Chapter 20: Wedding day

18.7K 516 14
                                    



Hari yang di nanti-nantikan oleh kedua-dua pihak keluarga Syed dan Putri sudah menjelang. Mereka sangat teruja dengan majlis perkahwinan anak mereka iaitu Syed dan Putri yang bakal disatukan pada malam ini. Kedua-dua pihak keluarga itu sudah menyediakan dan membuat tempahan yang paling eksklusif untuk majlis anak tunggal mereka. Merekalah yang membuat tempahan dan berurusan bersama pihak hotel mengenai majlis perkahwinan anak tunggal mereka.

Tempat majlis perkahwinan yang bakal dianjurkan adalah di salah satu hotel yang mewah di bandar Kuala Lumpur. Almaklumlah orang kaya. Majlis anak mereka perlulah sempurna. 'Wedding of The Year' gitu.

Kalau boleh sebenarnya kedua-dua belah pihak orang tua mereka nak buat seperti ala-ala 'disney' tetapi tak jadi kerana kedua-dua bakal pengantin itu membantah. Tak nak seperti disney tetapi nakkan modern wedding. Walaupun kedua-dua bakal pengantin itu tak berapa setuju dengan perkahwinan ini. Mereka masih lagi nak majlis mereka ini seperti yang mereka impikan dan inginkan. Jadi disebabkan kedua-dua pengantin itu membantah dan tidak mahukan disney wedding kedua-dua pihak keluarga mereka pun ikutkan keputusan anak mereka. Majlis perkahwinan mereka kan jadi haruslah ikut taste pengantin sendiri.

Putri dan kawan-kawannya berada di salah satu bilik hotel mewah yang di sewa oleh orang tua Putri. Dua orang stylist yang bakal mengayakan Putri juga turut berada di dalam bilik hotel mewah itu. Seorang stylist sedang mengayakan rambut Putri. Manakala seorang lagi sedang makeup kan Putri menggunakan kemahiran dari sentuhannya.

"Hmmmm, bestfriend aku dah nak kahwin. Tiba-tiba rasa sedih." kata Rafiqa menahan tangisan. Teremosi sikit.

"Itulah, sedih pulak rasa. Semalam aku teruja nak tengok kau kahwin. Tapi malam ni rasa sedih nak lepaskan bestfriend aku yang paling aku sayang nih." tambah Aina juga menahan sebak. Haih! Mulalah drama diorang yang tak berbayar ini.

Putri tergelak kecil melihat gadis-gadis itu. Patutnya dialah yang sedih sebab dia tak suka dengan perkahwinan ini tetapi terbalik pula. Kawan-kawannya pula yang terlebih emosi malam ini.

"Hahaha, korang ni aku nak kahwin je. Bukannya aku nak pindah pergi mana-mana. Tak payah nak emosi sangatlah. Aku sentiasa dengan korang tau. Walaupun aku dah nak kahwin korang tetap menjadi prioriti aku tau." pujuk Putri.

"Entah, korang ni melebih pulak. Pening aku tengok korang." sokong Farhana menggeleng kepalanya.

"Hahahaha, aku pun sokong Putri dan Farhana. Tak perlulah nak bersedih bagai. Patutnya kita perlu gembira untuk bestfriend kita yang bakal diijab kabulkan nanti. Tak sabar nak tengok Mr Syed, dia mesti hensem kan?" kata Mimi.

"Amboi-amboi kau. Aku tembak kau dengan senapang nanti." marah Putri. Hehehe kata tak sukakan Syed tapi marah jugak. Apakah?

"Ala, aku gurau aje. Janganlah marah princess. Janganlah tembak aku. Aku muda lagi plus tak kahwin lagi tau. Kesiankan lah kawanmu ini." ujar Mimi membalas.

"Hekeleh, gatallah kau ni." kata Farhana lalu mencubit pipi Mimi.

"Aah! Sakit." marah Mimi lalu melarikan diri dari cubitan Farhana.

Mereka berbual-bual lagi sehingga ada dua orang wanita tua masuk dan mengganggu perbualan mereka. Mata mereka dialihkan ke arah kedua wanita tua itu.

"Oh, aunty. Masuklah." pelawa Rafiqa sopan.

"Aunty berdua nak cakap dengan Putri ke? Kalau macamtu kitorang boleh keluar dulu." soal Farhana. Tak naklah ganggu perbualan di antara keluarga Putri dan juga hormatkan kedua wanita yang baru masuk itu.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now