Aku cuma perhatikan ibu dan Helena yang jelas nampak mesra. Baekhyun mula pandang aku lain macam. Aku biarkan. Aku tak nak dilabel cemburu buta. Tapi aku tak puas hati bila Baekhyun langsung tak buka mulut tentang siapa Helena dalam rumah ni.
"Helena, kenalkan, ni menantu ibu. Lee Soyoung." Aku terus pandang ibu dan memandang Helena. Helena jelas, tersenyum sinis sementara aku masih maintain senyum manis.
"Ohh.. I know her. Baekhyun dah pernah jumpakan Helena dengan dia. By the way, nice to meet you here." Kata Helena sambil tersenyum penuh makna.
"Me too." Ibu tersenyum teruja dengan kening ternaik.
"Ohh dah kenal. Ibu ingatkan tak kenal." Kata ibu. Helena ketawa halus. Nampak sangat.. sinis bunyinya.
"Siapa tak kenal dia, bu? Helena lebih kenal dia." Kata Helena menyebabkan aku tak selesa. Ibu tiba-tiba dapat panggilan telefon dan terus bangun. Helena jeling aku. Aku malas nak besarkan isu sebab aku tahu, Helena tak pernah puas hati dengan aku selama ni.
Aku bangun dari sofa. Tiba-tiba Baekhyun yang tadi duduk, dia berdiri menghadap aku sebelum dia berbisik.
"Jom, pergi dapur." Lengan aku pantas diraih dan dibawa ke dapur. Aku mengikut rentak kakinya walaupun hati aku beku sejuk. Bukan sebab Helena, tapi sebab Baekhyun yang nampak langsung tak bersalah. DIA TAK TAHU KE AKU TAK PUAS HATI?!
"Nak apa?" Aku tanya, dingin. Baekhyun duduk di kerusi bar. Dia memandang aku tanpa kelip.
"Apa pandang-pandang?" Sedar akan nada suara aku yang berlainan, Baekhyun tiba-tiba bangun dan dekatkan diri dengan aku. Aku berdecit kasar. Dia dah mula dah.
Bahu aku dipegang, muka aku dipandang. Tapi aku tak pandang dia. Cukup setakat memandang paras leher. Sama dengan ketinggian aku pada tubuhnya.
"Pandang abang."
"Cakap jelah."
"Look at me, baby." Terangkat juga kepala aku. Runtuh tembok ego kalau cara pujukan Baekhyun macam ni.
"Kenapa ni? Hmm? Pagi tadi okey, tengah hari tadi pun okey. Petang dah jadi macam ni. Kenapa, sayang?" Tanya Baekhyun dengan wajah berkerut seribu. Tetapi nada suaranya lembut, garau dan dalam.
"Mana ada apa-apa."
"Awak cemburu ke Helena balik dengan abang?" Soal Baekhyun. Memang terus laju kepala aku menggeleng. Aku berdehem kecil.
"Awak tak bagitahu pun Helena sebenarnya ada kaitan dengan awak more than student-lecturer. Kenapa tak bagitahu?" Terlepas juga perasaan terbuku aku yang aku tahan sejak semalam.
Aku pandang Baekhyun. Dalam aku merenung. Tapi dia nampak bersahaja. Seolah-olah soalan aku tadi langsung tak mencuit hati dia.
"Asal diam? Betulkan?"
"Sebab bagi abang benda tu tak penting pun nak bagitahu awak." Kata Baekhyun. Aku memeluk tubuh. Tak puas hati.
"Pentinglah. Kan dah jadi awkward tak pasal-pasal. Dahlah dia tak suka saya." Kata aku. Aku sambung lagi.
"Saya tahu, dia sebenarnya tak selesa saya ada dekat sini. Dia suka abangkan? Dia sayang abang." Ujar aku sambil mengetap gigi kegeraman. Baekhyun ketawa tiba-tiba. Tapi memang cuma aku dengan dia je yang dengar.
"Cemburu? Tak suka? Benci? Tak apa, abang suka dengan perangai awak ni. Meh cium abang nak cium." Aku terkedu sepenuhnya menahan rasa hati yang panas. Muka aku dicekup dengan tangannya dan sekelip mata aku dicium. Naik tangan aku menepuk bahu dia.
"Abang! Gila ke?!" Baekhyun sengih.
"Abang nak naik, nak mandi, tukar baju. Tolong buatkan abang coffee. Abang tunggu." Pesan Baekhyun. Aku angguk walaupun geram.
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
FanfictionAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)