Sudah hampir dua minggu setengah, Syed berlakon baik depan Melissa demi hendak tahu kebenaran. Sebenarnya, dia dah muak dengan Melissa ni. Tapi, dia bertahan jugaklah. Sedang khusyuk Syed membuat kerja tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi."Hello?" sapa Syed selepas menerima panggilan itu.
"Weh, Syed. Hang dok mana?" soal Iyyad dari talian.
"Mana lagi? Kolej of course." jawab Syed.
"Jom pergi lunch. Aku ni takdak partner pulak harini."
"Kau memang. Kalau takde partner baru call aku. Tak boleh ah. Kau lupa ke? Aku kena lunch dengan Melissa do!"
"Betul jugak noh. Takpalah."
"Ya, tapi weh kau dah pujuk kawan-kawan Putri tak tanya mana dia?"
"Tak. Depa semua kata depa taktau."
"Yeke? Takpalah. Bye." Syed mematikan panggilan itu dan mengeluh panjang. Manalah dia nak cari si Putri ni. Satu kabar berita pun dia tak dapat lagi tentang isterinya. Entah sihat ke, tak ke. Tak tahulah.
Lamunan Syed terhenti apabila ketukkan pintu bilikknya terdengar. Syed menanggalkan cermin mata yang sering dia gunakan untuk buat kerja dan membaca buku.
"Come in."
Melissa membuka pintu bilik pejabat Syed dan masuk dengan senyuman. Genbira sebab Syed dah mula baik dengannya tambah Syed cakap yang Syed masih sayangkan dirinya, lagilah berbunga-bunga hati.
"Hai, sayang." sapa Melissa mendekati tempat duduk Syed.
"Hey." jawab Syed sebaik yang mungkin. Sabar Syed, plan kau sikit je lagi nak berjaya. Hang on, my dude.
"Sekarang dah waktu lunch. Jom kita pergi lunch. I teringin sangat nak makan makanan melayu harini. Kita pergi makan nasi campur boleh?" soal Melissa manja. Sebelah tangan Syed dirangkul lembut. Namun Syed tak boleh buat apa-apa. Boleh layankan sahaja.
"Yelah, jom." kata Syed. Sebenarnya Syed ni teringin nak makan sushi roll. Tapi, minah ni tukar selera Melayulah pula. Syed sebenarnya agak pelik juga dengan Melissa, tiba-tiba minah ni nak makan makanan Melayu pula? Apa kena? Melissa yang dia pernah kenal dulu, pergh memang berlagak habis. Nama je beranak dekat Malaysia tapi semuanya nak western konon. Dari segi pemakaian dan macam-macam lagi.
Mereka berdua keluar dari bangunan dan menaiki kereta Syed untuk ke kedai makan yang terdekat. Melissa ajak Syed makan di kedai nasi campur ditepi jalan. Lagi musykil dibuatnya pemikiran Syed. Melissa ajak dia makan dekat kedai tepi jalan? Pergh, apa kenalah dengan perempuan ni? Kena rasuk ke?
Syed memandang Melissa pelik sambil mengambil lauk untuk dimasukkan ke dalam pinggannya. Melissa bukan main lagi, banyak lauk yang diambil olehnya dengan senyuman yang sangat lebar. Apa dia rindu sangat ke masakkan Melayu? Tetiba je perempuan ni.
Mereka berdua duduk di meja yang berada di hujung penjuru itu. Syed memandang pinggan Melissa sekilas. Ada ulam-ulaman, sedikit sambal belacan, ikan bakar, sayur campur, telur mata dan ayam goreng. Mak ai! Boleh habis ke? Aku yang lelaki pun ambil lauk sikit je. Dia ni membela ke?
Melissa yang sudah separuh makan tu memandang Syed yang belum lagi menjamah apa-apa.
"Kenapa you tak makan lagi? Tak selera ke?" soal Melissa masih lagi khusyuk makan.
"Tak-takdelah. I nak makanlah ni." kata Syed lalu dia membaca doa makan dan mula makan nasi campurnya itu.
"Sedaplah. Kalau you nak tahu, I sebenarnya dah berapa hari teringin nak makan makanan Melayu. Nikmatnya bila dah dapat." kata Melissa ceria.
"Really? You makanlah. Kalau nak tambah lagi, go ahead. I belanja." kata Syed lalu menyedut minumannya.
Melissa membentukkan senyuman lebar dan mengganguk gembira. Dia meneruskan untuk makan.
Syed memang pelik teruk. Tapi dia langsung tak ada idea apa yang Melissa tengah alami sekarang. Mood dia pun tengah baik harini. Patut ke aku suruh dia terus terang mengenai abang Aniq? Belum lagi kut. Nantilah.
