Putri sudah terjaga dari tidurnya. Dia bangun lalu matanya terjatuh pada suaminya yang sedang menunaikan kewajipan. Tersulam senyuman melihat lelaki itu, dengan berbaju melayu, kain palikat dan songkak. Sungguh jauh berbeza penampilan ini. Tidak seperti selalu. Dia langsung tak pernah tengok Syed berkain palikat sebelum ini. Tapi bila dah tengok ni nampak macho, style abah-abah gitu tapi versi mudalah.Syed sudah memberi salam terakhir lalu melihat isterinya yang sedang khusyuk memandangnya. Nampak macam dah sampai ke negara lain. Pandangan itu macam tengah membaca dirinya pun ada. Fuh! Tiba-tiba berdebar. Syed kemudian melipat sejadah dan diletakkan di dalam almari semula.
"Ehem.. kau tak habis lagi ke nak usha aku? Bawa-bawalah pergi mandi." tegur Syed langsung mematikan lamunan gadis itu.
"Huh?" balas gadis itu dengan muka seposen. Langsung tak dengar apa yang suaminya kata.
"Aku cakap pergi mandi. Nanti dalam pukul 7 takpun 7.15 tok mummy mesti dah nak memasak sarapan pagi. Kau pergilah tolong." suruh Syed.
"Ah! Ya. Baiklah." balas Putri tanpa bantahan sekilas dia bangun dari katil, lalu mengemas katilnya. Putri mendapati yang toto kekabu itu masih belum dilipat. Toto kekabu itulah yang Syed hamparkan buat tidur semalam. Nasib Putri dalam keadaan tak suci jadi dia tak bertekaklah nak berebut katil semalam. Dibiarkan sahaja isterinya tidur di atas katil empuk itu. Mujur juga ada toto kekabu itu dalam bilik 'VVIP' mereka itu. Kalau tak, nampaknya dia akan tidur atas lantai sejuk tu!
Putri membawa tubuhnya ke toto kekabu itu dan ingin melipat toto tersebut tetapi Syed menghalang Putri.
"Tak perlu kau lipat. Nanti aku yang lipat. Kau pergi mandi je."
"Baik." tanpa melihat wajah suaminya, Putri terus mencapai tualanya dan pergi masuk ke dalam bilik mandi. Tidak lupa juga untuk mengambil pakaian persalinannya.
Usai lima belas minit, Putri keluar dari bilik mandi dengan rambut basah. Dia melihat yang suaminya masih lagi berada di dalam bilik. Buat apa lagi kalau bukan baca buku! Toto kekabu itu pun sudah tiada. Nampak nya, Syed sudah lipat dan simpan di dalam almari semula.
Putri tercari-cari sesuatu dari tadi lagi, tetapi tak dijumpainya sehingga Syed bertanya.
"Kau cari apa? Terjenguk sini-sana." tanya Syed melihat Putri dengan kedua-dua belah matanya.
"Ummm, ada hairdryer tak?" jawab Putri dengan soalan kembali.
"Hairdryer. Mana ada. Kau ingat rumah tok mummy ni hotel ke?"
Tengok! Itu sebablah aku malas nak bertanya pada Mr Arrogant ni. Diperlinya aku pula. Tanya je pun. Itu pun salah ke?
Putri membalas dengan jelingan sahaja membuatkan Syed tersenyum kecil. Syed menutup bukunya lalu bangun dari katil. Dia pergi mengambil tuala baharu di dalam almari yang terdapat di dalam bilik tidur mereka. Dia mendekati Putri yang sedang duduk atas kerusi berhadapan cermin sambil menyisir rambut.
Putri menoleh ke arah Syed dengan raut wajah yang keliru. Mr Arrogant ni nak buat apa? Tuala bagai! Bukan dia dah mandi ke tadi?
"Pandang depan." arah Syed lalu mengambil sikat dari tangan gadis itu.
"Huh?"
"Pandang je depan!" tanpa banyak soal lagi Putri pun pandang ke hadapan. Dia melihat Syed dari pantulan cermin itu.
Syed menyisir rambut Putri lembut. Dari atas ke bawah kemudian, tuala tadi diambil lalu mengeringkan rambut Putri perlahan-lahan. Ligat tangannya mengelap rambut Putri.
Putri menyimpan senyuman kepada diri sendiri. Hmm, tadi kemain garang perli-perli aku. Sekarang! Haih! He's being sweet again.
"Aku nak guna tiket aku yang semalam." Syed bersuara dengan tangannya masih lagi sedang mengeringkan rambut Putri.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...