Masa berlalu, sehingga hari yang cerah sudah pun menjadi gelap. Jam menunjukkan tepat pukul 8.00 pm."Ahhhh, malas nyer nak pergi dinner. Apalah yang penting sangat sampai aku pun perlu ikut." rungut Putri.
Sejak dari pagi tadi Putri hanya berkurung di dalam bilik. Kalau dia keluar dari bilik pun hanyalah semata-semata pergi ke dapur untuk makan. Dia menghabiskan masanya untuk menonton filem, menggelebek sosial medianya dan membaca novel. Itu sahajalah yang dia buat pada hari itu. Tiada perkataan 'bosan' melanda dia pada hari itu kerana banyak aktiviti yang dilakukan. Walaupun semua aktiviti itu langsung tidak mengeluarkan peluh.
Makan malam yang dijanjikan adalah pada jam 9.10 pm. Jadi, si Putri yang memang malas tahap nak pengsan tu memaksa dirinya untuk bangun dari katil empuk miliknya itu untuk pergi ke bilik mandi dan membersihkan dirinya. Setelah selesai mandi, Putri memilih pakaian yang hendak di pakainya. Dia memakai dress berwarna merah yang menunjukkan seluruh bahunya dan hanya berada di paras pahanya. Merah adalah warna yang agak menggoda bukan? Dia juga tidak lupa untuk memakai makeup seperti yang disuruh oleh mamanya sendiri. Manakala rambutnya yang ikal mayang itu dilepaskan sahaja.
"Putri, kalau sudah siap. Cepat turun papa dan mama tunggu di bawah." panggil wanita tua yang berada di bawah itu menyuruh Putri untuk cepat.
Takut juga kalau mereka lambat. Tak maniskan buat orang tunggu kita lama-lama.
Bak kata orang puteh 'Better three hours too soon than a minute too late.' Williams Shakespeare."I'm coming." balas Putri sedikit menjerit supaya Puan Maria yang di bawah itu mendengar suaranya.
Putri cepat-cepat tacap makeup dia buat kali terakhir dan juga tidak lupa untuk menyembur minyak wanginya yang berjenama 'Gucci Bloom Eau De Parfum' sebelum keluar dari bilik tidurnya untuk turun ke bawah.
"Wah! Cantiknya anak papa malam ini." Encik Hazran memberikan pujian kepada anak gadisnya yang baru sahaja keluar dari bilik.
"Haah! Cantik betul Putri malam ni. Warna merah sesuai sangat dengan Putri. Putri perlu lebih banyak pakai pakaian berwarna merah. Jangan asyik pakai pakaian warna hitam dan putih aje." giliran Puan Maria pula menambah baja untuk anak gadisnya yang tunggal itu.
Tidak cukup dengan pujian dia siap melarang Putri dari asyik pakai pakaian hitam dan putih. Bukan dia tak tahu Putri memang gemar memakai pakaian yang berwarna hitam dan putih. Hitam dan Putih tu warna kegemaran Putri sejak dari kecil lagi kut. Mana boleh halang.
"Thanks! Tapi bukan Putri memang selalu cantik ke?" soal Putri mengangkat bakul sendiri pulak.
"Iye, anak papa yang seorang ni memang selalu cantik!" ujar Encik Hazran mengukirkan senyuman buat anak gadisnya lalu mengusap rambut Putri.
"Aah! Papa janganlah usap rambut Putri. Tak cantik dah nanti!" marah Putri sambil memuncungkan bibir merahnya itu. Aduhai, dimarahnya kita pulak.
Perempuan ni kalau sesuatu yang dia peduli tak sempurna sekejap je mood dia boleh berubah tau. Dari gembira boleh jadi sedih. Dari gembira juga boleh jadi marah. 3 saat je tau. Jaga-jaga! Perubahan mood perempuan memang sangat mengelirukan. Kadang-kadang diri sendiri pun keliru dengan diri sendiri. Apatah lagi orang lain. Lagilah pening otak.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...