Selepas dua puluh minit, mereka berdua sudah pun selesai makan. Syed sendawa kecil. Kenyang. Walaupun dia teringin nak makan makanan lain, takpalah. Sushi roll tu esok-esoklah.
"Syed, kita ada masa sikit lagi sebelum nak masuk kolej balik. Kita pergi Secret Recipe jap boleh tak? I nak carrot cake." ujar Melissa yang sedang berjalan disebelah Syed.
"Okay, sure. Alang-alang I boleh beli chocolate cake dekat mummy. Dia teringin nak makan." kata Syed semasa berada di dalam kereta.
"Yeay. Thanks Syed."
🌹🌹🌹
Putri yang baru sahaja sudah mandi itu, meregangkan tubuhnya. Senaman sikitlah. Sebab beberapa hari ini, dia asyik duduk atas katil je. Tak sihat. Suka sangat mual-mual. Dah makan ubat pun masih lagi tak lega. Kadang okay, kadang tak. Dia sendiri pun tak faham dengan tubuhnya sendiri.
Putri mengambil botol conditioner, dibuka penutupnya dan dilurutkan pada rambutnya. Kemudian, rambut ikal mayangnya disikat rapi.
"Ah, freshnya rasa lepas mandi ni." tiba-tiba telefon pintar Putri berbunyi, tanda mendapat notifikasi. Dia pergi mengambil telefon pintarnya dan duduk di atas katil. Aplikasi whatapps dibuka, dia menerima satu mesej dari seorang lelaki.
"Hi awak. Awak tengah buat apa tu?" Putri membaca mesej itu, si Zareeflah penghantar tersebut. Lelaki ni sorang je yang tahu nombor barunya sekarang. Itupun Zareef paksa nakkan nombornya, kalau tak memang taklah dia nak bagi. Zareef ni tiap-tiap hari mesej, tanya itulah inilah. Tapi, Putri macam layan tak layan je. Dia tak tahu ke aku ni dah kahwin? Tanpa membalas apa-apa, Putri hanya tinggalkan bluetick sahaja dan terus pergi menukar bajunya.
Setelah selesai menukar baju, Putri kembali duduk diatas katilnya lalu mengambil telefon pintarnya. Akaun instagram keduanya dibuka, ini langkah berjaga-jaga sebab dia tak nak Syed boleh track lokasinya. Sampai sekarang Syed masih belum lagi jumpa dirinya, itu bermakna Farhana memang tepati janji.
Sewaktu dia tengah menatal skrin telefon pintarnya, satu gambar bayi menyinggah wallnya, comelnya. Tersenyum lebar dia melihat gambar bayi tersebut. Bulatnya mata dia. Kemudian, Putri menatal lagi skrin telefon pintarnya, terpapar gambar ketam masak cili api. Ya allah, gugur iman dia melihat gambar itu. Dah tiga hari dah dia teringin nak makan ketam masak cili api.
"Sedapnya tengok. Asallah aku asyik craving macam-macam sangat ni? Haritu pasembor, itupun tak dapat. Sekarang ketam pulak!" bebel Putri kepada dirinya. Ah! Tak kira harini dia nak juga makan ketam. Jadi Putri terus bangun dari katil dan pergi menggosok shawl miliknya yang berwarna hitam. Setelah selesai digosok, Putri memakai lalu melilit dikepalanya dengan kemas.
Disebabkan dia malas nak bersolek jadi dia hanya memakai sedikit bedak compact. Usai, berpuas hati dengan penampilannya dia terus mengambil beg tangannya untuk keluar dari bilik. Putri menuruni setiap tangga dengan berhati-hati, tak nak jatuh. Sudahlah baru je mula nak sihat sikit ni.
Setelah sampai ditingkat bawah, Putri melemparkan senyuman kepada wanita tua dan seorang lelaki yang berada di ruang tamu itu.
"Putri, nak gi mana?" soal lelaki itu.
"Tula, Putri nak pi mana? Sihat dak lagi ni?"
Dengar sahaja soalan itu, Putri mula tersenyum gementar. Macamana ni? Kalau cakap nak keluar, mestilah tak boleh. Bukan dia tak kenal wanita tua dihadapannya ini, cukup pantang kalau masih tak sihat tapi nak keluar rumah. Sudah hampir dua bulan dia tinggal dengan wanita tua ini, memang overprotective. Dulu, dia dah terbiasa dengan papa, mama dan Syed yang memang overprotective jugak. Sekarang ni, wanita tua dihadapannya pula.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...