Chapter 36: Syed masuk dapur?

15.9K 464 7
                                    



Sewaktu khusyuk sedang membaca buku, tiba-tiba perut lelaki itu berbunyi memenuhi ruang bilik perpustakaan mini miliknya.

"Aduhh! Time nak baca buku jugaklah nak lapar pula. Pukul berapa sekarang ni?" kata Syed kepada diri sendiri. Syed mengambil telefon pintarnya lalu melihat jam. 9.30 pm.

"Haish, aku nak makan apa ni? Nak keluar pergi beli makan pun malas. Putri? Dia mesti tengah buat karangan yang aku bagi tadi. Menyesal pula aku bagi hukuman tu dekat dia. Tak pasal-pasal aku yang kelaparan sebab dia tak masak. Takpi, takpe meh aku pergi cuba. Manalah tahu dia lembut hati untuk suaminya ini." bebel Syed.

Syed bangun dari sofa yang terdapat di dalam perpustakaan mininya. Kemudian, menanggalkan cermin matanya dan diletakkan di atas meja. Dia meregangkan ototnya seketika. Syed kemudian menuju keluar dari bilik tidur miliknya. Matanya dihadiahi dengan seorang gadis yang baru sahaja keluar dari bilik.

"Oh, awak. Hi!" sapa Putri ceria.

"Okayyy, hai. Kau apesal ceria semacam je? Karangan aku dah siap?" soal Syed. Pelik.

"Kenapa ceria pun tak bole ke? Belum tapi dah baru siap dua. Yeay! Tinggal lagi dua je." balas Putri ceria lalu berjalan untuk menuju ke dapur. Syed membontoti Putri hingga ke ruangan dapur.

Putri membuka pintu peti sejuk kemudian mengeluarkan kotak jus epal lalu dituangkan ke dalam gelas. Dia meneguk jus epal itu sebelum menanyakan kepada Syed.

"Awak nak?" tanya Putri menunjukkan gelas yang berisi jus epal itu.

"Tak nak." balas Syed.

Otak Syed hanya sedang memikirkan cara untuk menyuruh gadis itu untuk memasak padanya. Kalau dia suruh mentah-mentah macam tu sahaja mesti gadis itu tak mahu. Gadis itu awal-awal lagi dia sudah berpesan kepada Syed supaya jangan ganggu, sebab dia nak siapkan semua karangan itu malam ini kerana esok mereka nak keluar bersama orang tua mereka.

Cup! Tiba-tiba terlintas satu idea dalam kepalanya. Los Angles! Dah ada idea nak pujuk Putri.

"Okay." Putri meneguk jus epal itu sehingga habis.

"Syarat kita waktu di LA haritu ada lagi satu kan?" soal Syed tiba-tiba.

"Hmmmm, ada lagi satu. Kenapa?"

"Aku nak kau buat sesuatu untuk aku." kata Syed lalu melangkah mendekati isterinya. Senyuman turut dihadiahkan buat isterinya.

Putri berundur ke belakang langkah demi langkah diikuti dengan Syed sehingga tubuhnya terhempap di dinding. Seram pula Putri dibuatnya. Apa yang suami dia nak pula nih? Hantu atau jembalang manalah yang merasuk suami dia malam ini?

Pasangan itu masih lagi dalam posisi yang sama. Syed yang meletakkan kedua-dua tangannya di dinding mempenjarakan gadis itu manakala Putri yang bersandar di dinding dapur. Satu patah perkataan pun belum meniti dari mulut pasangan itu.

Mata Syed beralih tepat melihat mata gadis itu. Diperhatikan dengan mata yang lembut.
Kemudian, dia menarik pinggang gadis itu untuk menutup ruangan mereka sehinggakan tiada jarak untuk mereka. Fuh! Dia sendiri tak tahu apa yang dia buat.

Putri agak terkejut tetapi tidak boleh menahan diri daripada tidak membalas hubungan mata yang dimulai oleh suaminya jadi dia turut memandang tepat dan memerhati mata Syed. Mata yang sangat cantik dan indah tetapi ada sesuatu perasaan yang tersembunyi disebalik mata tersebut. Kesedihan dan kekecewaan?

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now