"Tahniah, Puan. Puan mengandung." ucap doktor wanita tersebut dengan senyuman cantik yang terlukis dibibirnya."H-huh? Men-mengandung?" membulat mata gadis itu apabila mendengar kata-kata doktor wanita tersebut. Takkanlah.
"Iya, sudah hampir dua minggu. Sekali lagi saya ucapkan tahniah." senyuman masih lagi tak lekang dari bibir doktor wanita tersebut. Dia juga turut gembira walaupun ini berita gembira orang lain.
Gadis itu masih lagi di awang-awangan. Seakan-akan tidak percaya akan perkataan yang meniti di bibir wanita yang memakai jubah putih perasmian doktor dihadapannya ini. Tidak ada perkataan yang boleh diperkatakan darinya pada saat ini. Rasa seperti jiwanya sudah hilang dari tubuhnya. Adakah masa hadapannya juga akan berubah? Sama ada lebih baik atau lebih buruk. Ah! Tak mungkin lebih baik. Dengan kehadiran bayi ini takkan mungkin hidupnya akan lebih baik.
"Puan? Puan Melissa? Are you alright?" panggil doktor wanita tersebut. Naik hairan dia dengan gadis dihadapannya. Takkan dapat tahu berita gembira, terus tak ada suara.
"Ah, ya. Terima kasihlah doktor." ucap Melissa dengan air mata mula bertakung dalam kolam matanya.
"Ya, sama-sama. Puan jagalah kesihatan ya, kandungan pun masih lagi baru. Jadi, saya harap puan jangan buat kerja-kerja yang terlalu berat. Takut juga boleh menyebabkan keguguran. Kita kena bersyukur atas rezeki yang diberi. Tak semua pasangan beruntung dengan pemberian zuriat. Suami puan kerja ya? Nanti kalau puan bagitahu mesti dia happy."
Bersyukur konon. Kalau dapat zuriat luar nikah pun kena bersyukur ke? Siap tanya suami bagai. Panggil puan pulaktu, bebel hati Melissa.
"Ya, dia kerja. Takpalah saya minta diri dulu." Melissa dengan hati-hati bangun dari kerusi hendak melangkah keluar dari bilik doktor ini.
"Kirim salam gembira saya pada dia. Puan balik hati-hati ya." sempat doktor wanita tersebut berpesan sebelum Melissa berlalu pergi.
Melissa terus membuka beg tangannya dan mencari telefon pintarnya. Sibuk tangannya terus unlock telefonnya lalu terus menekan contacts. Satu nama laju dicari olehnya. Dia harus beritahu kepada lelaki itu. Kepada siapa lagi dia nak mengadu kalau bukan bapa kepada bayi ini. Apabila nama itu sudah tertera di skrin, laju jarinya menekan dan menelefon lelaki itu. Sabar dia menanti agar lelaki itu menjawab.
"Hello?" sapa lelaki itu. Dengar suara macam baru lepas bangun tidur. Matahari dah terpacak pun masih tidur lagi ke?
"Kita jumpa." jawab Melissa tanpa membalas sapaan lelaki itu. Dia sudah tiada kesabaran lagi. Hanya ketakutan sahaja yang menghantui dirinya. Sudahlah dia juga takut dengan ugutan Syed. Tunggu sahaja bila dia akan dijatuhkan nanti. Tiada cara lain yang boleh dia buat kalau Syed sudah dapat rakaman suaranya itu.
"Jumpa? Nak buat apa?" balas pemanggil itu.
"Jangan banyak tanya boleh tak? I need to see you now. Meet me at one utama." jawab Melissa menaikkan sedikit suaranya. Geram pula dengan pemanggil itu, sudahlah dia sedang panik. Langsung jarinya terus menekan butang end call, tanpa mendengar apa-apa alasan lagi dari pemanggil tersebut.
🌹🌹🌹
Iyyad mengangkat bagasi milik Farhana lalu memasukkan ke dalam but kereta range rover evouqe miliknya. Ibu bapa Farhana dia dekati dengan sopan.
"Pak cik, mak cik. Kalau dah tak ada apa-apa kami pergi dululah." Iyyad bersuara dengan sopan dan lembut.
"Yelah, pergi baik-baik. Anak pak cik tinggal sorang ni je dah. Jaga dia baik-baik ye Iyyad. Pak cik percayakan kamu." pesan Encik Fahrin.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...