah? Saya blend apple hijau as your drink and dessert. Boleh?" Aku satukan semuanya dan melihat Baekhyun mengangguk, aku senyum.

"Okey! Nanti kalau dah siap, saya panggil."

"Ya. Haish isteri abang sorang ni."

"Apa?! Awak cakap apa tadi?!" Aku rasa macam nak berguling atas permaidani ni sekarang juga. Kembang tekak aku mendengar panggilan dia tadi. Rasa macam.. manis sangat! Aku tak kuat.

"Tak ada apa-apalah. Normallah suami bahasakan diri dia abang. Kenapa? Geli?"

Aku tak jawab soalan dia. Aku terus berlari keluar dari bilik. Abang? Memanglah biasa dengar tapi... aku tak tersebut perkataan tu.

NAMPAK MACAM DIA LEBIH MATANG DARI AKU.

Bersambung...

Nampak geli ke kalau tiba-tiba Baekhyun bahasakan diri dia abang tadi? Act saya tak sengaja pun tertulis sebab teringatkan satu novel ni so tertulis kat situ. Alah tapi normallah. Ada je fanfiction yang suami bahasakan diri dia oppa (abang). Takkan nak campur2 hangul dengan malay kan nampak weird kat situ. So why not saya nak kasi semut2 sikit. Barulah nampak watak tu betul2 suami kan. Tapi jangan risau, panggilan tu tak kekallah. Tu tak sengaja je. Jadi macam nak bagi you all guling2 je hehehehe. Enjoy!

[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)Where stories live. Discover now