Prologue

36K 864 7
                                    



"May I have a small unsweetened passion iced tango tea please (pink drink)." pesan seorang gadis kepada pelayan Starbuck itu.

"Sure, Miss. Just a moment." balas pelayan muda berjantina lelaki itu dengan lembut dan sopan. Senyuman juga turut dikemaskan pada bibirnya.

Selepas beberapa minit, minuman yang dipesan olehnya siap. Pelayan tersebut memandang gadis itu dengan senyuman lalu namanya ditanya.

"Miss, what is your name?"

"It's Putri." gadis bernama Putri itu menjawab sebelum mengukirkan senyuman kepada pelayan itu.

Senyuman itu kan satu sedekah. Dapat pahala tau jadi sedekahlah senyuman banyak-banyak pada orang. Tapi, janganlah senyum sorang-sorang pula. Takut orang hantar pergi tanjung rambutan.

Lalu pelayan tersebut terus menulis namanya di atas cup minuman itu berserta mini heart di sebelah nama gadis itu. Auch, manis sungguh pelayan ini. Terima kasihlah.




Putri Emylia Irdina keluar dari Starbucks sambil menghirup minuman yang baru sahaja dibeli olehnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Putri Emylia Irdina keluar dari Starbucks sambil menghirup minuman yang baru sahaja dibeli olehnya. Suka dan gembira sungguh bila dapat minuman kegemarannya.

Sepasang matanya yang berwarna koko cair itu melihat sekeliling lapangan terbang yang dipenuhi dengan ratusan mahupun ribuan manusia. Biasalah, tengah musim cuti sekolah. Memang ramailah pelancong datang mengunjungi dan ramai jugaklah orang tempatan pergi melancong ke negara orang.

Dekat sini, memang menjadi pujaan mata Putri untuk melihat jejaka-jejaka yang memintas. Lelaki mahupun perempuan bila dekat lapangan terbang, lain macam fesyennya. Lapangan terbang diibaratkan seperti fashion show pula bagi sesetengah orang terutamanya khalayak muda.

Kerana terlalu sesak, Putri hanya berdiri berhampiran dengan Starbucks tanpa bergerak. Telefon pintarnya diambil di dalam tas tangan. Aplikasi kamera dibuka, tunggu apa lagi? Selfielah!

Beberapa keping gambir diambil sehingga dia berpuas hati. Terukir indah senyuman pada bibir melihat gambar-gambar tersebut. Terlalu teruja kerana ini adalah kali pertama untuknya pergi melancong bersendiri. Sebelum ini, jangan haraplah kedua orang tuanya hendak memberi izin.

Kali ini pun sebab Putri merayu dan memujuk sehabis-habisan. Dia memang teringan nak melancong ke luar negara seorang diri. Biasa tengok video orang lain pergi melancong sorang-sorang dalam instagram je. Sekarang, dia akan dapat merasa pengalaman tersebut.

It's gonna be a good and great holiday! She hope so.

Telefon pintarnya di masukkan ke dalam tas tangan semula. Minumannya dihirup kembali dan berjalan melepasi beberapa orang. Ergh, Putri paling benci bila sesak. Begitu juga dengan semua orang kan?

Buk!

Tubuh Putri dilanggar kuat oleh seseorang membuatkan dia terjatuh bersama-sama dengan gerangan yang melanggarnya. Aduh, baru je tadi mengharapkan yang cuti kali ni akan indah. Tapi, belum sempat nak bercuti dah bad luck.

What the hell, universe?

Sepasang mata Putri terbeliak melihat minuman kegeramarannya yang sudah tumpah atas lantai yang putih berkilat itu. No way, baru minum sikit je tu. Ingat senang ke dia beratur? Penat menunggu tau.

Tas tangan miliknya juga sudah jatuh dan beberapa barang peribadinya berselerak atas lantai. Merah wajah Putri menahan geram, siapa yang buta sangat ni?

