Chapter 61

13.1K 443 14
                                    


"Eh korang, aku nak gi toilet jap eah." pinta Putri.

"Okay." jawab Aina tetapi mata ke arah lain. Memerhati seorang jejaka yang memintasnya. Gatal sepasang matanya melirik lelaki itu sehinggalah Farhana menepuk dahi Aina mengejutkan gadis itu dari terus menerjah matanya ke arah lelaki itu.

"Kau tengok siapa?" soal Farhana dengan ton marah. Yelah, orang dah panggil berkali-kali tetapi masih tak ada sahutan, mahu taknya nak naik angin.

"Takde sesiapalah. Nak apa?" soalan berbalas soalan. Ton Aina juga berbaur marah. Tengah syok usya, kacau pulak.

"Aku nak pergi baskin robbins jap. Kau nak kirim tak?" soal Farhana berkerut dahi.

Aina menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Kay. Kau jaga ni, beg shopping banyak-banyak ni." pesan Farhana bangun dari bangku terus lesap ke Baskin Robbins. Tiba-tiba teringin nak makan ais krim.

"Tinggallah sebatang Aina.. eh takkan sebatang, seorang kut? Ke seketul Aina? Dengar macam gemuk pulak kalau seketul. Ah, biarlah." Aina membebel seorang diri.

" Termenung ku sendiri. Memendam rindu tidak menentu. Kasih suci murni yang kita....." Aina menyanyi kepada dirinya sendiri sehingga dirinya di tegur oleh seseorang.

"Aina?" lelaki itu memandang tepat ke arahnya dan mula mendekatinya. Dengar sahaja namanya disapa Aina terus melihat lelaki berambut perang itu sekilas senyuman diberikan kepada lelaki itu.

"Alvin. You buat apa dekat sini?" soal Aina.

"I? Just buying something la. You? Sorang je?" sempat Alvin menunjukkan beberapa beg beli-belahnya kepada Aina.

"I pun shopping gak. Taklah, I datang dengan doranglah. The girls." jawab Aina dengan melihat gerak-geri Alvin yang mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Habis kenapa you seorang je ni? Dah letih shopping. Datang rehat?" soal Alvin.

"Taklah. Yang seorang tu pergi tandas, lagi seroang misi mencari ais krim dan lagi dua orang pergi cari handbag. And finally tinggallah I sorang-sorang dekat sini jaga beg-beg shopping dorang. You rasa? Patut ke dorang buli I macamni?" cerita Aina.

"Kesian you." gelakkan kecil terlepas dari mulut Alvin.

"Aik, itu kasut perempuan ke? Takkanlah you datang shopping kasut perempuan huh?" soal Aina yang secara tidak sengaja terlihat sepasang kasut tinggi di dalam salah satu beg beli-belah milik Alvin. Alvin cepat-cepat menyembunyikan beg itu menyeru gelakkan dari Aina.

"Hekeleh nak berahsialah tu. Siapa huh?" soal Aina.

"No laa. Ini kasut, my mom punya la." jawab Alvin gementar.

"Liar."

"Yea..yea. There is one girl that I like. Tapi I tak tahulah dia suka I ke tak. Ini malam birthday dia. So I belikan hadiah untuk dia." jawab Alvin kembali normal dan hilang rasa gugup tadi.

"Oooooo. Goodluck. Confess to her okay."

"Confess? I tak plan benda tu pun. No way."

"Hey. Be a man. Get her before someone else own her? Do you want that?" soal Aina.

"No."

"Then, you should confess."

"Okay. Thank you Aina. Bye. I pergi dulula." Alvin meminta diri.

Aina mengganguk perlahan dengan senyuman. Aplikasi 'Piano Tiles' dibuka dari telefon pintarnya dan mematikan masa bermain game itu.

🌹🌹🌹

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now