Putri masih lagi setia disisi Syed, mereka berdua dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Selepas sahaja lelaki yang dia tidak kenal itu muncul, Syed terus mengajaknya pulang tanpa menegur lelaki itu. Wajah cemberut Syed jelas boleh dilihat olehnya. Dia langsung tidak berani untuk utarkan satu ayat pun kepada suaminya, apalah yang bermain di fikiran Syed agaknya?Syed memandu dalam fikiran yang serabut, kenapa dia perlu balik sekarang kenapa? Aku benci kau, Syed Aniq Muhaimin!
"Apa yang Aniq dah buat ni? Daddy tak pernah ajar kamu sampai macam ini?! Daddy malu. Daddy malu dapat anak sulung macam kamu!" jerkah Tan Sri Syed Amran lalu menampar pipi kiri Syed Aniq Muhaimin dengan kuat.
Syed Aqil Mikhael pula setia bersama Puan Sri Siti Aisyah yang sedang menangis teresak-esak. Sejujurnya dia juga malu dengan perbuatan abang sulungnya. Marah menyelubungi dirinya. Dia tak percaya akan berita yang tersebar melibatkan abang sulungnya itu.
"Daddy, Syed tolonglah dengar penjelasan Aniq dulu. Aniq tak salah. Mummy tolong Aniq. Cakap Aniq tak salah. Aniq tak salah mummy, Aniq tak salah." air mata Syed Aniq Muhaimin jatuh satu per satu.
"Huh? Tak salah? Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri abang! Oops abang? Layak lagi ke kau untuk dipanggil abang?" Syed berkata sambil memandang Syed Aniq jijik.
"Abang, Syed kita dengar dulu apa yang Aniq nak cakap." rayu Puan Sri Siti Aisyah.
"No! Abang takkan percaya. Kalau Aisyah rasa Aniq lagi penting, awak percayakan dia then ikutlah dia keluar. Abang rasa malu! Malu dapat anak macam ni." Tan Sri Syed Amran berkata dengan wajah bengisnya. Esakkan dari Puan Sri Siti Aisyah semakin kuat.
"Daddy nak kamu keluar dari rumah ni, kamu bukan lagi anak daddy. Kamu tak layak jadi sebahagian dari keluarga Syed's kalau perangai macam syaitan, tak pandai jaga maruah keluarga macamni." Tan Sri Syed Amran terus naik ke biliknya dengan perasaan marah.
"Aku pun dah muak dengan perangai kau yang berlagak baik, kau bukan lagi abang aku! Kau dengan Daniel sama je. Depan baik, belakang kalah syaitan." Syed pula beredar dari ruang tamu terus keluar dari rumahnya.
Puan Sri Siti Aisyah bangun dan pergi memeluk anak sulungnya dengan erat lalu dibalas oleh Syed Aniq kembali.
"Mummy. Kenapa mereka susah sangat nak dengar apa yang Aniq nak sampaikan? Aniq tak bersalah Mummy. Ni semua ada dalang belakangnya my, Aniq tak pernah terfikir pun nak buat benda terkutuk tu." jelas Syed Aniq kepada Puan Sri Siti Aisyah.
"'Mummy tahu sayang, mummy percayakan Aniq. Tabah ya sayang. Allah bagi ujian sebab dia sayang hambanya." pujuk Puan Sri Siti Aisyah.
"ABANG!" panggil Putri kuat.
Lamunan Syed terus berhenti mendengar suara isterinya itu. Allahuakbar boleh pecah gegendang telinga kalau macamni.
"Lampu isyarat dah hijau! Jalanlah, nasib dah lewat kereta lain takde dekat belakang. Kalau tak mesti dah kena hon tau." bebel Putri. Syed hanya menyimpan senyum. Bini dia kalau tak bebel tak sah.
Tidak beberapa lama kemudian, mereka berdua sampai ke rumah. Syed membuka pintu rumah dan masuk terus memanjat tangga untuk ke biliknya diikuti Putri. Tidak sempat Putri hendak masuk ke biliknya, Syed terus panggil dia.
"Sayang!"
"Hmmmm." Putri memandang suaminya lembut.
"Jom tidur dengan abang malamni." ajak Syed.
"Why?" soal Putri pelik.
"Why not."
"Ish, orang tengah serious memain pulak."
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...