"Kalau awak dah tak nak belajar dengan saya lagi, baik berhenti je masuk class saya setiap petang. Buang masa. Kalau setiap minggu kertas jawapan saya kosong macam ni, membazir masa saya je." Suara Baekhyun dah bergeletar menahan amarah yang menggila di dada. Dari dalam bilik kuliah dia menahan tadi sebenarnya. Sudah dua minggu perangai Helena begini. Mengada-ngada, selalu mencuri tumpuan orang. Kadang-kadang di dalam kelas Helena langsung tak fokus. Baekhyun pening. Dia perlu buat sesuatu.
"Apa Dr. nak jawab dengan lecterur saya kalau saya gagal dalam subjek ni?"
"Ini tanggungjawab awak, Helena. Awak yang belajar, bukan saya. Kenapa perlu tanya saya soalan tu?" Soal Baekhyun geram. Helena mendengus kasar. Dia memeluk tubuh sambil merenung jauh wajah pensyarah yang digilainya ini.
"Dr. tahu atau buat-buat tak tahu sebenarnya ni? Dr. memang sengaja lupakan pasal hubungan kita?" Kepala Baekhyun terangkat. Kepalanya tergeleng. Kemudian dia ketawa kecil.
"Pasal kita? Kita ada apa je sebelum ni? Pernah ke kita kenal? Takkan?"
"Ibu awak dengan ibu saya saudara angkat, Dr. Of course kita pun bersaudara juga."
"Then?"
Helena menarik nafasnya panjang tanda geram yang tak terhingga. Baekhyun melihat tangan kecil itu tergenggam erat. Malas betul dia hendak melayan imaginasi Helena yang kadang-kala memedihkan telinganya.
"Dr. Hyun, listen. I love you so much. Since saya kenal Dr. awal dulu. Susah sangat ke Dr. nak terima semua tu?"
"Are you crazy, Helena? Awak tahu tak saya ni siapa?"
Helena diam. Dia mendengus dan menahan nafasnya yang tersekat-sekat. Rasa marahnya agak tertahan-tahan.
"Tolong terima hakikat, yang saya dah kahwin. Dah dua minggu dah pun. Saya bahagia dengan perkahwinan saya. Tolong faham keadaan saya. Lupakan saya, kuburkan perasaan awak tu. Semua tu langsung tak berbekas untuk saya." Kata Baekhyun. Dia berdiri. Panas duduk dalam pejabatnya ini. Helena tak reti hendak beredar.
"Lupakan Dr. tu mungkin saya boleh lagi. Tapi kuburkan perasaan tu mungkin tidak kut." Kata Helena. Baekhyun hentak fail atas meja dengan wajah sebal. Dia berhenti mengemas mejanya.
"Jangan sampai saya buat sesuatu yang tak pernah saya buat selama ni, Helena."
"Dr. nak buat apa pada saya? Dr. nak lempang saya? Nak buat sesuatu yang tak elok dekat saya? Hmm?" Berdesing telinga Baekhyun dibuatnya. Helena berdiri. Baekhyun tidak membalas kata-kata pedas itu. Dia membiarkan Helena mengemas barang-barang untuk beredar.
"I'll make you regret, Byun Baekhyun. Sampai awak melutut sujud merayu depan kaki saya. Masa tu awak akan tahu, siapa saya sebenarnya." Terkatup sahaja pintu biliknya, Baekhyun terduduk lemah. Pelipis diurut. Serabut kepalanya memikirkan perangai Helena yang tidak matang itu. Lebih-lebih lagi gadis itu menyentuh isu tentang ibunya. Memang dia semakin panas membara.
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/138651021-288-k294738.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
FanfictionAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...