"So? Now where should we going babe?" soal Syed sebelum menghidupkan enjin kereta.Gadis yang berada di sebelah itu menggulingkan bebola matanya sebelum menjawab soalan lelaki yang bergelar suaminya itu.
"First of all, don't call me babe okay. Second of all, jom kita pergi beli kelengkapan rumah seperti set pinggan, gelas and other kitchen essentials. Then, kita pergi beli cadar, langsir and a few decorations lagi untuk ruang tamu." beritahu Putri.
"Why not if I want to call you babe. It not wrong or illegal. I can call you babe anytime and anywhere I want. Okay. Let's go." balas Syed kemudian menekan minyak membelah jalan untuk ke destinasi mereka.
"Whatever."
"Oh, satu lagi nanti both of our family ajak kita pergi dinner sama-sama. Dorang tunggu kita free. So, besok boleh? Kau ada hal tak?" soal Syed memandang Putri sebentar kemudian menoleh melihat jalan raya semula.
"Esok? Tak boleh. Busy." balas Putri polos sebelum mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam poket kot milik suaminya yang dipinjam itu untuk melihat jam.
"Busy? Apesal pula? Kau ada hal apa yang busy sangat tu?" soal Syed lagi.
"Lupa ke? Your essayyyy. What was that?!" kata Putri seperti memerli lelaki itu. Putri menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam poket kot lelaki yang dipinjamnya itu apabila sudah mengetahui jam berapa.
"Hekeleh kau ni! Essay je pun. Siapa suruh kau lambat. Padan muka kau. Lain kali ambil pengajaran. Faham sayangku?" kata Syed memotivasikan Putri supaya selalu tepat pada masa.
"Yelah, salah saya." kata Putri pasrah. Kemudian, Putri mengambil beg galasnya yang berisi buku itu lalu mengeluarkan sebuah buku.
Sekali-sekali Syed menoleh melihat isterinya. Suka pula dia. Kebelakangan ini dia sering merasakan perasaan yang pelik kepada isterinya. Perasaan yang dia sendiri tidak boleh beritahu. Suka atau sayang? Mahupun kedua-duanya. Dan kerana perasaan ini wujud dia mula berbaik dan melayan Putri. Tetapi dia masih takut, takut gadis itu akan meninggalkannya suatu hari nanti sama seperti bekas teman wanitanya. Kita hanya mampu merancang tetapi takdir itu di tangan tuhan.
Mata Syed sekali lagi mendarat kepada isterinya apabila lampu isyarat merah. Dia melihat Putri yang khusyuk membaca buku miliknya yang dipinjam oleh Putri hari itu. Tersulam senyuman di bibirnya melihat isterinya. Dia mendapati yang sebelah tangan gadis itu bebas dari memegang apa-apa. Tanpa memikirkan apa-apa dia terus mencapai dan menggengam tangan gadis itu erat.
Putri agak terkejut dengan perbuatan suaminya. Dia menoleh wajahnya melihat lelaki yang sedang tersenyum manis melihat dirinya. Getaran di dalam dirinya mula menguasai seluruh tubuhnya melihat senyuman ikhlas lelaki ini. Tidak pernah sekalipun dia melihat senyuman gembira lelaki ini. Selalunya senyuman lelaki ini hanyalah palsu. Senyuman yang hanya menutup segala kesedihan dan kedukaan. Tapi sekarang? Senyuman suaminya ibarat seperti bunga mekar yang terlihat indah dan menawan. Kemudian, Putri melihat tangan kanannya yang telah digenggam erat oleh Syed.
Syed melihat wajah isterinya yang masih lagi dalam terkejut jadi dia mengambil keputusan untuk melepaskan genggaman tangan gadis itu tetapi tangannya kemudian di tarik dan disatukan semula oleh gadis itu erat. Syed sekali lagi menghadiahkan senyuman kepada isterinya sebelum menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduaanya selepas lampu isyarat hijau.
🌹🌹🌹
Pasangan itu sudah satu jam membeli-belah barang rumah mereka. Syed seakan-akan seperti orang bawahan buat isterinya. Kena angkat semua barang. Setelah itu, gadis itu menarik dia ke situ dan ke sini. Pening dibuatnya. Tapi, dia ikutkan sahaja. Mereka sudah selesai membeli kelengkapan set pinggan, cadar, dan barang-barang perhiasan yang lain.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...