Selepas Putri keluar dari hotel mewah itu. Syed pun turut keluar untuk pulang ke rumah. Perasaan dia juga sama dengan Putri. Kecewa dengan orang tuanya sendiri dan juga agak bengang dengan permintaan kedua orang tuanya. Sekarang sudah abad ke-21 kut mana ada erti 'kahwin paksa' lagi dah.Dia sendiri pun nak juga merasa perkahwinan dengan seseorang yang berjaya menambat hatinya. Dengan maksud yang lebih tepat, Syed hendak berkahwin dengan wanita pilihan hatinya sendiri bukannya wanita yang dicari oleh kedua orang tuanya. Bukannya nak melenting tak tentu pasal dengan keputusan yang diambil oleh kedua orang tua itu cumanya dia tak bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk menjadi suami. Tambahan pula, tidak pernah terdetik pun perasaan sayang buat Putri. Jadi, bagaimana hendak membina rumah tangga sedangkan mereka tidak saling cinta-mencintai dan yang paling teruk mereka baru je kenal.
Semasa Syed hendak berjalan untuk mengambil keretanya di tempat parkir kereta. Dia melihat Putri sedang duduk di bangku bawah pokok yang berhampiran dengan tempat parkir kereta hotel mewah itu. Langkah demi langkah dia mendekati Putri. Dia terdengar bunyi esakkan yang datang dari Putri bermakna Putri sedang menangis. Dia mengeluh melihat Putri.
"Nah! Ambik ni. Lap air mata kau!" Syed menghulurkan kain kecil yang berbentuk tiga segi berwarna biru kepada Putri.
Syed melabuhkan punggungnya bersebelahan Putri di atas bangku panjang itu. Putri mengambil kain itu lalu mengelap air matanya yang bercucuran keluar sejak dari tadi. Dah macam air terjun pun ada. Air mata dia asyik keluar tanpa dia sedari.
"Berhentilah nangis. Kau nangis pun buat rugi air mata kau je. Lebih baik kau balik rumah nanti lepas tu slow talk dengan parents kau. Itu lagi bagus." kata Syed.
"Ikut suka hati sayalah nak nangis ke nak apa pun. Sibuk je." ujar Putri malas nak bercakap dengan Syed.
"Wah wah, engkau ni. Aku cakap baik-baik. Kau marah aku pulak eah. Ni kau nak balik dengan siapa? Nak aku tumpangkan ke tak?" soal Syed sedikit risau.
Sayang tu memanglah takda. Tapi risau tu ada. Yelah! Putri ini perempuan jadi apa-apa kang. Dahlah nak jadi bakal isteri dia. Kalau jadi la!
"Tak nak! Awak balik jelah." kata Putri. Sebenarnya dia nak tapi cuma ego jadi dia tolak. Dalam hati dia berharap yang Syed akan pujuk dan tanya dia sekali lagi.
"Okay, then! Bye." selepas kata-kata itu dikeluarkan Syed terus bangun pergi menaiki keretanya lalu menghidupkan enjin. Dia memandu keretanya melepasi Putri dengan had yang laju untuk pulang ke rumah. Dia biarkan Putri keseorangan di situ.
"Huh? Lelaki macam itu yang papa dan mama nak jodohkan untuk aku. Tak romantis langsung. Biarkan aku di sini sorang-sorang. Ughh! I hate my life. Kenapa aku? Kenapa aku perlu kahwin dengan Mr Arrogant tu? Takda lelaki lain ke yang nak dijodohkan untuk aku? Dan yang paling penting aku muda lagi baru nak masuk umur 20 tahun ini." meroyan Putri seorang diri. Lagi sekali air matanya tumpah ke pipi yang mulus itu.
Setelah tiga puluh minit dia berada di situ. Dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah dengan menaiki grab. Dia memesan grab menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar kesayangannya.
Setelah sampai di rumah. Dia terus menuju ke biliknya tanpa melihat atau menegur kedua orang tuanya yang berada di ruangan tetamu. Puan Maria ada cuba memanggil anak gadisnya tetapi dihiraukan. Putri langsung tidak menyahut panggilan mamanya.
🌹🌹🌹
Keesokan harinya, Putri bangun untuk bersiap-siap ke kolej. Memori mengenai perkahwinan datang menghempap dirinya. Rasa sedih dan marah masih lagi membelenggui dirinya. Mood untuk bersiap cantik-cantik atau hendak bersolek untuk hari ini memang langsung tiada jadi dia hanya memakai baju biasa sahaja dan tidak bersolek tetapi dia meletakkan sedikit foundation di mukanya untuk menutup matanya yang lebam akibat menangis semalam.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...