Chapter 74

12.6K 425 30
                                    


Putri cepat-cepat keluar dari biliknya terus ke pintu hadapan selepas mendengar loceng rumahnya berbunyi. Dia membuka pintu dan memberikan lukisan senyuman buat jejaka tersebut.

"Jemputlah masuk abang Iyyad." ajak Putri meluaskan bukaan pintu bagi memberikan ruang kepada Iyyad untuk masuk ke dalam rumah. Kemudian, pintu ditutup semula.

"Rumah Putri tak pernah tak bersih." puji Iyyad. Yelah, haritu dia datang lepak pun cantik, kemas dan bersih rumah ini. Nak kata ada maid pun takde.

Memang untung Syed dapat isteri macam Putri. Pandai masak, rajin dan cantik pulaktu. Kalau Syed tak bersyukur lagi memang bengap mamat tu, desis Iyyad.

"Eh takdelah. Jemputlah duduk. Kejap Putri sediakan air." kata Putri terus meluru ke dapur. Tak sempat Iyyad nak menolak.

Beberapa minit berlalu, Putri datang menatang dulang dan meletakkan di atas meja ruang tamu. Putri menuang air ke dalam gelas buat dia dan Iyyad. Gelas itu kemudian ditolak lembut kepada Iyyad.

"Jemput minum." pelawa Putri.

Iyyad melemparkan senyuman dan minum air yang dibuat oleh Putri itu.

"Pasaipa Putri tiba-tiba tukaq plan nak jumpak di rumah pulak? Haritu cakap nak lunch?" soal Iyyad pelik.

"Ah, Putri malaslah nak keluar. Nak kena ambik grab pulak. Nak redah jammed. So, kat rumah jelah senang." tipu Putri. Tipu sunat takpe kut. Takkan nak cakap dia gaduh dengan Syed lepastu Syed tak benarkan dia keluar rumah pulak. Tak manis buka aib rumah tangga sendiri.

"Oh yaka? So, pasaipa Putri nak jumpa abang Iyyad?" soal Iyyad memandang Putri dengan wajah keliru. Yelah, tiba-tiba.

"Putri sebenarnya nak tahu mengenai lelaki yang tiba-tiba datang rumah daddy dengan mummy haritu masa majlis sambutan abang Iyyad."

"Ah, Aniq? Syed tak bagitau ka Putri pasai dia ka?"

"Not really. Dia masam muka je kalau tanya pasal lelaki tu. Tapi Syed adalah bagitahu sebab Putri desak dia." kata Putri.

Putri mula menceritakan apa yang diberitahu oleh Syed pagi tadi mengenai Syed Aniq Muhaimin. Iyyad hanya diam dan mendengar dengan teliti.

"Tu ja yang dia bagitau?" soal Iyyad.

"Yup."

"Sebenarnya semua tu betul berdasarkan apa yang orang sekeliling pikiaq termasuklah Syed dan uncle Amran. Kalau Putri nak tau, Aniq tak curang pun dengan Melissa. Dia memang pernah suka Melissa dulu tapi lepas Melissa bercinta dengan Syed dia jauhkan diri dia dengan Melissa. Kononnya, heartbroken. Abang Iyyad memang selalu dengan Aniq sebab kami semua belajaq kat UK dulu sampailah abang Iyyad nak sambung PhD baru abang Iyyad pi Australia." cerita Iyyad sepintas.

"Oh yeke? Habis tu kenapa Syed cakap yang abang Aniq ni curang dengan lalat tu?" soal Putri.

Iyyad tergelak kecil mendengar kata-kata Putri. Teringat pulak dia dekat Farhana sebab Farhana selalu panggil Melissa dengan panggilan 'sotong kering' manakala Putri dengan panggilan 'lalat'. Memang patut mereka berdua berkawan.

"Yang tu abang Iyyad tak berapa pasti sebab waktu tu abang Iyyad dah pindah pi Australia. Tapi melalui cerita yang abang dengaq, malamtu Aniq dengan Melissa berdua-duaan dalam dorm dan Syed yang nampak dengan mata kepala dia sendiri. Sejak tu Syed terus balik ke Malaysia. Berita tentang Aniq dan Melissa tersebaq satu Malaysia, uncle Amran memang marahlah, takut company dia jatuh merudum. Aniq dibuang dari keluarga dan dihantaq ke UK semula." cerita Iyyad ringkas.

"Wah, complicated betul." kata Putri.

"Kan? Tapi satu ja abang Iyyad nak habaq. Aniq memang tak curang. Dia kata ada dalang sebalik ni semua. Aniq ni ramai sangat kawan. Dia ni lebih kurang terlebih sosial sikit. Ya, dia memang kurang baik sebab dia masuk kelab dan ramai kawan-kawan perempuan. Tapi abang Iyyad percaya yang dia tak buat kerja terkutuk sampai nak mengandungkan anak dara orang."

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now