Seluruh ahli keluarga itu sudah sampai di lapangan terbang KLIA dan sudah pun berada di dalam pesawat. Cuma tunggu untuk berlepas sahaja.Pasangan suami isteri tadi masih lagi dengan muka masam mereka. Putri lagi menarik mukalah selepas melihat pramugari yang seakan-akan nak menarik perhatian suaminya. Ambik sembur ridsect dekat muka baru ada akal. Nak menggatal dengan suami orang pulak. Selepas sepuluh minit pesawat berlepas, mata gadis itu mulalah nak tertutup. Tidak lama kemudian dia masuk ke dalam alam mimpinya.
Kepala gadis itu terkulai-kulai tetapi sebelum terjatuh tangan Syed menyinggah dan memegang kepala gadis itu. Disandarkan perlahan-lahan di tempat duduk gadis itu. Hm, betapa tak seronoknya bermasam muka dengan gadis di sebelahnya ini. Tapi itulah, Putri yang mula tarik muka dengannya dahulu jadi dia pun turut tarik mukalah. Masalahnya sekarang ini kenapa gadis itu bermasam muka dengannya? Syed hanya ingin tahu perkara itu sahaja, cukup untuk dia nak terangkan.
Selepas empat puluh lima minit, seluruh ahli keluarga itu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Syed memang dah familiar dengan lapangan terbang ini. Dia sering datang ke Langkawi untuk melawat neneknya. Tetapi semenjak dia menjadi seorang pensyarah ni dia jarang balik kerana agak sibuk tambah pula bila sudah bergelar suami.
"Daddy dah beritahu tok mummy ke yang kita semua nak datang?" tanya Syed kepada Tan Sri Syed Amran.
Tok mummy bhai. Dia panggil nenek dia tok mummy ke? Putri ingatkan panggil nenek. Selama ini bila Syed bercakap mengenai nenek dia semua berbahaskan nenek. Ah! Ikut suka dialah. Kesah apa, dia nak panggil nenek ke, lola ke takpun opah macam upin ipin tu ker! Lantaklah.
"Ya, sudah. Daddy dah call pun dan dah bagitahu. Katanya sepupu kamu datang ambil kita." balas Tan Sri Syed Amran.
Sepupu? Hah, dia inilah yang Syed ceritakan hari itu kan. Yang mungkin bakal menjadi CEO Syed's Families Holding tu. Hm, hensem ke tak ni. Heheh, let's see.
"Uncle, aunty! Sini." panggil seorang lelaki melambai-lambaikan tangannya yang memang dikenali oleh mereka semua kecuali Putri. Putri seorang sahaja yang memang tak pernah berjumpa dengan nenek dan sepupu Syed. Syed mendekati sepupunya itu.
"Hey, Iyyad Haiyan. Lama tak jumpa, bro." tegur Syed ceria.
Syed berjabat tangan dengan sepupunya itu. Rasa lama sudah tak berjumpa. Iyalah, Iyyad Haiyan ini orang berilmu kuat. Sampai PHD sudah belajar di Australia.
"Ya, rindu kau. Walaupun takdelah rindu sangat. Hehe." kata Iyyad sengaja nak menyakat Syed dan ingin mengundang kemarahan lelaki itu. Saja bergurau. Dah alamg-alang orang yang menetap dekat KL datang ke sini dia pun tukar loghat kejaplah. Loghat kedah tu lupakan sebentar.
Iyyad menghampiri kedua-dua pasangan tua itu berserta dengan seorang gadis. Dia beranggapan gadis itu adalah isteri Syed. Comel. Pandai Tan Sri Syed Amran dengan Puan Sri Siti Aisyah pilihkan untuk Syed. Ya, walaupun dia belajar di Australia dan tak dapat hadiri majlis Syed, dia tahu yang Syed dan Putri kena kahwin paksa. Sian.
"Assalamualaikum, uncle, aunty, uncle Hazran, aunty Maria and....." ucap Iyyad tergantung ayat sebentar melihat gadis bertubuh kecil itu dengan senyuman.
Walawei. Hensem bapak Syed punya sepupu ni. Nampak lebih matang dari Syed, yelah lagi berumur kan. Tapi, serius hensem. Oh My My. Tak cukup dengan hensem Syed tambah lagi dengan lelaki yang berada di hadapannya. Oh, mama tolong Putri nak pengsan nih! Hehehe gurau jer.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...