"Terima kasihlah Puan benarkan saya pinjam buku ini." kata Farhana lalu menghulurkan buku yang dipinjamnya."It's nothing Farhana. Kamu nak sambung belajar atau kerja lepas ni?" soal seorang wanita tua iaitu pensyarah yang pernah mengajar Farhana pada semester pertama.
"Uh, kerja rasanya."
"Ah! Baguslah kalau macamtu. Jaga diri baik-baik." senyum wanita tua itu.
Farhana mengganguk lalu meminta diri untuk pergi. Dia memulas tombol pintu dan keluar dari bilik itu. Farhana berjalan hendak keluar dari bangunan kolej tetapi tangannya tiba-tiba ditarik masuk ke satu bilik.
"Ish! Lepaslah. Apeni?" marah Farhana. Lelaki itu menolak dia jatuh ke sofa. Farhana memandang lelaki itu tajam.
"I have something to tell you. Spare me some time will you?"
"Some time? Huh. Eh, satu saat pun tak layaklah untuk kau, Megat Aiman." kata Farhana sinis lalu bangun untuk keluar dari bilik tersebut tetapi Megat Aiman menariknya kasar dan sekali lagi dia jatuh atas sofa itu. Megat Aiman menindih Farhana.
"Kau dengan kakak kau memang jauh beza sangat perangai kan? Kakak kau lemah-lembut dan sangat naif. Kau, kasar." kata Megat Aiman lalu mendekatkan jarinya ke bibir Farhana.
"Bangunlah bodoh! Lepaskan aku! TOLONG!!!" desak Farhana cuba menolak Megat Aiman, tetapi lelaki itu terlalu kuat buatnya.
"Shhhhh, takde sesiapa yang boleh tolong kau sayang. Kau jual mahal. Aku nak mintak maaf baik-baik tapi kau dengan perangai bodoh sombong layan aku." jarinya didaratkan di atas bibir Farhana. Farhana mengigit jari Megat Aiman kuat sehingga lelaki itu menjerit kesakitan. Farhana kemudian mengambil kesempatan menolak tubuh Megat Aiman jatuh ke lantai.
"Kau jantan tak guna! Kau ingat aku boleh maafkan kau ke dengan apa yang kau buat dekat kakak aku? Pergi mamposlah setan." kata Farhana lalu mendaratkan sebiji tumbukkan di wajah Megat Aiman. Tidak cukup dengan itu, dia sempat menendang Megat Aiman hingga jatuh semula ketika lelaki hendak bangun.
"Kau jangan ingat aku takut dengan kau. Macam kau cakap, aku bukan kakak aku. Ini aku, Nur Farhana bukan Nur Farina. Sekali lagi kau kacau aku atau keluarga aku, kau tunggu nasib kau. Aku takkan teragak-agak nak report segalanya tentang kau mengambil kesempatan atas aku termasuk kisah lalu kau dengan kakak aku. Kau kena ingat yang aku ada segala bukti Megat Aiman. Kau tak boleh lari." kata Farhana lalu menujukkan senyuman sinis kepada Megat Aiman yang terbaring di lantai.
"Don't you dare Farhana!"
"Like I said, I'm not like my sister. If you play with me, I will show you how it play." ujar Farhana lalu sempat mengenyit mata kepada lelaki itu dan terus keluar dari bilik itu.
Farhana ternampak Melissa Shahira yang sedang mengendap bilik pejabat Syed. Apa pulak betina ni nak buat? Farhana terus pergi menolak Melissa Shahira hingga kepala wanita itu terhantuk di tingkap bilik pejabat Syed.
"Owww, ish apa masalah you ni? Main tolak-tolak?" marah Melissa melihat Farhana.
"Kau ke? Ingatkan pencuri mana tadi. Dari belakang nampak macam penyangak." kata Farhana sinis.
"How dare you. Mentang-mentang dah habis belajar. You boleh kurang ajar dengan I macamni? Ingat yang you punya markah exam belum keluar." balas Melissa seperti memberi amaran.
