Selepas bersiap Putri menyisir rambut ikal mayangnya itu sambil melihat wajahnya di dalam cermin. Ayat-ayat lelaki itu masih lagi bermain di dalam difikirannya. Air mata mula berkumpul di dalam anak matanya. Sikit demi sedikit."Aish, what a crybaby you are, Putri. Wake up! Don't cry. Baru dia lepaskan kata-kata macamtu kau dah lemah. Kalau dia lafazkan perkataan ce....rai macamana? Argh, stop thinking about it. Forget it." marah Putri kepada dirinya. Terlebih fikir pula.
Putri berdehem perlahan cuba melupakan apa yang terjadi kepada dia dan Syed. Kemudian, dia mengambil hadiah yang sudah disiap balut untuk diberikan kepada nenek Syed dan diletakkan di atas bagasinya. Takut-takut terlupa. Ah, tak sabarnya nak balik kampung. Kali pertama nak pergi Langkawi ni.
Jam Calvin Klein berwarna ros keemasan yang berada di atas meja belajarnya diambil lalu dipakainya kemas. Sebelum keluar dari bilik, sempat dia melihat dirinya di hadapan cermin. Ya, pakaian tak over sangat dan makeup pun biasa-biasa sahaja. Cun!
Putri kemudian menyusul ke ruang tamu dengan bagasinya berserta dengan hadiah yang hendak di berikan kepada nenek Syed. Saiz bagasinya memanglah sederhana sahaja tetapi berat tu, allah tak payah cakap. Apa yang dia sumbat sampai berat sangat ni?Matanya terjatuh kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu itu. Berbaju t-shirt kelabu dan sweatpants kelabu. Fuh! Kacak sangat. Pakai macamtu pun dah nampak bergaya dan smart. Dan macam biasalah Mr Arrogant tu memang tak sah kalau bukan dengan bukunya. Putri sendiri pun tak serajin itu, asyik nak membaca je 24 jam. Orang jenis oooolat buku ni kita tak boleh nak kata apa dah.
Dengan cermin mata jernih yang terletak kemas sambil membaca buku. Aduh! Kesian hati dan mata dia yang sedang memandang ni. Nak luruh jantung. Asal hensem sangat? Makan pun hensem, baca buku pun hensem, tidur pun hensem, weh lelaki itu sedang mengajar lagilah hensem. Hei, tak penat ke jadi hensem je sepanjang masa. Agak-agak apa je yang lelaki ini buat tak hensem eah? Oops! Bangun, Putri. Ingat semula. Nak merajuk kan.
Syed yang sedang duduk di sofa itu menoleh melihat kehadiran isterinya. Manakala, Putri pula cepat-cepat menoleh ke arah lain. Harap-harap tak kantoi yang dia tengah tenung lelaki itu. Kepala yang tak gatal itu di garu. Syed sambung membaca bukunya dan langsung tidak mengendahkan gadis itu.Hekeleh, patutnya aku yang merajuk. Ini tak dia pula yang gatal nak merajuk jugak. Huh! Ingat aku kesah, gumam Putri dalam hati.
Putri melangkah ke dapur dan membuka peti sejuk untuk mengambil air kosong. Botol air itu diambil dan dituangkan air kosong tersebut di dalam cawan lut sinar itu. Di teguk dengan satu tegupan sahaja. Tiba-tiba kerongkong rasa kering sangat.
Putri sengaja lepak di dapur biar lama sedikit kerana dia tidak mahu bersemuka dengan Mr Arrogant yang ada di ruang tamu itu sementara menunggu pemandu Tan Sri Syed Amran datang mengambil mereka. Fuh, nasiblah daddy, mummy, papa, dan mama ajak pergi ke lapangan terbang bersama-sama. Kalau tak mati dia nak naik satu kereta dengan Mr Arrogant itu. Tak nak ah. Mesti awkward giler.
Tidak lama kemudian, Putri mendengar kereta memberi hon di luar rumah. Cepat-cepat dia membasuh cawannya lalu membawa tubuhnya ke ruangan tamu untuk mengambil bagasinya kemudian keluar dan tidak lupa mengunci pintu rumah mereka sementara Syed sudah meluru ke kereta milik Tan Sri Syed Amran. Bertuah punya suami.
