Jantung aku memang betul-betul ramah hari ni. Sejak keluar rumah, sampailah dalam kereta, tak henti-henti dia meloncat. Entahkan gembira ke tak, aku tak tahu. Tapi aku yakin kegembiraan jantung aku meloncat adalah kerana nervous.
"Awak okey?" Soal Baekhyun. Memecahkan lamunan aku yang agak lama tadi.
Aku menoleh dan angguk.
"Okey je. Kenapa tanya?" Baekhyun ketawa kecil. Matanya fokus memandang jalan.
"Tak ada apa-apa. Saya tengok awak macam... tak selesa je."
"Nervous. Sebab saya tak tahu pula awak sebenarnya.. ada ibu. I thought.."
"Sebenarnya dari dulu lagi saya dah patut cerita dekat awak. Tapi saya belum ready lagi nak cerita. Sebab saya.. ada masalah sikit." Kata Baekhyun. Tertoleh terus kepala aku memandang Baekhyun. Pantas tangannya yang bebas sebelah itu aku capai. Aku genggam erat.
"Awak ada masalah ke? Ceritalah." Aku dah mula tumpukan sepenuh perhatian dekat Baekhyun. Tapi dia masih dengan senyuman manis dan memikatnya.
"Nantilah."
"Alah..."
"Kita dah sampai." Aku terus pandang ke depan. Memandang gah ke arah sebuah rumah yang besarnya mengalahkan istana. Ternganga aku.
"Rumah ibu?" Aku menyoal tidak percaya. Baekhyun mengangguk sekali. Dia buka tali pinggang keselamatan. Aku buka dalam keadaan slow motion. Tak berkelip mata aku. Langsung tak menyangka Baekhyun sebenarnya bukan calang-calang.
Pengawal peribadi, pembantu rumah, tukang kebun, penjaga rumah, semuanya aku dah nampak berderet dekat kawasan rumah ni. Baekhyun keluar. Pintu kereta aku dibuka. Aku masih bergerak dalam keadaan slow motion.
"Jom masuk dalam."
"Eh, eh, kejap." Aku tahan tangan Baekhyun dari memegang aku. Aku angkat kepala. Baekhyun berkerut dahi memandang aku.
"Kenapa? Hmm?" Soalnya. Jari-jemari cantik itu naik menyentuh kesan-kesan kecil pembedahan pada muka aku yang belum lagi hilang.
"Takutlah. Rumah awak ni dah macam rumah menteri." Kata aku. Baekhyun sengih.
"Dulu papa pernah jadi ketua menteri pengangkutan. Tak payah takutlah." Sumpah, aku terdiam. Baekhyun dan aku berpegangan tangan masuk ke dalam rumah.
"Tengah hari, Tuan, Puan." Nampak?! Pengawal peribadi dan tukang kebun pun sapa aku dan Baekhyun. Tak selesa betul aku dibuatnya. Tapi aku tetap ikut jejak langkah kaki Baekhyun menapak masuk ke dalam mahligai ini.
"Hyunnn~~" Aku memandang ke arah lain iaitu ke dapur apabila ada satu suara meleret panjang memanggil Baekhyun. Kelihatan seorang wanita 40-an berlari anak ke arah kami.
"Makcik Soon." Baekhyun dan Makcik Soon berpelukan kecil.
"Sihat?" Soal wanita itu.
"Sihat. Ibu mana?"
"Ada dekat atas. Emm.. ni siapa?" Makcik Soon menghalakan ibu jarinya ke arah aku. Aku kaku apabila dia pasang mata memandang aku.
"Ohh, ni Soyoung. Isteri saya. Sayang, ni Makcik Soon. Dialah yang jaga saya masa kecil. Masa tu ibu dengan papa ada dekat overseas." Terang Baekhyun. Aku menganga kecil dan angguk tands faham. Tubuh Makcik Soon aku peluk hormat. Tapi Makcil Soon senyap dari tadi sambil merenung aku tanpa lepas. Aku janggal.
"Cantiknya dia, Hyun. Pandai memilih." Kembang kuncup hidung aku!
"Sebab tu dia dapat suami handsome macam saya." Eh dia ni? Baekhyun kenyit mata dekat aku. Aku pandang tempat lain sambil mencebik. Menyampah! Baru nak feeling rasa dipuji oleh Makcik Soon.
Makcik Soon ketawa mengekek. Dia menepuk bahu Baekhyun sekali.
"Pergilah naik atas. Ibu ada dekat atas tu." Kata Makcik Soon. Baekhyun senyum dan angguk. Baru kaki aku dan dia hendak menapak ke anak tangga, suara seseorang mematikan tindakan kami.
"Abang Hyun!"
Aku menoleh ke dapur.
"Eh, Chaeyoung."
Aku menjadi pemerhati jejak kasih antara Baekhyun bersama seorang gadis yang nampak lebih muda dari aku. Mungkin 19 atau 20 tahun.
Baekhyun dan Chaeyoung berbalas pelukan. Agak lama. Menjadikan aku statik di sebelahnya. Cemburu? Taklah. Adalah tu kenalan Baekhyun. Kalau tak, takkanlah gelaran 'abang' tu timbul di hadapan nama Baekhyun.
"How are you? Makin kurus je ni?"
"Kuruslah. Rindu dekat abang."
Kening aku ternaik mendengar perbualan ringkas itu.
"Oh, by the way, kenalkan. Wife abang, Soyoung. Soyoung, this is my youngest sister, Soon Chaeyoung. Dia anak Makcik Soon. Tapi saya dah anggap dia macam adik saya sendiri." Kata Baekhyun. Aku memandang Chaeyoung dan senyum. Gadis itu tersenyum manis. Tubuh aku diserkap secara tiba-tiba menyebabkan aku terkejut beruk. Mujur dapat selamatkan diri dari tertumbang.
"Cantiknya kakak." Gumamnya sambil kaku melihat muka aku. Serba salah aku dibuatnya. Mungkin dia tak akan cakap macam tu kalau aku tak buat pembedahan.
"Abang pandai pilih. Abang pun handsome. Kan, makcik?" Baekhyun lingkarkan tangan atas bahu aku. Aku bernanah telinga mendengarnya.
"Elehh. Kakak, nanti kita borak eah? Chaeyoung nak kenal-kenal dengan akak." Kata Chaeyoung penuh semangat. Aku jadi teruja dibuatnya melihat semangat Chaeyoung itu.
"Boleh je. Nanti akak tolong Makcik Soon kat dapur, kita boleh borak."
"Eh! Tak payahlah susah-susah." Kata Makcik Soon.
"Alah bolehlah. Saya baru je datang sini. Bolehkan kalau saya nak lepak dengan Makcik Soon?" Aku mendongak memandang Baekhyun untuk meminta pendapatnya. Melihat Baekhyun mengangguk, aku terus senyum. Makcik Soon senyum lebar tanda akur.
"Okey."
"Kami naik sekejap jenguk ibu ya?"
"Naiklah." Baekhyun dan aku naik ke atas. Kali ni aku dah mula rasa perasaan lain pulak. Perasaan nervous.
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)