"Kau ingat aku kesah ke? Setakat multimedia kau tu pergi mampos. Ni aku nak pesan sudah-sudahlah nak menangkan hati Mr Syed. Aku tengok murah sangat kau ni, muka dengan perangai sama-sama hodoh!" Farhana teris berjalan keluar lalu tersenyum sinis mendengar carutan yang keluar dari mulut Melissa. Sentap ke tu wahai sotong kering?
🌹🌹🌹
"Tahniah Iyyad. Sorry aku kacau majlis kau kan malamtu." kata Syed Aniq Muhaimin dengan ton rasa bersalah.
"No bro, it's okay. Aku happy hang balik Malaysia akhirnya. Your mummy miss you so bad." balas Iyyad. Aniq tersenyum.
"Entahlah. Aku tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tak."
"Betul. Aniq, you have to prove them that they're wrong. Sampai bila nak orang pandang hang macamni. Sampai bila nak lari dari keluarga sendiri." kata Iyyad cuba menaikkan semangat Aniq.
"Yes, thanks bro. Aku dah cuba sedaya upaya cari bukti tapi tak dapat. Aku dah hire orang untuk cari Daniel tapi tak jumpa. Lagi satu aku pasti ada someone yang letak something dalam minuman aku dan dia jugak yang ambil gambar serta video. Tapi, aku tak tahu siapa. Aku cuma perlukan dia dan masalah aku settle." terang Aniq.
"Takpa, aku tolong. Kita cuba cari Daniel dulu. Pelik betul mamat ni tiba-tiba menghilang."
"Aku pun pelik dengan dia. Aku rasa dia ada bersubahat malamtu."
"Tula, dia dengan Melissa pun rapat semacam. Even, Syed pun pernah rasa fishy dengan mereka." kata Iyyad kembali mendapat anggukkan dari Aniq.
🌹🌹🌹
Putri melihat suaminya yang sedang memandang kulit buku, termenung. Sudah dua minggu berlalu selepas berjumpa dengan lelaki misteri itu. Syed makin hari makin tiada mood dan kembali beku. Tak ceria seperti selalu, dia dan Syed baru mula rapat waktu di majlis tu tapi Syed kembali diam. Dia layan dengan Putri baik, cumanya lain dan terkadang kasar jugak bila Putri melebihi limit. Kalau ditanya, sepatah dia jawab. Selain daripada itu, Syed juga kurang makan dan asyik terperuk dalam bilik. Risau Putri dibuatnya.
Putri ada juga menelefon Puan Maria bertanya siapa lelaki yang datang sewaktu majlis Iyyad, tetapi Puan Maria suruh bertanya kepada Syed. Katanya, dia tiada hak hendak cerita mengenai kelurga orang lain walaupun berbisan.
"Abang, saya dah siap masak. Nak makan?" soal Putri.
"Tak nak. Abang kenyang. Abang nak tidur." Syed meletakkan buku di atas meja ruang tamu berlalu pergi menaiki tangga dan masuk ke biliknya. Sedikit pun tidak dipandang wajah isterinya.
Putri mengeluh panjang. Apa kenalah dengan suami aku? Kisah silam apa yang dia lalui? Putri pergi menyimpan semua makanan yang dia masak, dah suaminya tak nak makan dia juga tiada selera. Putri melangkah ke ruang tamu dan mencapai telefon pintarnya lalu satu nombor di dail olehnya.
"Hello." panggilnya.
"Boleh tak kalau kita jumpa?" soal Putri.
"Ah! Bukan besok tetapi lusa pun takpa. Asalkan jumpa dengan Putri please. I need you. I only have hope in you." rayu Putri lalu cepat bibirnya tersenyum apabila pemanggil itu bersetuju dengan permintaannya.
Usai itu, Putri menaiki tangga dan terus masuk ke bilik perkongsiannya dengan Syed. Ya, sekarang dia dah pindah bilik atas permintaan suaminya hari itu. Tapi, dia rasa macam takda function pun, kalau dua-dua diam macam tak kenal antara satu sama lain. Apa salah dia? Kenapa Syed perlu bersikap begini padanya? Sedangkan satu cerita pun dia tidak tahu. Bila ditanya pasal lelaki misteri itu, ada sahaja alasan. Bila di desak, dia pulak yang kena marah. Putri baring di sebelah Syed dan mula tidur tanpa hiraukan lelaki itu.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...