Chapter 87

13K 449 45
                                    



"Sorry, sayang." lelaki itu menundukkan wajahnya sedikit. Sedih. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak menangis dihadapan gadis ini.

"Takpe, you kerja kan? You pergilah. I tak larang. I boleh tunggu." balas gadis itu sayu. Mulut boleh kata lain tapi hati sendiri tak boleh nak menipu. Sedih tetap sedih.

"I promise no one will ever replace you." bibirnya dipaksa untuk mengoyakkan senyuman.

"You sure ke, Haniff? Kita pegang pada kata-kata ni jelah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde.." Mimi takut nak menghabiskan ayatnya.

"Sayang, what are saying? Jangan cakap macamtu." kening Haniff mengerut mendengar kata-kata tunangnya itu. Tak sanggup nak melepaskan gadis ini. Kalau ikutkan hati memang dia tak nak tinggalkan gadis ini tapi kerjaya juga penting demi masa depan dengan Mimi.

"Haniff, cuba you bayangkan. You nak pergi sana almost three years. Perjalanan bukannya dekat dari KL ke Penang. Tapi, luar negara. You will leave me alone here, you rasa? Are you sure you can keep me in your heart always? I tak halang you nak pergi. It's all about your future. Tapi, future kita? I takutlah." air mata perempuannya luruh dari kolam matanya.

"Kepercayaan. Itu kunci dia. You percayakan I kan?" soal Haniff lalu menyeka air mata Mimi dengan ibu jarinya. Mimi membalas dengan angukkan tapi masih teresak-esak menangis. Orang yang lalu lalang dihiraukan, dah sedih biarlah orang nak cakap apa pun.

"Kalau percaya kenapa you takut? InshaAllah, hubungan kita berkekalan. I pun percayakan you. Dengan ikatan pertunangan kita ni, kita doa-doakanlah supaya tak terputus. Kalau setakat tiga tahun, kejap je. Pejam celik, pejam celik I pun sampai depan you. That time, umur you pun dah elok nak jadi seorang isteri kan?" senyuman manis ditarik menghadiahkan kepada tunangnya.

"Memanglah, tapi tiga tahun Haniff! Pejam celik tu cakap bolehlah." Mimi mencebik manja.

Tak sanggup nak lepaskan Haniff pergi. Percaya tu memang ada dalam dirinya buat Haniff, tapi dia takut sangat dengan distance relationship. Sedangkan orang yang dah berkahwin lamanya pun boleh berubah, inikan pula mereka berdua yang masih lagi dalam ikatan pertunangan. Betullah orang cakap, dugaan pertunangan ni memang perit. Kalau tak masalah itu, masalah ini. Macam-macam ujian kepada setiap manusia sebab itu kita jangan nilai seseorang dengan mudah. Kita tengok dia kaya, mulalah fikiran berkata gembiranya kalau kita ditempat dia sedangkan kita tak tahu apa yang dia diuji sebelumnya.

"Please. Kita cuba, Mimi. Tunggu I pulang."

"Hmmm." angguk Mimi masih lagi mencebik.

"Kalau setuju, stop crying. Nampak sangat buruknya."

"Isk!" kepala Haniff ditolak tanpa kasihan.

"Sakitlah, sayang." giliran Haniff pulak mengoyak cebikkan dibibirnya.

"Kita ada sebulan je lagi." Mimi bersuara tanpa menghiraukan Haniff yang sedang menggosok kepala.

"Ish, tak payahlah cakap macamtu. Macam nak pergi mati pulak. Nanti kalau ada cuti I baliklah Malaysia."

"Yelah." Mimi cuba mengukirkan senyuman. Redha sajalah.

"Macamtulah baru Mimi yang I kenal. Tak nak sedih-sedih tapi kekalkan senyuman tu tau." Haniff memicit pipi Mimi manja.

"Erk! Gelinya." Aina yang sedang menyaksikan perbualan antara Mimi dan Haniff membuat memek muka geli. Dia tak sengaja terlihat pasangan itu, mereka berdua tengah berbual di luar rumah. Aina yang baru nak keluar terus tak jadi keluar.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now