Sudah dua kali Putri mengetuk pintu bilik Syed tetapi tetap tiada sahutan. Dia cuba mengetuk pintu itu sekali lagi tetapi masih sunyi jadi Putri mengambil keputusan untuk terus memulas tombol pintu bilik itu. Matanya di hadiahkan dengan bilik yang kosong tanpa tuannya. Mana pulaklah suami aku ni? Putri berjalan masuk lalu dia terdengar bunyi dari dalam bilik mandi. Mungkin Syed ada dalam bilik mandi. Putri duduk di atas katil Syed sementara menunggu kehadiran lelaki itu.Anak mata Putri menangkap sebuah bagasi yang masih belum di buka. Aik! Syed tak unpack barang lagi ke? Hmmm. Pelik. Selalunya lelaki itulah yang sangat pembersih dan takkan buat kerja last minute. Harini Syed lain sangat. Tak banyak cakap. Diam sahaja. Kenapa?
Lamunan Putri berhenti apabila mendengar bunyi pintu terbuka. Mata Putri kemudian dihadiahkan dengan susuk tubuh seorang lelaki yang keluar dengan berpakaian tidur. Jelas di mata Putri, dia boleh melihat betapa pucatnya wajah Syed. Bibir lelaki itu yang sering nampak merah-merah jambu itupun bertukar ke warna ungu-ungu pucat. Putri bangun mendekati suaminya.
"Awak okay tak? Muka awak pucat." Putri bersuara menanyakan lelaki itu.
Syed memicit-micit kepalanya sebelum terus ke katilnya dan terus berbaring. Selimut di tarik menutupi tubuhnya.
"Entah. Aku pening." Syed perlahan-lahan menutup sepasang matanya.
Putri kemudian mendekati Syed dan melutut. Dia meletakkan telapak tangannya ke dahi Syed. Auch! Panas.
"Awak demamlah."
"Yeke?" Syed bersuara lemah.
"Yup! Panas sangat badan awak. Patutlah saya tengok awak lesu semacam je waktu kita nak gerak pergi airport Langkawi tadi." tangan Putri beralih pula merasa leher Syed. Mak ai! Lagilah panas.
"Panas sangat ke badan aku? Aku sejuk ni." Syed memeluk tubuh di dalam selimut itu. Dia benar-benar kesejukkan.
"Biasalah demam. Orang tu mesti rasa sejuk. Awak tunggu kejap eah. Nanti saya datang balik." Putri yang sedang melutut itu bangun.
Tidak sempat Putri berjalan tangannya dipaut oleh tangan Syed.
"Kau nak gi mana pulak? Temankan aku." cakap Syed lemah.
Putri tersenyum kecil mendengar suara Syed merengek. Walaupun suara lemah, Putri boleh mendengar ton manja dalam suara itu.
"Kejap je." Putri melepaskan tangannya lalu beredar pergi ke dapur.
Putri membasuh beras untuk memasak bubur buat Syed. Kemudian, dia membuka pintu peti sejuk dan mengambil lobak merah, ayam dan sedikit daun sup. Dia menyediakan bubur buat Syed. Apabila sudah siap Putri menuangkan air suam ke dalam satu gelas. Dia mengambil dulang lalu meletakkan bubur dan air suam tersebut atas dulang itu. Tidak lupa juga untuk mengambil panadol. Nasiblah dia ada sediakan panodal.
Putri kemudian membasahkan satu tuala untuk mendemah Syed. Setelah itu, dia membawa tubuhnya ke bilik tidur Syed. Dia masuk perlahan-lahan, Syed masih lagi dalam posisi yang sama. Berbaring.
Putri mendekati katil Syed. Selepas itu, meletakkan dulang di atas meja yang terletak di sebelah katil Syed. Putri mengambil tempat duduk di atas katil bersebelahan Syed dan mengambil tuala yang sudah dibasah itu untuk mendemah Syed.
Syed perlahan-lahan membuka sepasang mata miliknya. Terlihat wajah seorang insan yang bergelar isteri. Wajah yang selalu tersenyum buatnya.
"Suhu badan awak dah kurang sikit. Jom kita makan." ajak Putri lembut.
"Aku tak laparlah." balas Syed.
"Tak bolehlah. Awak kena makan sikit untuk dapat tenaga. Last awak makan waktu dekat kenduri je. Itupun saya tengok awak makan sikit je." kata Putri. Ini yang buat dia mula nak membebel ni.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...