Chapter 80

13.4K 346 17
                                    


Syed yang sudah lengkap bersiap melihat dirinya pada cermin. Tubuhnya yang tersarung t-shirt polo berwarna merah dan jean hitam. Barulah nampak kemas, selama beberapa harini macam pengemis. Tak terurus, isteri tak ada. Syed mencapai minyak wanginya dan disembur ke tubuhnya. Ray-ban  hitam yang diambil dari dalam laci dipakai oleh Syed sebelum keluar menuruni setiap tangga hingga ke dapur.

"Aik, mana mummy ni?" soal Syed seorang diri lalu menuang air kosong di dalam gelas lalu diteguk sekaligus.

"Mummy hang ada dalam bilik. Pi sembahyang asar." jawab Iyyad yang baru sahaja masuk ke dalam ruang dapur juga mahu mencari air. Dahaga. Penat memikirkan masalah pejabat serta masalah tentang Syed Aniq Muhaimin. Dia sendiri buntu bagaimana hendak menolong sepupunya itu. Bagaimana hendak satukan keluarga Syed semua.

"Oh." jawab Syed sepatah lalu pergi membasuh gelasnya.

"Hang nak pi mana ni? Dah sembahyang ka dak lagi? Pandai pulak bersiap! Ingatkan tau terperuk dalam bilik tu ja. Macam orang takdak arah tuju. Dah tau bini merajuk bukannya nak pi berusaha cari." mulalah Encik Iyyad Haiyan hendak membebel.

"Ish, kau bingitlah. Aku tahulah. Aku dah solatlah. Aku nak pergi jumpa Melissa jap." jawab Syed memandang Iyyad yang sedang membancuh air.

"Melissa? Yang hang nak pi jumpa mek tu lagi pasaipa? Hawat tak dak minah lain dah ka hang nak jumpa selain dia. Aku tak faham betul la. Hang dengan Aniq ni memang tak lari dari minah tu. Nasiblah aku ni terjebak sekali pi jatuh cinta dengan mek tak cukup kain tu." kata Iyyad yang mula meletakkan serbuk nescafe dalam gelas yang dihiasi air panas itu.

"Ish, aku nak tolong abang Aniqlah ni, sebab tu aku nak jumpa Melissa. Kau ingat aku nak ke jumpa dia lagi lepas apa dia buat. Tak cukup dengan tu, bini aku siap lari lagi. Tak guna punya Melissa." kata Syed mengetap giginya. Dia pun geram. Tapi demi memperbetulkan dan mengembalikan suasana serta hubungan keluarganya. Dia harus berkorban.

"Wow, hang dah panggil dia abanglah, maknanya hang dah terima dia balik? Lama dah aku tak dengaq hang panggil dia macamtu. Bagus. Ada perubahan. Kurang sikitlah pening kepala aku nak pikirkan masalah hampa! By the way, hang cakap hang nak tolong an? Tolong camna? Hang percaya ka Aniq tak buat? Haritu kemain lagi marah benci Aniq!" kata Iyyad yang masih lagi tekun membancuh airnya. Dua sudu susu pekat diletakkan di dalam gelas.

"Kau ni. Asal mulut pedas sangat petang ni hah? Makan apa tadi dekat pejabat? Lunch cili eah? Kau boleh tak support aku sikit. Aku tahu aku selfish dulu, tak nak langsung dengar penjelasan abang Aniq. Dulu aku buta, buta dengan cinta. Aku pun muda lagi waktu tu, aku minta maaflah. Aku tahu aku..."

Tak sempat Syed hendak menghabiskan ayat, Iyyad dengan selambanya memotong "B.O.D.O.H. Bodoh! Haa, perkataan tu sesuaila dengan hang. Ka nak aku eja lagi sekali?" soal Iyyad dengan kedua-kedua keningnya terjongket.

"Diam ah!" marah Syed lalu mengambil tempat duduk dihadapan Iyyad.

"So, apa cerita tiba-tiba nak tolong abang hang?" soal Iyyad lalu meneguk air nescafe yang dibuatnya sebentar tadi.

"Aku terdengar conversation dia dengan someone beberapa hari lepas. Aku boleh dengar kesungguhan dari suara dia dan betapa desprate nya dia nak buktikan yang dia tak bersalah. Aku rasa hina sangat dengan diri aku, sanggup aku buat abang aku macamtu. Darah daging aku macamtu sedangkan aku tahu Melissa tu memang penuh dengan niat jahat."

"Baguslah hang dah sedaq. Hang dengaq dia cakap apa?" soal Iyyad ingin tahu.

"Aku dengaq dia cakap telefon. Tapi masalahnya aku takleh dengar pemanggil tu cakap."

"Takpa cita ja." pinta Iyyad.

"Macamni citer dia.."

Syed yang sedang berbaring di atas katil itu memanggil Puan Sri Siti Aisyah buat beberapa kali tetapi tidak disahut.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now