Matahari sudah pun terbit menyinari di pagi hari. Semua pelajar sudah bangun dan membersihkan diri masing-masing untuk memulakan aktiviti mereka hari ini."Ah, laparnya." kata Putri keluar dari khemah dengan matanya yang meliar-liar mencari empat orang kawan-kawannya.
"Putri, sini!" panggil Mimi sambil melambai-lambai tangannya di udara. Putri melabuhkan punggungnya untuk duduk bersarapan pagi bersama kawan-kawannya.
Puan Natalia menggunakan bahan yang dia bawa dari rumahnya sendiri dan dia sendiri yang menyediakan sarapan untuk para pelajarnya. Dia menyediakan sandwich cheese leleh untuk mereka. Putri dan kawan-kawannya sedang berbual-bual sambil bersarapan.
"Ke mana kau semalam Putri? Risau kitorang tau!" Aina memulakan perbualan antara mereka.
"Masa aku tengah ambil angin malam. Aku nampak seekor kelip-kelip then aku cuba untuk ikut kelip-kelip tu and lastly aku perasan aku dah ada dalam hutan." ringkas sahaja Putri bercerita apa yang berlaku kepadanya semalam kepada empat orang gadis itu.
"Ish, kau ni. Bahaya kau tau tak." giliran Rafiqa pula bersuara.
"Ala, sorry lah. Aku janji aku tak buat dah okay." kata Putri sebelum mengukir senyuman kepada gadis-gadis di sekelilingnya.
"Okay, cukup mengenai topik itu. Sekarang aku nak tahu apa kau dengan Mr Syed buat dalam hutan tu? Lama sangat? Hampir satu jam kitorang semua tunggu." si cemburu Mimi mula untuk menjadi inspektor.
Dengar sahaja soalan itu. Putri dah mula berpeluh. Fuh! Tiba-tiba rasa panas. Muka pun dah mula memerah macam tomato. Blushing ke? Yelah teringatkan adegan dia dengan Syed yang saling berpelukkan semalam. Mana taknya tak blushing. Malu!
"Haah! Apesal muka kau merah-merah ni? Apa yang jadi? Ceritalah Putri." desak Aina untuk tahu. Wajah keempat-empat orang gadis di sekelilingnya teruja menantikan jawapan dari Putri.
"Kitorang..." tidak sempat Putri menyambung ceritanya mata dia tiba-tiba sahaja dialihkan ke arah seorang lelaki yang datang untuk menyapa mereka sekumpulan. Siapa lagi kalau bukan Mr Arrogant kesayangan. Aip, aip!
Syed dan Putri membuat hubungan mata. Agak lama. Mereka seperti sudah tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Hanya mereka berdua. Tetapi hubungan mata mereka terhenti apabila Farhana dan Mimi berdehem. Pengacau.
"Ehem!" Farhana dan Mimi berdehem serentak. Manakala Aina dan Rafiqa buat-buat terbatuk-batuk. Huh! Fake cough. Aku doakan korang tersedak.
Wajah Putri yang sudah merah tadi bertambah menjadi lebih merah. Malu oi! Matanya terus dialihkan ke arah lain dan dia juga cuba menyembunyikan senyumannya yang hampir-hampir hendak terukir dengan mengetap bibirnya. Nasib tak terukir. Kang perasan pulak si Syed tu!
Manakala Syed pula macam biasa tiada reaksi. Lelaki memang macam tu kan. Tapi sebenarnya jauh di lubuk hati dia tu ada rasa gembira. Sikit je! Comel sangat Putri blushing, ingat dia tak nampak.
"Um, kalau korang dah habis makan. Berkumpul bawah pokok besar tu. Puan Julia akan beritahu aktiviti yang kita akan jalankan harini." beritahu Syed kepada lima orang gadis itu lalu dia beredar dari situ. Sempat juga dia melihat Putri buat berberapa saat.
🌹🌹🌹
Setelah selesai bersarapan pagi, semua pelajar berkumpul di bawah pokok besar yang terdapat di tapak perkhemahan itu.
"Okay. Aktiviti pertama yang kita akan jalankan hari ini ialah menangkap ikan. Tombak dan jaring disediakan jika kamu nak guna. Sekarang mari kita bergerak ke sungai." Puan Julia memberi arahan kepada pelajar-pelajarnya.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...