Lelaki yang sudah bangun berdiri itu, Putri pandang dengan pandangan tajam. Memang merosakkan mood betullah. Putri turut bangun dan matanya setia memandang lelaki yang berkemeja hitam, berseluar jeans hitam dan berkaca mata hitam. Cuma orangnya sahaja tidak turut hitam. Ekpresi lelaki itu seakan-akan tidak bersalah. Tak guna.

Putri menahan marah dan berdehem kecil.

"Ehem, Encik ni buta ke? Tak nampak sangat dah saya yang besar ni? Sampaikan langgar orang sesuka hati." soal Putri masih lagi lembut.

Lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya dan memandang Putri. Hekeleh, berlagak eloklah tu. Tolonglah.

Lelaki itu kemudian membongkokkan badannya sedikit supaya wajahnnya sama paras dengan wajah milik Putri. "Excuse me, Miss. Ada hati kau cakap kau besar? Macam ni kau panggil besar?" dia memandang Putri dari atas ke bawah seperti mengejek. "Minions lagi besar dari kau." tambah lelaki itu lagi membuatkan Putri menjadi bengang.

Sudahlah langgar Putri sebentar tadi, sekarang boleh pula dia kutuk figura Putri yang agak kecil dan pendek itu. Pendek is comel, apa je lelaki di hadapannya ini tahu? Berlagak.

"Kalau nak cakap saya ni kecil cakap jelah. Tapi awak kena tahu, yang awak tu buta! Itulah, lain kali jangan pakai cermin mata hitam tapi pakai kanta pembesar. Langgar orang tak reti nak minta maaf pula tu. Tolong pun tak. Berlagak, dasar tak gentlemen langsung. Lelaki macam awak ni patutnya boleh pupus je." kutuk Putri selamba tanpa memikirkan perasaan lelaki tersebut.

Sakit hati pula lelaki itu mendengar apabila dikutuk sebegitu rupa. Macam pisau dicucuk-cucuk ke hati malah dia masih lagi dengan wajahnnya yang polos tanpa perasaan.

"For your information, ikut suka hati mak bapak akulah nak pakai cermin mata ke, jam tangan dekat mata sekali pun. Yang kau sibuk sangat apa pasal? Aku tak buta, apa yang pasti kau yang jalan lambat macam itik pulang petang." balas lelaki itu tidak mahu kalah.

"What? So, awak nak cakap salah saya. Awak yang langgar saya jadi awak kena mintak maaf and buy me a new drink!" lawan Putri lagi dengan nada yang keras. Lelaki yang berada di hadapannya ini memang spesies tak pandai nak minta maaf agaknya. Mungkin perlu ke tadika semula.

"Huh." senyuman sinis dipaparkan oleh lelaki itu. "Oh, well. No sorry and also no drink, Miss Shortie. Waste my precious time." ujar lelaki tersebut dengan nada yang sinis dan berlalu pergi dari tempat kejadian.

"Hey, awak! Awak! Awak!" jerit Putri dengan nada kuat memanggil lelaki tersebut tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya dan langsung tidak menoleh kembali melihatnya.

What an arrogant goat!

Lebih baik cakap dengan binatang dari cakap dengan lelaki itu. Harap-haraplah dia tidak akan berjumpa dengan lelaki yang berkelakuan seperti itu lagi.

Nightmare.

Putri cuba untuk mengekori lelaki itu tetapi susah kerana lapangan terbang yang semakin sesak. Tambah pula, apabila pesawat yang akan dinaiki olehnya sudah diumum bahawa akan berlepas.

Tanpa melengahkan masa, Putri cepat-cepat mengemaskan barangnya yang jatuh sebentar tadi dan memasukkan ke dalam tas tangannya. Dia berlari mendapatkan bagasi Gucci yang diberikan oleh kedua orang tuanya sewaktu hari jadinya pada tahun lepas. Putri juga tidak lupa untuk menelefon dan memberitahu kepada kedua orang tuanya bahawa dia akan berlepas ke destinasinya.

Pengalaman kali pertama pergi bercuti seorang diri.

She's definitely ready





#
Kinda my first story, so maafkan ayat tak power or any mistakes. I'm still learning.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now