Chapter 55

14.4K 429 25
                                    



Dua hari sudahpun berlalu, demam Syed semakin sembuh cuma tinggal batuk sahaja. Dengan pujukkan Putri, Syed mengalah dan ikut pergi ke klinik untuk mengambil ubat. Dia juga mendapat MC selama dua hari. Tetapi hari ini sudah mula bekerja. Bila dah MC ni rasa malas pula nak ke kolej.

Putri keluar dari bilik tidurnya dengan berpakaian lengkap ala-ala secretary. T-shirt putih, kot berwarna pink dan juga skirt berwarna pink. Rambutnya pula di dandankan supaya tampak lebih kemas. Dia mengambil wedges berwarna cream lalu disarungkan ke kaki miliknya. Kemudian, dia berjalan keluar masuk ke dalam kereta milik Syed. Lelaki itu sudah lebih kurang 10 minit menunggunya. Masuk sahaja tubuhnya dalam kerata milik Syed, mulalah lelaki itu nak membebel macam mak-mak.

"Kau ni! Bersiap tak pernah nak cepat. Hish! Kalau kita lambat macam mana?" Syed menjeling pakaian yang dipakai oleh isterinya. Okayla, tak adalah ketat dan skirt pun panjang bawah dari paras lutut. Bagus. Dah improve sikit dari segi pakaian.

Tengok tu! Dah balik dah dengan perangai dia, si Mr Arrogant ni. Waktu tak sihat, amboi kemain memanja. Huh!

"Ala, awal lagi. Rileks ar." jawab Putri.

"Rileks kepala otak kau. Kalau jammed macamana?" Syed mula memandu kereta keluar dari perkarangan rumah.

"Entah." jawab Putri sepatah sebelum mengambil satu buku dari begnya dan mula buka buku tersebut. Sampai sahaja di muka surat yang dia berhenti hari itu, dia mula membaca.

"Patutlah kau selalu lewat. Siap lambat." kata Syed. 1 minit, 2 minit, 3 minit. Aik! Takde jawapan pun. Diam je.

Syed menoleh melihat gadis di sebelahnya apabila lampu isyarat merah. Senyuman yang bakal terukir di bibirnya itu disembunyikan. Patutlah takda yang balas, rupanya tengah baca buku. Gadis itu khusyuk sedang membaca buku milik Syed.

Buku hari itu yang Putri pinjam sudah dipulangkan. Memang best. Boleh tahan taste Syed. Eh! Bukan boleh tahan tapi memang semuanya best. Buku yang dia tengah baca sekarang adalah buku yang keempat dah. Semalam baru dia masuk perpustakaan mini Syed itu untuk pinjam buku. Kebelakangan ini dia seperti Syed pula asyik berkepit dengan buku. Sepanjang Syed demam ini, mereka berdua selalu lepak di dalam bilik mini perpusatakaan itu bagi menghabiskan masa mereka. Dalam sehari, Putri boleh habiskan satu buku yang agak tebal. Jadi burung hantu semata-mata nak habiskan buku tersebut. Kalau tidur pasti tak akan tenang lagi tak tahu apa penamat cerita tersebut. Kan?

Syed menekan minyak membelah jalan raya selepas lampu isyarat hijau. Nasiblah jalan lekang dari kenderaan yang banyak jadi bolehlah dia pandu laju sedikit sehingga selamat sampai ke kolej.

Mereka berdua keluar setelah Syed siap parking. Sepasang mata mereka berdua dihadiahkan dengan seorang gadis. Gadis yang mereka berdua tak nak jumpa mahupun lihat. Takpi apakan daya bila dah satu kolej. Siapa lagi kalau bukan gadis yang bernama, Melissa Shahira.

"Hi. Good morning, Syed." ucap Melissa gedik sambil menghampiri Syed.

Dengar sahaja suara gedik si Melissa itu, Putri cepat-cepat tutup pintu kereta dan meluru pergi berdiri di sebelah suaminya. Di rangkul lengan Syed manja.

"Hmm, morning." jawab Syed malas melayan Melissa. Tetapi buat-buat layan jugalah. Karang dia buat apa-apa kat Putri macamana?