Pasangan itu masuk ke dalam kereta Alphard putih milik Tan Sri Syed Amran. Mereka berdua duduk di bahagian belakang sekali. Kedua-duanya langsung tiada reaksi ketika masuk. Senyum tiada, muncung tiada, sepatah dua patah kata pun tiada membuatkan kedua-dua pasangan tua itu berasa sedikit hairan.
Keempat-empat si tua itu hanya membuat isyarat mata. Mereka berasa pasti ada yang tidak kena dengan anak lelaki dan anak gadis mereka saat ini. Pasangan suami isteri tergigit lidah biasalah kan?
"Putri, sayang ni mama ada belikan Putri teddy bear. Ta-da." Maria membuka bicara antara mereka lalu memberikan patung yang berwarna koko itu kepada anak gadisnya.
"Wah! Thank you mama." ucap Putri dengan senyuman tetapi senyuman itu tidak tahan lama apabila dia mendengar lelaki itu berkata sesuatu kepada dirinya.
"Teddy bear? Childish." perli lelaki itu dengan sinis.
"Childish? Ada guna duit awak ke? Tak kan so diam." lawan Putri.
"Kau suruh aku diam. Huh! Biarlah kalau aku tak nak diam pun. Ini mulut aku bukan mulut kau. So, ikut suka akulah, nak bercakap ke nak melalak sekalipun." ego Syed juga tercabar jadi dia turut membalas kata-kata gadis itu.
This time around, Ego VS Ego.
"Lah ada ke saya cakap yang mulut awak tu saya punya. Tak kan. Perasan. Ingat dia je ada mulut."
"Eh, kau dengar sini eah! Kau tu yang patut diam kau tau, bingit!"
Pasangan itu terus dan terus bergaduh. Langsung tak sedar yang mereka sedang berada bersama keluarga mereka temasuklah pemandu Tan Sri Syed Amran.
"Fuhlamak, dia suruh orang diam pulak. Dia yang mulakan dulu pastu nak marah-marah orang. Erk."
"Whatever. Short girl. Dasar mulut itik."
"Eh, Mr Arrogant awak ingat awak tu elok sangat ke? Sudahlah rambut macam dengan Mael dua seringgit dalam upin ipin tu. Cermin mata bulat macam dengan Detective Conan. Ingat elok sangat."
"WHAT?! Kau kata rambut aku macam Mael dua seringgit. Oi, budak better kau diam kalau tak...."
"Kalau tak? Apa awak nak buat apa? Coward." lawan Putri lalu menggulingkan matanya.
Syed meletakkan bukunya di atas pahanya kemudian menarik wajah Putri dengan kedua-dua belah tangannya di pipi gadis itu. Dekat makin dekat. Degupan jantung Putri tak henti-henti berdegup. Mamat keret ni nak buat apa pula dah. Gila ke apa. Semua orang ada kat sini kut. Baru tersedar yang ada orang tua mereka di dalam kereta ini.
"Aku cium kau depan semua orang. Kau nak?" kata Syed memandang tepat ke mata gadis itu berserta dengan senyuman senget. Dia tahu gadis itu tak boleh menang dengan usikkannya dan pasti akan mengalah. Hahaha. Tergelak besar dia dalam hati.
Putri menolak kasar tubuh lelaki itu. Eww, ingat dia nak sangat ke. Tolonglah, daripada cium Mr Arrogant nih. Baik dia pergi cium katak macam dalam cerita dongeng tu lagi baguslah.
Syed tersenyum kepuasan dan kembali membaca bukunya. Manakala, Putri pula membuka sosial media untuk menghilangkan kejadian itu dari fikirannya. Geram pulak dia dengan lelaki disebelahnya ini. Nak je dia ketam-ketam lelaki itu.
Keempat-empat orang tua itu langsung tidak masuk campur hal peribadi suami isteri itu. Menadah telinga sahaja. Baru dua hari lepas jumpa dengan pasangan itu, baik-baik sahaja. Hari ini macam dengan kucing dengan anjing pula. Haih! Ingatkan bolehlah timang cucu tak lama lagi. Agaknya lambat lagilah kalau begini. Mereka juga takut nak campur hal pasangan itu karang tak pasal-pasal mereka juga yang terkena. Yelah, jangan lupa mereka yang mengaturkan perkahwinan ini. Kalau pasangan itu menyalahkan mereka semua dan nak berpisah nanti susah. Harap sangat jangan. Biarlah kejap sahaja pergaduhan ini.
#
InshaAllah saya update malamni. Much love!
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...