"Jadi dia dekat rumah kau?" Soal Baekhyun kepada seorang lelaki yang kemas berkemeja.
"Ya. Dia dekat rumah aku. Aku tahu, dia isteri kau sebab aku nampak kau dengan dia kat mana-mana." Kata Taehyung. Ya, inilah dunia. Baekhyun dan Taehyung berkawan sebenarnya. Tapi tak terlalu rapat. Hanya sekadar kawan biasa.
"Boleh aku jumpa dia?" Soal Baekhyun. Dia nampak tenang dan tak menggelabah apabila mengetahui keberadaan isterinya sekarang kerana Soyoung ada dengan Taehyung sekarang. Dia tak perlu risau kerana Taehyung sudah beristeri dan anak seorang. Tiada tanda-tanda yang tidak menyedapkan di situ.
"Buat masa sekarang, jangan jumpa dia dulu. Dia masih lemah, masih nak reboot energy. Kalau dia dah okey, dah tenang, dah selesa, barulah aku bagi kau jumpa dia. Walaupun aku baru je kenal dia, tapi Hazel dah anggap dia macam adik kandung dia sendiri."
Baekhyun melepaskan nafas lega dan tenang setelah sekian lama dia rasa takut dan risau. Dia sendiri pun tak menyangka Soyoung menjauhkan diri darinya tetapi berjumpa pula dengan rakannya sendiri, Taehyung.
"Kau jangan terasa yang diri kau dihukum. Soyoung sebenarnya kena push dengan orang sekeliling dia. Dia rasa stress, dan rendah diri. Kau kena selesaikan masalah kau dengan mak kau, dengan Helena, barulah kau boleh selesaikan masalah kau dengan Soyoung. Satu per satu. Jangan gelabah, Baekhyun." Nasihat yang cukup matang dari Taehyung. Bahu rakannya ditepuk-tepuk tanda sokongan.
"Aku takut aku tak mampu. Aku takut Soyoung larikan diri dari aku. Aku yakin, dia insecure dengan diri sendiri. Dia rasa dia tak sempurna. Dia rasa rendah diri. Aku.. aku yakin sangat. Aku tak kisah pun siapa dia sebenarnya. Aku tak kecewa. Dia mangsa keadaan. Dia jadi mangsa Helena."
"Ya, dia insecure dan dialah mangsa keadaan. Tapi aku minta tolong dengan kau juga, bagi dia ruang. Dia kena pulihkan semangat dia. Kalau dia dah okey, aku janji, aku akan bagitahu kau." Kata Taehyung. Tersenyum dia. Baekhyun mengangguk. Wajah diraup berkali-kali.
"Aku harap sangat dia tak lari dari aku."
"Tak, dia tak akan lari dari kau. Sebab benih kau, sedang membesar dalam perut dia."
Jelas, Baekhyun terkedu.
"What?"
"Yes. She's pregnant. 2 month already. Congratulation, Dr. Byun Baekhyun."
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)
ФанфикшнAku tak cantik. Aku tak macam perempuan lain. Tapi kenapa aku mesti rasa benda yang macam perempuan-perempuan cantik rasa? Rasa dihargai. Rasa disayangi. Rasa di... dicintai. Aku dapat rasa sebab seorang lelaki. Kalau bukan dia yang ajar aku erti ci...
![[COMPLETED] All With You 모두 너와 함께 (Baekhyun EXO)](https://img.wattpad.com/cover/138651021-64-k294738.jpg)