"Kenapa you tak datang kolej. Dah dua hari I tunggu you tau." rengek Melissa.

Putri menjeling Melissa dengan jelingan tajamnya.

"Sayang jom masuk kelas. Nanti kita lambat pula. Awak tak suka lambat kan?" Putri pula mengeluarkan suara manjanya. Syed dah dapat vibe yang dia ni diibaratkan seperti orang tengah. WOW!

Fikiran Syed melayang teringatkan kata-kata Putri semasa mereka di kampung haritu. Waktu yang susah sangat dia nak memujuk isterinya itu. Putri kan ada menyuruh dia melayan gadis itu lebih baik di kolej. Jadi soalan siapa yang patut dia jawab sekarang ni? Putri atau Melissa?

"Oh sure, baby. Let's go. Shall we?" Syed mengeluarkan lengannya dari rangkulan Putri dan terus persatukan erat tangan mereka bersama. Dia sempat melihat wajah Melissa yang merah menyala dan diberikan sedikit senyuman tak ikhlas lalu terus berjalan masuk ke dalam kolej bersama isterinya. Melissa tak semena-mena bengang melihat pasangan suami isteri itu.

Syed sah-sahlah pilih untuk menjawab soalan Putri. Karang merajuk lagi.
Dirinya juga yang akan susah untuk memujuk. Oh, please! Dah tak sanggup!

"Ishh, Syed ni. How dare he to ignore me like this. Tunggu korang. I still got time. Korang happy-happy dulu. I find my way to make you guys apart. Just wait." rungut Melissa seorang diri dengan senyuman senget terpampar di bibirnya.

Syed dan Putri berjalan bersama-sama dengan tangan masih lagi bertaut.

"Kau nih, memang anti dengan dia hah?" soal Syed mengusik.

"Yelah. Dia gedik. Dah tahu awak suami saya kenapa nak mengedik lagi." suara ala-ala merajuk dah boleh didengari dari Putri.

"Dia memang macamtu. Sengaja nak kacau hubungan kita. Sebab tu kita kena kuat. Kalau tak rengganglah hubungan kita." kata-kata semangat di beri kepada Putri.

"Tapi kan apa kisah awak dengan dia eah? Kenapa awak tak pernah cerita dekat saya? Saya berhak untuk tahu kan?" soal Putri sudah berhenti berjalan. Dia menoleh dan melihat tepat ke mata Syed. Nak cari kejujuran dari mata itu.

Syed kelu tak terkata apa. Kisah silam yang dia nak lupakan tiba-tiba datang menghempapnya semula mendengar soalan Putri. Patutkah aku beritahu Putri semuanya? Dia sudahpun jadi isteri aku. Sebahagian daripada aku. Tapi aku takut, aku lemah dan menangis di hadapannya nanti. Bagaimana?

"Ummm-mm, boleh tak kau bagi masa untuk aku. Aku cerita semuanya bila aku dah bersedia." Syed bersuara tetapi Putri boleh mendengar suara itu agak terketar-ketar.

Syed masih sayangkan Melissa kah? Hmmmm. Tak boleh lagikah dia lupa perempuan itu? Sakitnya bila fikir. Ah! Wake up Putri. Forget it. Putri menyimpulkan senyuman manis buat Syed bagi menghilangkan rasa gugup lelaki itu. Wajah lelaki itu nampak pucat lesi.

"Baik. Saya tak desak awak pun. Jangan risau. Saya tunggu." Putri mengenggam kedua-dua belah tangan suaminya erat.

"Thank you." ucap Syed perlahan.

"Jom. Kita masuk kelas." ajak Putri.

Pasangan itu masuk ke dalam kelas dalam keadaan berpegangan tangan. Langkah sahaja kaki dalam dewan kuliah, Syed melepaskan tangan Putri dan terus pergi ke tempatnya untuk mengajar. Moodnya melayang jauh nun di sana.

A/N: Sorry kalau pendek chap ni. Today is my birthday, 24th of May 🥰. Hahaks

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now