Chapter 34: Accidental kiss

17.9K 514 16
                                    



Ligat otak Putri memikirkan bagaimana dia hendak memujuk Syed. Dia tidak kisah langsung setakat nak buat karangan itu cumanya dia perlukan lebih masa.

Kau bayangkan empat karangan dan nak kena hantar esok pagi. Fuh. Otak dia tidaklah berfungsi terlalu baik sampai begitu kut. Sehari sampai empat karangan. Macam mana ya nak lembutkan hati Syed? Mesti ada jalan punya, mood Syed baik kut hari ini. Dari pagi mood dia memang sempurna. Mari kita cuba. Gadis itu berharap yang lelaki ini akan berlembut hati. Tolonglah!

Putri menghampiri lelaki itu. Dekat sangat sampaikan masing-masing boleh terbau minyak wangian antara satu sama lain. Tergamam Syed. Apa yang budak ni nak buat pula? Haduh, janganlah macam-macam wahai isteri.

"Awak please? Bukan esok pagi eah? Hmmm?"

Putri memujuk Syed dengan wajahnya yang sedikit mencongak melihat wajah lelaki itu. Bukan wajah sebenarnya tetapi mata lelaki itu menjadi sasaran. Mata bulat, koko cair milik lelaki itu ditatap oleh Putri.

Apabila, bebola mata mereka bertemu. Syed seperti lupa daratan. Dia turut membalas hubungan mata bersama gadis itu. Mata gadis itu adalah kelemahannya. Mata gadis itu yang berwarna koko pekat ibarat seperti coklat manis. Mata itu juga boleh mencairkan hatinya mahupun kebahagiaan. Mata yang memang memikat dan boleh mencairkan seluruh dirinya.

Putri perasan yang Syed seperti tenggelam di dalam matanya jadi sepantas kilat bibirnya menyulam secebis senyuman manisnya. Mata Syed kemudian mendarat ke bibir merah jambu milik Putri. Senyuman yang sungguh menarik hati dan paling manis. Secara automatik, bibir Syed juga turut membalas senyuman itu.

Syed benar-benar sudah terlupa yang mereka berada di dalam dewan yang penuh dengan pelajar. Itulah niat Putri sebenarnya. Putri langsung tidak kisah malah dia menikmati masa ini. Boleh buat Adiba cemburu juga. Hehe. Sambil menyelam kita minum air.

Kawan-kawan Putri yang masih sedang berdiri di belakang pasangan itu membalas senyuman di antara mereka. Mereka tahu apa yang Putri cuba buat. Putri seorang yang tetap pendirian. Apa yang dia inginkan, pasti dapat. Jadi, mereka hanya diam tidak menganggu gadis itu. What are friends for right?

Hubungan mata Syed dan Putri termati apabila kedengaran sebuah buku jatuh ke lantai. Ah! Tak guna. Kacau line, Putri mengerutkan dahi kemarahan.

"Umm, sorry. Tak sengaja." kata seorang gadis lalu menggulingkan matanya. Tidak suka melihat adegan pensyarah  kesayangannya bersama Putri.

Putri mendogak melihat gadis itu lalu dia menghadiahkan senyuman senget kepada gadis itu, Adiba. Syed yang mula tersedar dari situasi ini, lalu dia terus berdehem dan menjarakkan tubuhnya dengan Putri.

"Don't awak me in class, Putri. No, kau kena hantar esok juga." bisik Syed perlahan dengan nada yang agak tegas. Suaranya hanya gadis di hadapannya sahaja yang mendengar.

Putri mencebik mendengar bisikkan itu. Kenapa?! Dia nak lebih masa juga. Tak boleh. Apa yang dia nak, dia dapat. Tak kira bagaimana pun.

"Awak, tolonglah. Bagilah lebih masa. Apa yang susah sangat." pujuk Putri lagi.

"Kau lambat kan? So? No!"

"Ish, awak ni kejam. Saya cakap dekat mama." bisik Putri masih lagi mencuba. Mungkin dengan cara ini menjadi. Mungkinlah.

"Bagilah tau. Aku beritahu kata kau lambat datang kelas." balas Syed semula. Tak nak kalah juga. Itu yang membuatkan Putri lagi bengang.

Pasangan itu ibarat seperti kucing dengan anjing kalau di lihat. Semua pelajar langsung tidak mendengar perbualan pasangan itu termasuklah kawan-kawan Putri di belakang. Bisikkan pasangan itu tersangatlah perlahan. Semua pelajar di dalam dewan itu pun nak dengar juga.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now