Aku senyap-senyap perlahankan langkah kerana tak nak berjalan berdua-duaan dengan Baekhyun. Walaupun pusat beli-belah ini ramai pengunjung, tetapi aku rasa tak selesa setiap kali orang pandang aku dan Baekhyun. Aku rasa aku tak layak berdamping dengan dia.
"Soyoung," Baekhyun tiba-tiba pegang tangan aku. Aku terkejut. Laju kepala aku menggeleng dan cuba lepaskan pegangannya.
"Lepaskan saya, Hyun. Kita kat public. Orang nampaklah."
"So apa masalahnya?"
"Saya malulah orang tengok saya dengan awak. Kita macam langit dengan bumi." Jelas aku. Terkeluh Baekhyun dibuatnya. Dia menarik aku mendekatinya dan dengan selamba tangan sasanya itu memeluk bahu aku.
"Biarlah apa orang nak kata. Ni hidup kita. Kita tak perlu bayar apa-apa untuk jejakkan kaki ke sini." Kata Baekhyun. Aku hampir hilang ayat untuk membidas. Ya, betul.
Aku mengikut langkah kaki Baekhyun sehingga tiba di sebuah restoran. Kami masuk ke dalam dan membuat pesanan sebelum mengambil tempat duduk.
"Soyoung..." seru Baekhyun. Aku angkat kepala.
"Ya?"
"Tolong jawab soalan saya dengan jujur. Boleh?" Soal Baekhyun. Terus rasa meremang bulu roma aku. Aku pandang anak mata dia dalam-dalam, pegang belakang tangannya. Berani walaupun aku berdebar. Aku cuba biasakan diri supaya tak rasa kekok depan Baekhyun.
"Soalan apa, Baekhyun? Jangan buat saya nervous."
"Saya lagi nervous nak tanya soalan ni." Aku semakin tak sabar. Aku pandang dia penuh tanda tanya. Baekhyun tarik nafas panjang sebelum melepaskan udara dengan berat.
"Cakaplah.. apa dia?"
Baekhyun tenung aku.
"Eso..."
"Dr. Hyun?"
Aku yang tadinya menumpukan sepenuh perhatian terhadap Baekhyun, kini beralih kepada dua orang gadis cantik yang tiba-tiba dekat di sebelah Baekhyun. Aku agak terkejut melihat salah seorang gadis tersebut. Agak familiar dan aku yakin Baekhyun pun kenal.
"Helena, Jess, buat apa kat sini?"
"Kitorang window shopping, tak sangka pula terjumpa Dr. dekat sini." Kata Jess. Aku memandang mereka berdua yang memandang 'eww' ke arah aku. Mungkin dia ternampak sedikit parut yang tak tertutup tu.
"Ohh.."
"By the way, Dr. tak nak kenalkan dia siapa ke? Maid?" Kali ini telinga aku berdesing. Hello, maid?
"Eh tak, dia..."
"Kejap, saya rasa saya macam pernah nampak muka dia ni." Helena merenung aku tajam. Aku alihkan muka ke tempat lain. Rasa tak senang. Rasa tak nak duduk sini.
"Dia ni perempuan buruk yang tumpahkan air dekat meja kita tu kan, Dr.?"
Aku tarik nafas panjang. Melihat wajah sinis Helena dan Jess pun aku dah tahu, mereka sedang memperlekehkan aku.
"Helena, watch your mouth."
"Dialah someone yang Dr. cakap tadi?"
"Helena..."
"Saya minta diri dululah. Ada hal sikit lepas ni." Aku terus angkat badan dan capai beg. Kemudian pusingkan tubuh untuk keluar dari tempat yang sama seperti seksanya di kafe.
Aku hilang arah. Kali ni aku betul-betul rasa tak layak untuk Baekhyun. Dan aku yakin, cara Helena menyoal Baekhyun, dia macam tak sukakan Baekhyun dengan aku.
Aku terus berlalu tanpa menoleh. Minda aku mula menghitung-hitung. Sampai sini je ke aku dengan dia?
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)