Lampu jalan yang terang mencerahkan kawasan taman ini, jadi taklah takut sangat Putri hendak berjalan ke taman rekreasi. Sejambak bunga yang masih setia berada di tangannya sekali-sekali dia pandang dengan senyuman. Ah, lambat lagi ke dia nak sampai ni. Tak sabar.Aniq berjalan diseberang jalan daripada Putri. Syed tu risau sangat kalau jadi apa-apa pada Putri. Disebabkan itu dia kena tunggu dekat rumah, bila Putri keluar dia mula mengikut jejak langkah Putri hingga selamat sampai ke taman rekreasi.
Sampai sahaja di taman ini, masih cerah tetapi tiada orang. Mungkin sekarang sudah pun lewat, cecah jam sepuluh lebih. Putri berjalan masuk ke dalam taman tersebut, tiba-tiba ada satu kereta kontrol mainan berhenti dihadapannya. Putri laju sahaja memberhentikan langkahnya.
"Hi, there. Follow me. But, first take the card." Putri membaca ayat pendek yang tertulis atas sekeping kotak yang dilekatkan di atas kereta kontrol tersebut. Putri mengambil kad tersebut, kad itu tidaklah begitu besar dan juga tidak terlalu kecil berbentuk segi empat tepat. Kemudian, kad itu dibuka perlahan-lahan oleh Putri.
Kelopak-kelopak bunga mawar merah keluar dari kad tersebut dan terbang dibawa angin. Sebelum membaca ayat yang tertulis di dalam kad tersebut, Putri sempat menghidu kad itu. Wangi.
"If I had a star everytime you brightened my day, I would be holding a galaxy by now." bacanya perlahan. Senyumannya dikoyak lebar. Ee, boleh tahan cheesy jugak suami dia ni.
Kereta kontrol tersebut mula bergerak perlahan-lahan. Putri cepat-cepat berjalan mengikuti kereta kontrol tersebut. Sepanjang jalan, terdapat lilin-lilin kecil yang menyala. Cantik sangat. Syed ke yang buat semua ni?
Tiba-tiba, kereta kontrol tersebut berhenti di tengah jalan. Putri ternampak satu kad yang sama seperti kad tadi. Tanpa membuang masa dia terus mengambil kad tersebut. Juga sama seperti tadi, kelopak-kelopak bunga mawar luruh dari kad tersebut apabila dibuka.
"You wanna know what the greatest thing I've ever had in my life? Read the first sentence again, sayang." senyuman mula terbentuk lagi dibibirnya merah jambu milik Putri. Putri berjalan lagi mengikut kereta kontrol tersebut, apabila kereta itu berhenti dia tunduk mengambil kad yang ketiga.
"Aside from being cute. What do you do for living? *wink-wonk*" tawaan kecil terlepas dari mulut Putri. Benda yang sama berulang beberapa kali. Tak jemu dia mengutip kad-kad tersebut dan membaca pick-up line.
"I'd never play hide and seek with you because someone like you is impossible to find."
"I'm no organ donor but I'd be happy to give you my heart."
"Even if there wasn't any gravity on earth, I would still fall for you!"
Kad terakhir dikutip oleh Putri. Kad ini agak berbeza, sebentar tadi hanya kelopak bunga mawar yang keluar dari kad tetapi kali ini sekuntum bunga kegeramarannya iaitu bunga matahati yang terselit di dalam kad.
"I sincerely love you, Putri Emylia Irdina. Thank you for staying beside me until now, hoping it will be forever. Lots of love from your husband."
Lagi lebarlah senyuman Putri. Keramat I love you tu bukan senang nak dapat dari Syed. Jarang sekali. Dia mengikuti kereta kontrol itu lagi sehinggalah dia ternampak cahaya terang dari satu tempat yang dekorasinya sangat cantik. Tetapi, kosong sahaja. Tiada orang.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...