"Here. The four essay that I promise to send today my lovely, Mr Syed." ujar Putri menghulurkan karangan yang telah dibuat di dalam kertas.Syed sendiri minta kelima-lima gadis itu untuk tulis tangan dan bukannya menaip. Barulah dikatakan hukuman. Kawan-kawan Putri sudah menghantar karangan mereka kelmarin seperti yang dijanjikan. Jadi, hanya dia seoranglah yang hantar hari ini.
"Oh, well thank you my dear." balas Syed memberikan senyuman dan mengenyit mata kepada gadis itu sebelum mengambil karangan itu.
Amboih! Mr Arrogant ni menyempat yer. Huh! Setakat senyum dengan kenyit mata tu. Apa ada hal kan? Dia langsung tak tercuit punlah. Hati kena kental maa.
Putri beredar dari situ dan cepat-cepat ke tempat duduknya. Takut juga hati tak kental kalau lama-lama di hadapan lelaki itu. Ada lagi tujuh minit sebelum mereka mulakan kelas cuma Syed sahaja yang masuk dewan terlalu awal. Jadi, bolehlah mereka mengadakan mensyuarat sebelah-menyebelah sekejap.
"Weh, aku nak tanya nih!" kata Putri mendapatkan perhatian dari semua kawan-kawannya.
"Ha, apa benda?" soal Mimi melihat Putri.
"Lecturer baru tuh? Siapa? Korang dah tahu ke?" soal Putri keliru.
"Belum. Misteri lecturer tu. Aku tak dapat info. Yang aku tahu dia datang dari UK." beritahu Aina.
"Oh, yeke? Takpalah kita tunggu aje." balas Putri lemah.
"Kau apesal? Okay tak? Risau semacam je aku tengok." tanya Rafiqa risau.
"Tak ada apa-apalah. Aku cuma rasa tak sedap hati je. Aku sendiri pun tak tahu." balas Putri.
"Tak kut. Perasaan kau je tu. Janganlah macam ni okay." ujar Farhana memberi kata-kata semangat.
"Okay."
"Ummm, kau dengan Syed macam mana sekarang ini? Ada progress?" tanya Mimi. Nak tahu perkembanganlah.
"Aku dengan Syed? Okay je. Makin hari dia makin baik. Kalau tak memang susah juga nak layan perangai budak-budak aku ni. But, yeah he became sweeter and gentleman lately nih. Kesian hati aku penat dah belari-lari." terang Putri kepada keempat-empat gadis yang tekun mendengar ceritanya.
"Hati kau berlari-lari. Hai, jangan cakap kau dah suka dia?" tanya Farhana teruja.
"Ummm-mm." Putri teragak-agak.
"Apa ummm? Bagitahu lah." Aina cuit Putri.
"Aish, yelah. Aku dah mula sayang dialah." Putri mengakui di hadapan kawan-kawannya.
"OH MY GOD! YOU LOVE HIM?" jerit Mimi membuatkan semua mata di dalam dewan itu melihat kumpulan mereka termasuklah Syed yang berada di hadapan dewan itu.
"Ummm-mm sor-ry guys! Farhana jatuh cinta itu yang aku teruja." tipu Mimi bagi menutup Putri dari malu di hadapan Syed. Kang kalau dia tak cover naknya kena belasah dengan Putri.
"WOI!" marah Farhana lalu mencubit sisi pinggang Mimi.
Si Mimi ni, suka-suka kata Farhana jatuh cinta. Dengan siapa pula? Batang hidung Prince Charming pun tak nampak lagi. Ada hati nak jatuh cinta. Haih! Agak-agak bilalah dia nak jumpa Prince Charmingnya? Eh! Apa dia merepek ni? Farhana, wakey-wakey. Sah otaknya buat pasal pagi-pagi ni, jadi gila sebentar.
"Farhana. Nur Farhana jatuh cinta? Perempuan yang aku dah try dari awal sem sampai nak habis sem dah ni jatuh cinta?" tanya Badrul terkejut. Matanya mencerlung melihat tepat pada Farhana.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...