"Wow! This is amazing!" jerit Putri ketika melangkah masuk ke dalam bilik hotel perkongsian mereka."Amazing memanglah amazing tapi kau tak payahlah nak jerit macam monyet. Bingit telinga aku. Haish!" kata lelaki yang turut melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
"Whatever." Putri merebahkan tubuhnya ke atas katil yang empuk itu. Letih.
Manakala Syed pergi membuat panggilan di luar korridor. Dia memberitahu mummynya dan mama Putri bahawa mereka sudah pun selamat sampai di tanah bumi yang lain.Usai membuat panggilan Syed menjejakkan kakinya semula ke dalam bilik hotel itu lalu dia mendapati yang isterinya yang sudah sah di akadkan itu sudah tertidur. Letih sangat ke? Sampai tertidur. Syed? Dia tak adalah letih sangat. Walaupun dia jarang melancong tetapi dia susah sangat nak jet-lagged. Itu semua kacang je.
"Dia boleh tertidur macam tu je? Dengan tak mandi lagi. Baju pun belum tukar. Ish ish." bebel Syed seorang diri sambil menggeleng kepala melihat gadis itu di atas katil.
Syed membuka luggagenya lalu mengambil barang mandiannya. Dia membawa tubuhnya sehingga ke dalam bilik mandi. Dia membersihkan diri selama empat puluh lima minit. Disebabkan ada hot tub, tu yang lama sikit.
Putri sudah bangun dari tidurnya yang pendek itu. Ketika sedang menunggu Syed untuk selesai mandi dia menggelebek telefon pintarnya sebentar. Asyik leka dengan telefon pintarnya dia mendengar bunyi tapak kaki yang sedang menjejaki masuk ke dalam bilik. Dia mengalihkan wajahnya ke arah lelaki itu. Membulat matanya melihat kelibat itu dengan hanya berbathrobe berwarna putih yang menampakkan sedikit dada bidang lelaki itu. Tambahan pula, dengan rambut yang basah. Setitik demi setitik air jatuh dari rambut hitam berkilat lelaki itu. Fuh! Telan air liur si Putri melihat. Helok sangat!
"Dah puas ke usya aku?" Syed bersuara mematikan lamunan Putri.
Putri berdehem lalu laju sahaja sepasang tangannya menutup mata sendiri. Kantoi. Malu! Argh. Kalaulah masa boleh putar semula.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...