Selepas tiga puluh minit memandu, Syed dan Putri akhirnya sampai ke rumah kedua orang tua Syed. Rumah orang tua Syed tidak begitu jauh dari hotel mewah itu jadi perjalanan hanya mengambil masa tiga puluh minit sahaja. Tetapi bagi Syed tiga puluh minit itu ibarat dua jam. Letih. Memandu sambil menahan kantuknya. Manakala, si Putri sedap tidur disebelah."Wah wah budak ni, sedap melayan mata ya. Nanti kau." bisik Syed kepada diri sendiri.
Syed berdehem. Dia mendekatkan bibirnya di telinga kanan Putri lalu dia menjerit ke telinga Putri dengan kuat.
"Arghhhhhh." Putri terjaga dari tidurnya lalu turut menjerit membuatkan Syed melepaskan tawa kecil.
"AWAK!!! Tak lawak okay. Pekak telinga saya nanti." degus Putri.
"Telinga kau. Bukan telinga aku jadi aku tak kesah." balas Syed lalu keluar dari perut kereta miliknya.
Putri menjeling matanya kepada Syed lalu turut keluar dari perut kereta tersebut. Aku sumbat cili jugak dalam mulut Mr Arrogant ni kang!
"Wah! Ni ke rumah awak? Besarnya." membulat mata Putri berkata. Lagi besar daripada rumahnya.
"Bukan rumah aku pun. Rumah daddy aku." balas Syed. Rendah diri.
"Samalah tu. Rumah keluarga awak."
"Whatever, jom masuk. Aku letih. Nak tidur." ajak Syed. Tanpa banyak soal Putri pun ikut Syed dari belakang.
"Gelapnya! Awak saya takut." Putri bersuara memberitahu Syed.
Rumah itu sangat gelap. Satu lampu pun tidak dibuka. Yelah, hari sudah larut malam. Kedua orang tua Syed sudah pun tidur.
"Kau ni. Gelap pun takut." kata Syed.
Putri merangkul lengan Syed dengan erat. Takut. Rumah ini terlalu gelap. Selalunya di rumah orang tuanya tidak akan tutup semua lampu. Mereka akan tinggalkan dua atau tiga lampu supaya rumah tidak begitu gelap. Tapi, bila datang rumah Syed ni satu lampu pun tidak di buka. Haih! Dia dah lah penakut.
Syed membiarkan Putri memegang lengannya. Dia dapat rasa yang tangan Putri sangat sejuk tanda Putri memang betul-betul tengah takut. Selepas itu, Syed mengambil telefon pintar dari poket seluarnya lalu membuka lampu suluh melalui telefon pintar itu bagi memudahkan perjalanan ke bilik tidurnya. Bagus kan teknologi sekarang? Sangat memudahkan. Tapi, ada juga faktor yang boleh merosakkan.
"So inilah bilik awak?" soal Putri dengan matanya yang tak henti-henti melihat bilik tersebut. Cantik. Tetapi gelap semacam je, tema hitam bilik Mr Arrogant ni, biasalah bilik lelaki. Nasib bersih.
"Yelah, takkan bilik hantu pulak. Kenapa? Kau nak kutuk bilik aku? Tak lawa? Buruk? Kecil?" soal Syed sambil melonggarkan tali lehernya.
"Siapa cakap saya nak kutuk? Cuma nak cakap boleh tahanlah. At least, tak kotor." kata Putri.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...