Chapter 89

13.9K 375 28
                                    



Syed berjalan masuk ke dalam bilik air dengan hati yang risau. Matanya singgah pada isterinya yang berada di hadapan singki sedang berkumuh. Syed mendekati Putri lalu mengusap tubuh belakang isterinya.

"Kenapa ni sayang? Are you okay?" soal Syed selembut yang mungkin. Wajah Putri jelas tampak pucat membuatkan Syed bertambah risau.

Putri mengangkat wajahnya lalu dipandang wajah risau milik Syed, senyuman manis diukirkan untuk suaminya. Tidak mahu risaukan hati Syed.

"Nothing, I'm fine." Putri menjawab memandang mata suaminya.

"Betul ni? Tak tipu?" pinggang kecil milik Putri dirangkul bagi menghadapnya.

"Janji tak tipu tapi.."

"Tapi? Tapi apa?" Syed mencelah ayat Putri.

"Takde apa-apa." jawab Putri kembali.

"Ish, sayang janganlah main-main." dahi Syed mula berkerut.

"Hehe, abang nak tahu something tak? Satu berita gembira dan satu lagi berita tak berapa nak gembira. Which one abang nak tahu dulu?" Putri menjongketkan keningnya menanyakan Syed.

"Ala, ada berita tak gembira ke?" wajah Syed bertukar cemberut.

"Apparently, yeah."

"Okay, abang nak tahu berita gembira dululah." jawab Syed.

"Okay, wait up." Putri memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya lalu mengambil telefon pintarnya. Syed hanya melihat perbuatan isterinya yang sedang menggelebek telefon pintar.

"So, abang dah ready?" soal Putri meleretkan senyuman. Dia pula yang terasa gementar.

"I don't know." spontan Syed menjawab, Putri tergelak kecil lalu menunjukkan skrin telefon pintarnya buat Syed. Syed memandang gambar di dalam skrin telefon isterinya lalu dahinya berkerut.

"Bacalah ayat tu." suruh Putri kepada suaminya.

"You plus me equal to three?" wajah yang sama ditayangkan oleh Syed.

"Abang tak dapat tangkap? Really?" Putri mengeluh. Aduhai, sang suami.

"No. Tak faham. I have no idea." Syed menggelengkan kepalanya dan hanya menayangkan wajah tidak bersalah.

"Fine. Nampaknya cara lainlah, Putri kena gunakan." Putri berkata lalu sekali lagi menyeluk poketnya lalu mengeluarkan sesuatu berwarna putih dan biru. Batang itu ditayangkan dihadapan mata suaminya. Kalau tak tahu jugak, nak je dia tampar suaminya.

Syed melihat batang yang ditayangkan oleh isterinya. Matanya mula membulat, tangannya mula mengigil, degupan jantung juga mula berdegup laju. Betul ke apa yang dia tengah nampak sekarang ni?

"Guess what, abang?" wajah Putri tampak lebih ceria memandang reaksi suaminya yang terlopong itu.

"We're expecting, sayang? For real? You're not kidding me, right?" soal Syed dengan senyuman mula membentuk.

"Kenapa saya nak melawak pulak, it's true. We're expecting. You're going to be a daddy real sooner." senyuman Putri semakin lebar.

"Sayanggg~" Syed merengek manja lalu terus memeluk tubuh isterinya erat, ubun-ubun isterinya dicium penuh kasih. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaannya sekarang ini. Lebih jauh dari perkataan gembira perasaannya.

"Alhamdulillah." ucap Syed perlahan lalu melepaskan pelukkan.

"Bila sayang tahu?" soal Syed.

"Dua hari sebelum abang datang sini. Saya pergi check-up sebab selalu sangat mual-mual dan muntah lepastu selalu penat. I'm so excited to tell you about this. Itu yang Putri beli pregnancy test and test on it, nak suprise abang. Suprise ke tak?"

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now