"Arghh, habis juga first class. Jom lunch guys!" ajak Mimi.Keempat-empat gadis itu bergerak ke kantin kolej mereka untuk makan tengahari. Kalau ikutkan hati nak je pergi makan di luar tetapi malas punya pasal kantin kolej pun jadilah. Mereka hanya berempat sahaja hari ini kerana Farhana demam jadi gadis itu tak datang ke kolej harini.
Setelah selesai membeli makanan mereka berempat duduk di satu meja yang berada di hujung ruang kantin yang berhampiran dengan tingkap. Sambil-sambil makan dan menunggu kelas seterusnya mereka berbual-bual dahulu.
"So? How your date last day Putri? Couple outfits gitu!" soal Rafiqa.
"Biasa-biasa je." balas Putri lewa sebelum menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Seriously? Kau ni bosanlah." kata Rafiqa lagi.
"Hekeleh, cakap Putri boring pulak. Kau tu dengan abang Saiful macam mana? Jalan tak jalan?" celah Mimi.
"Haa betul! Apa citer? Jalan tak jalan?" Aina pula mencelah membuatkan Rafiqa tertunduk malu.
"Tak ada apa-apa pun." jawab Rafiqa pendek.
"Yelah tu!"
"Ye ke kau ni. Citer la."
"Citer lah eah?""Aku seriuslah. Tak ada apa-apa lagi. Nanti kalau jalan aku bagitahu k." jawab Rafiqa selamba.
"Hmmm! Putri dah ada Syed. Rafiqa pulak tak lama lagi dah nak bersama dengan abang Saiful. Aku, Aina dan Farhana je takde pasangan lagi. Sedih!" pasrah Mimi berkata.
"Fuhlamak! Kau ni cakap macam kita ni dah umur 30 tahun pastu tak laku. Lek ah, muda gi kot. Malas ah aku nak fikir pasal lelaki ni semua. Kalau kau nak boyfriend sangat kau carilah dulu. Aku tak lagi kut. Nanti-nantilah." balas Aina.
"Mimi kalau kau nak? Aku rasa kawan Syed tu ada lagi dua orang yang tengah single kut!" kata Putri memberi tawaran.
"Haah! Kalau tak silap Alvin dengan Haniff kan?" teka Rafiqa memberitahu kepada gadis-gadis itu.
"Yes, that's true girls. Alvin dengan Haniff masih lagi single. Kalau korang yang tengah single dekat sini nakkan. Really recommended!" tiba-tiba seorang lelaki datang mencelah perbualan di antara mereka.
"Syed?" kata Putri sambil mengalihkan wajahnya ke arah lelaki itu.
"Yes, baby. Miss me?" soal Syed sengaja nak usik Putri di hadapan gadis-gadis itu.
Keluar aje ayat itu dari mulut Syed. Tiga orang gadis itu dah mula mengukir senyuman-senyuman 'fangirling' diorang. Mimi yang duduk disebelah Putri sedang mencuit-cuit pinggang Putri.
"Not at all. Anyway, what are you doing here?" tanya Putri menghiraukan panggilan Syed tadi dan juga kawan-kawannya yang tengah menggedik..
"Well, I came here to pick you up. I see that you already done eating. So shall we?" ajak Syed.
"But, where are we going? I have class after this. I don't want to skip." kata Putri.
"Eh, takpe Putri. Ikut je. Aku boleh inform pada lecturer nanti k. Don't worry." kata Aina cuba untuk memprovok Putri supaya ikut Syed.
"Good! Aina, I count on you." kata Syed lalu menarik tangan Putri beredar dari kantin kolej.
Apabila sampai di tempat parkir kereta, pasangan itu masuk ke dalam perut kereta. Ketika di dalam perjalanan untuk ke sesuatu tempat mereka berbual-bual di dalam kereta milik Syed.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...