Chapter 2: Hotel

23.9K 736 1
                                    



Seorang lelaki dan seorang gadis itu masuk ke dalam hotel lalu menuju terus ke kaunter hadapan. The L.A. Grand Hotel Downtown, hotel yang memang terkenal dan mewah terletak di bandar Los Angeles.

"Is there any empty room?" tanya seorang lelaki dan Putri secara serentak kepada perkerja di kaunter itu.

"Oh, of course. Are you two together or...?" sengaja pekerja di kaunter itu mengantungka ayatnya supaya dia mudah mendapat jawapan.

"Nooo, definitely no. We're not together. Different rooms please." laju sahaja Putri menjawab pertanyaan pekerja di kaunter itu.

"Oh, really? But, I'm honestly sorry because right now there is just only one room left. We're sorry." ujar lelaki itu lembut, melayan pelanggan.

"I'II take that one room." ujar Putri dan lelaki itu dengan serentak sekali lagi. Aiyo, soulmate ke? Asyik serentak je.

"No, it's mine." pinta Putri langsung tidak mahu mengalah.

"No, aku ambik bilik tu." lawan lelaki itu semula.

"Ish, awak ni. Bagi dekat sayalah. Saya yang datang dulu." Putri menjeling lelaki itu tajam. Tak reti mengalah sikit ke dengan perempuan? Be gentle, bro.

"Nope, fullstop. Aku yang punya."

"Eh, awak ni tadi dahlah awak share teksi dengan saya sekarang ni mengalahlah bagi bilik ni dekat saya please?" pujuk gadis itu membuat wajah kasihan. "Saya ni dahlah perempuan, insan yang lemahlah kalau nak dikatakan. Malam-malam nak keluar pergi cari hotel lain pula. Tak ke bahaya tu? Cubalah awak kurangkan berlagak poyo awak tu sikit. Tak salah kan?" sambung Putri lagi memujuk lelaki disebelahnya.

Meminta simpati seboleh mungkin walaupun dia taklah ikhlas sangat. Sudah diguna ayat-ayat pasrah. Mana tahu boleh juga lelaki berlagak itu berbaik dengannya malam ini.

Lelaki itu terus terdiam mendengar kata-kata Putri, dia berfikir sejenak. Ada betulnya juga kata-kata Putri. Tadi, dia sudah menumpang teksi yang sama dengan gadis tersebut. Malam-malam begini mesti bahaya hendak membiarkan gadis itu keluar mencari bilik hotel lain, tambah pula di bumi Los Angeles yang luas ini. Macam-macam boleh terjadi.


#

"Kau lagi." lelaki itu mula bersuara apabila melihat muka yang dikenalinya ketika masuk ke dalam teksi.

"Awak nak apa?" tanya gadis itu. Tiba-tiba, Mr Arrogant ini naik teksi dengannya. Apa kena? Dah tiga kali mereka berjumpa ni, apa pasal?

"Naik teksilah. Buat apa lagi, takkan nak memancing pulak." sindir lelaki itu kepada Putri.

Eh, Mr Arrogant ni. Putri yang hanya tanya dengan baik-baik, boleh pulak kena sindir. Cili mulut tu baru tahu. Geramnya dengan makhluk Allah yang seorang ni tahu.

"Tapi, teksi ni saya dapat dulu jadi encik tolong keluar ye. Boleh pergi berambus atau mampus. Dipersilakan keluar." pinta Putri selamba masih lagi dalam ton yang lembut. Tidak mahu timbulkan pertelingkahan.

"What if kalau aku cakap, aku tak nak?" balas lelaki itu, senyuman senget terukir bangga.

"Hey, awak..." tergantung ayat Putri apabila pemandu teksi itu mencelah.

"Excuse me, Mr and Mrs, can I know where are you two husband and wife going to?" tanya pemandu teksi itu dengan senyuman dan suara yang manis memotong kata-kata Putri. Pelanggan haruslah dilayan dengan baik dan sopan.

WHAT THE HECK? Husband and wife?

Apa pemandu ni gila, tidak siuman atau mereng? Hmm, pilihlah. Pemandu teksi ni pun agaknya nak kena cili mulut juga. Suka-suki, geli hati pula meneka yang mereka berdua ni suami isteri.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now