Kelmarin, semua urusan berjalan lancar. Empat karangan sudah selesai disiapkan oleh Putri. Makan malam seperti yang di minta oleh kedua-dua buah keluarga pasangan itu pun telah diturutkan. Mereka meraikan ulang tahun perkahwinan Puan Maria dan Encik Hazran, orang tua Putri diikuti dengan hari jadi Puan Sri Siti Aisyah di satu hotel. Mereka semua bersuka ria setelah agak lama tidak berjumpa kerana semuanya sibuk dengan hal masing-masing kecuali Puan Maria dan Puan Sri Siti Aisyah sahaja yang tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Kedua perempuan tua itulah yang selalu bosan dan berseorangan dirumah.Semasa mereka semua berjumpa semalam, Syed dan Putri ada membuka topik untuk pulang dan pergi menjenguk nenek Syed di Kedah, Langkawi. Kedua-dua orang tua Syed dan Putri berminat untuk mengikut mereka dan pergi menjenguk nenek Syed di kampung. Encik Hazran dan Puan Maria menggangap nenek Syed seperti ibu mereka sendiri. Mereka sangat rapat sejak dahulu lagi semasa ibu bapa Encik Hazran masih lagi bernyawa. Tapi, bila ibu bapa Encik Hazran tidak lagi berada di atas muka bumi ini mereka sudah agak lama tidak berjumpa bersama nenek Syed. Jadi, apa salahnya kalau mereka ingin menyertai Syed dan Putri untuk pulang ke kampung, Kedah, Langkawi.
Mereka semua bersepakat untuk pulang hujung minggu ini selama dua hari sahaja kerana masing-masing sibuk. Hujung minggu? Maknanya hari inilah. Lepas balik kolej, packing dan terus pergi. Dan mungkin mereka akan rancang sekali lagi di masa hadapan untuk pulang ke kampung dengan lebih lama.
Jam berbunyi memenuhi ruang di dalam bilik tidur gadis itu. Dia bangun dengan senyuman yang terpampar di bibirnya. Entah kenapa rasa teruja nak mulakan harinya pada pagi ini.
"Ahhhh, good morning world!" bisik Putri pada diri sendiri sambil mengeliat lalu bangun dan terus ke bilik mandi bagi membersihkan diri dan solat subuh. Selesai solat subuh, Putri melihat jam di dalam telefon pintarnya.
"Baru jam 6.40. Ah, masih awal kalau nak bersiap pergi kolej pun. Breakfast? Juga masih awal. Kelas start pukul 8.30 so dalam jam 7.15 aku sediakan breakfast. Now nak buat apa?" bebel Putri kepada diri sendiri.
"Hmmmm, iron bajulah nanti tak rushing."
Putri menyangkut telekungnya yang berwarna putih dengan renda-renda bunga merah jambu itu. Kemudian, membawa tubuhnya hingga ke bilik sebelah. Sebelum masuk ke dalam bilik pakaian kongsi mereka dia mendengar satu suara yang dikenalinya sedang berdoa.
"Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Aku hamba-Mu yang penuh dengan kekurangan ini memohon keampunan kepada-Mu Ya Allah. Kau ampunilah dosa-dosaku, kedua orang tuaku dan mertuaku serta isteriku Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan dan ketenangan untuk aku dalam menjalani hidupku di dunia yang penuh dengan kekejaman ini. Sesungguhnya engkau yang Maha Berkuasa. Ya Allah, jika aku lalai dalam menjalankan tugasku sebagai seorang hamba kepada-Mu, seorang anak kepada kedua orang tuaku, seorang suami kepada isteriku serta seorang pensyarah kepada pelajar-pelajarku, maka hukumlah aku di dunia tetapi jangan di akhirat-Mu. Aku mohon, aku mohon Ya Allah. Berikanlah aku dan orang di sekelilingku yang aku sayangi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kau lindungilah isteriku dan bukakan hatinya untuk menerima aku sebagai seorang suami yang sah di sisinya. Kau juga bukakanlah hatiku untuk terima dia disisiku. Moga-moga rumah tangga kami seindah Rasullulah dan Khadijah. Semoga kami diberkati oleh-Mu dan hidup dalam kebahagiaan. Jika, kau ingin menguji kami, maka aku berharap yang engkau akan memberikan kemampuan dan kesabaran yang penuh untuk kami menempuh segala ujian yang kau berikan. Amin, amin Ya rabbal Alamin."
Doa yang keluar dari mulut suaminya itu membuatkan Putri terjatuh air mata mendengarnya. Sungguh sayu dan tenang mendengar suara itu meminta keampunan dan keredhaan hidup dari yang Ilahi. Air matanya di seka perlahan dari pipi mulusnya itu. Sebentuk senyuman diukirkan di bibir.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...