Syed dan Putri sudah selamat sampai di tapak kem perkemahan yang akan di jalankan dan agak jauh dari bandar. Mereka adalah orang pertama yang sampai di situ. Pelajar-pelajar dan pensyarah yang menaiki bas belum lagi sampai. Almaklumlah, naik bas bukannya kereta. Susah sikit nak memecut.Syed dan Putri masih lagi dalam mode diam mereka sejak dari dalam kereta lagi. Syed hendak memecahkan kesunyian antara mereka tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu menggangu Putri. Dia merasakan yang Putri memerlukan masa untuk diri sendiri.
Sudah lima belas minit berlalu, bayangan pelajar-pelajar dan pensyarah lain yang menaiki bas itu belum muncul. Syed dah berasa bosan tahap nak pengsan. Nak menggeledek telefon pun line takda. Buku pun terlupa bawa. Yang si Putri pula masih lagi diam membisu. Termenung. Krik krik.
"Eh, kau okay ke tak ni?" akhirnya setelah lama berdiam diri buka juga mulut si Syed untuk bertanya.
"Okay je." balas Putri ringkas tanpa memandang wajah Syed.
"Kau sure ke? Kau gaduh ke? Dengan member kau?" tanya Syed lagi.
"Ish, awak ni saya cakap saya okay kan. Takde bendanya saya nak gaduh dengan dorang!" balas Putri dengan nada yang marah serta menjeling ke arah Syed.
"Aku buk......"
Belum sempat Syed ingin menghabiskan ayat tiba-tiba bas yang dinaiki oleh pelajar dan pensyarah lain itu sudah pun sampai di tapak perkhemahan mereka. Satu per satu pelajar yang turun. Empat orang gadis yang baru sahaja turun dari bas itu terus berlari dan memeluk Putri. Lebih-lebih dorang ni. Baru berpisah dua jam dah berdrama.
"Putri, I miss you." Mimi berkata dengan suara yang manja. Nak termuntah Putri yang mendengar.
"Eww, korang ni tak payah nak berdrama sangatlah. Rimas aku." balas Putri sambil melepaskan dirinya dari pelukkan empat orang gadis itu.
"Okay, para pelajar datang berkumpul di sini." Puan Rahimah memanggil pelajar-pelajaranya.
Semua pelajar termasuk lima orang pensyarah yang menyertai kem perkhemahan itu berkumpul dan berteduh di bawah pokok yang besar untuk sesi membahagi tugas.
"Okay, semua pelajar saya akan memberikan khemah untuk kamu. Kamu perlu mencari pasangan untuk mendirikan khemah dan pasangan itu juga yang akan berkongsi khemah dengan kamu. Dua atau tiga orang sahaja untuk satu khemah. Jangan lebih dan jangan kurang. Itu sahaja tugas kamu buat masa sekarang. Tugas seterusnya saya akan beritahu kemudian. Sekarang tolong bergerak buat tugas kamu." terang Megat Aiman panjang lebar.
Putri dan Farhana berkongsi khemah berdua. Manakala Aina, Rafiqa dan Mimi. Ketiga-tiga mereka akan berkongsi khemah bersama. Dan pelajar-pelajar lain juga sudah membentuk dan memilih pasangan mereka sendiri. Tugas untuk memasang khemah bagi semua pelajar sudah siap didirikan.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...