"Tak, kau asal? Nangis terangguk-angguk macam beruk hilang anak aku tengok." selamba Aina bersuara sambil menonton drama di kaca TV. Tidak lupa keropok ubi kentang pedas yang satu-satu disuap ke mulutnya."Kan aku dah cakap dekat kau. Haniff kena pindah. Dia kena bertugas dekat Moscow. Kau pekak ke?" Mimi menarik muka masam, Aina ni memang tak membantu langsung.
"Oh, kau dah bagitahu ke? Tak dengarlah. Lain kali kau bagitahulah waktu iklan. Drama aku penting ni." sebiji kacang tanah yang siap dikupas, dimakan dengan penuh nikmat.
"Isk! Kau memang. Geramnya aku tengok kau ni. Hidup kau dengan drama, drama, drama lepastu makanan. Haih, cubalah kau faham sikit perasaan aku yang nak kena tinggal ni. Sedih." hilang sikit kesabaran Mimi. Nak mengadu pun susah dengan Aina ni.
"Aku dah cuba dah faham perasaan kau. Tapi, biasa je. Kena tinggal dengan tunang je pun. Nanti dia baliklah. Rileks-rileks sudahlah." mata Aina tetap setia pada skrin televisyen tanpa melihat Mimi yang kesedihan.
Mimi mengeluh berat. "Aku macam nak cekik-cekik kau bagi dekat pontianak. Kau ni memang tak faham perasaan orang bercinta. Nanti bila kau dah jumpa someone, kau rasalah semua tu."
"Hmmm, aku tak nak someone tapi the right person. Tunggu jelah dia datang." kali ini Aina menyuapkan mi segera pula ke dalam mulutnya.
"Haha, the right person? Kalau the right person tu tengok kau macamni, aku bet dia lari jauh-jauh. Tak percaya jodoh dia perangai entah apa-apa. Tahu makan, drama." Mimi menggeleng kepalanya melihat Aina. Kelilingnta penuh dengan makanan. Apa perempuan ni membela ke?
"Patutnya dia kena bersyukurlah, aku duduk rumah saja dan senang nak dijaga. Daripada kau, asyik keluar sini sana pastu menghabiskan duit laki kau je nanti. Shopping." Aina menjeling sekilas melihat Mimi yang seperti agak sentap. Padan muka, kena batang hidung sendiri. Aina tergelak besar dalam hati.
"Eh, ta-takpelah. At least, aku bergaya untuk dia." Mimi cuba mempertahankan dirinya.
"Tch, bergaya konon. Eh, aku kalau nak keluar dari rumah pun bergaya jugak. Meletop top top, kebabom lebih dari kau tau." Aina menggulingkan bebola matanya.
"Eleh, bergaya pun kau tak laku. Sorang pun tak lekat. Apa citer?" Mimi sengaja nak cucuk jarum.
"Halah-halah, kau macam tak tahu. Aku ni berlambak-lambak orang berlumba nak. Tapi, tulah aku je yang tak layan. Mahal, bukan macam kau. Haniff tu terserempak dengan kau nak beli barang rumah pastu tolong hantar je, pun dah cair melebur melebus sebagainya. Aku ni kental." kata Aina bangga. Bukan nak mengangkat bakul sendiri tapi memang betul pun. Aina walaupun jarang nak keluar, tapi dia lebih ramai kawan lelaki berbanding Mimi yang memang sosial, Rafiqa dan Putri. Ramai je yang minat dengannya tapi semua dia tolak mentah-mentah.
"Ish, diamlah. Benci aku cakap dengan kau." Mimi mencebik. Geram pula dia dengan Aina ni, asyik kenakan dia.
"Tak payah nak cebik sangatlah. Kau kena ingat aku bukan Haniff. Tak teringin aku nak pujuk kau." Aina meneruskan suapan mi segeranya hingga licin. Keropok ubi kentang pedas dicapai semula untuk dihabiskan.
Mimi yang mendengar kata-kata Aina hanya menjeling Aina. "Baklah, sikit." pinta Mimi.
"Kenapa pulak? Ini aku punya. Kau pergilah amik dekat dapur."
"Kedekut."
"Eh, kau ada dengar tak?"
"Dengar apa? Kau janganlah nak takut-takutkan aku pulak." Mimi mendekati Aina. Walaupun siang, takut tu tetap ada. Sudahlah, mereka berdua sahaja dirumah ini.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...