Chapter 77

12.2K 376 10
                                    


"Shhhhh janganlah nangis Putri. Aku ada kat sini." pujuk Farhana. Dia mengusap belakang Putri lembut.

"Aku benci dia Farhana. Aku benci dia. Sanggup dia buat aku macamni. Aku nak selamatkan rumah tangga kami dan pulihkan dia dari terus benci abang dia. Tapi dia...." esakkan Putri makin terdengar kuat.

"Jangan cakap begitu. Tak baik. Aku tak tahu apa yang jadi dekat kau sekarang tapi kau kena kuat. Janganlah lemah sebab orang lemah selalu rugi." kata Farhana masih lagi memeluk Putri erat.

"Jangan lemah? Tapi kadang bukan ke kita kena mengalah jugak?" soal Putri meleraikan pelukkan.

"Apa yang dah jadi dekat kau sekarang ni? Cuba cerita, aku boleh jadi pendengar." soal Farhana. Dia masih lagi tak faham situasi sebenar Putri. Tiba-tiba Putri datang menangis teresak-esak padanya jadi dia bawak masuk Putri terus ke biliknya. Dia hanya berseorangan di rumah manakala kawan-kawannya semua keluar. Mimi dan Aina pergi kerja part-time. Rafiqa pula balik ke rumah ibu bapanya.

"Syed dia..." air mata Putri masih lagi turun tak henti-henti.

"Dia?"

Putri keluar dari kereta selepas membayar duit tambang kepada pemandu grab itu. Tiba-tiba rajin pula rasanya dia nak masak dan datang makan tengahari dengan Syed hari ini. Dia sedaya upaya nak pujuk Syed juga sampai boleh. Walaupun bukan salah dia kan?

Sempat Putri mengeluarkan telefon pintarnya jika ada mesej yang dibalas oleh Syed tapi malangnya tak. Takut pula Syed dah keluar pergi makan dekat luar. Sia-sia je dia datang dengan mangkuk tingkat yang penuh dengan makanan ni. Telefon pintarnya disimpan semula ke dalam poket.

Sebelum masuk ke dalam bangunan Putri menegur penjaga keselamatan yang sudah dia kenal. Dengan riang dia berjalan hingga dia berada di hadapan pintu bilik Syed. Pintu bilik Syed dipandang seketika. Agak lama sebenarnya dia dah tak jejak kaki ke sini selepas habis final exam, jadi agak rindulah jugak. Pintu bilik Syed masih sama dan tiada beza, tulisan nama Syed yang terukir di pintu itu dibaca sejenak. 'Mr Syed Aqil Mikhael, english professor.'

Putri baru memegang tombol pintu Syed tetapi terhenti apabila dia terdengar suara dari dalam.

"Ahhh kepala aku." Putri dapat cam yang itu adalah suara Syed.

"Ah sayang, why? Janganlah naughty-naughty."

Hati Putri mula tak tentu arah, nafasnya pula tidak teratur mendengar suara Melissa. Cepat-cepat tangannya memulas tombol pintu itu. Dia seakan-akan tidak percaya melihat apa yang ada dihadapannya. Tolonglah katakan ini hanya mimpi. Melissa yang sedang duduk berlapikkan paha Syed, sambil bibirnya yang menekap pada leher Syed manakala satu tangan Melisaa cuba membuka butang baju Syed yang paling atas. Air mata Putri terus jatuh satu per satu manakala tangannya yang masih memegang mangkuk tingkat itu pula terlepas dari genggaman. Luluh hatinya melihat suaminya dengan perempuan lain.

"Ish kau ni Melissa. Apa ni?" marah Syed lalu menolak Melissa kuat hingga gadis itu hampir jatuh.

"Aku suruh ambik panadol kan bukan sentuh aku! Kau faham tak aku dah kahwin!!!" marah Syed yang masih lagi terasa pening di kepalanya. Sakit kepalanya tak boleh dibayang. Sakit sangat sampai rasa macam nak pengsan.

Mata Syed kemudian terjatuh pada isterinya yang beku pada pintu. Terkejut dia melihat isterinya, kali ini dia terus tolak Melissa hingga gadis itu jatuh ke lantai.

"Putri, what are you doing here sayang?" soal Syed terketar-ketar. Dia bangun ingin mendekati Putri, dia melihat mata Putri yang berkaca dan air mata yang melurut turun dari pipi mulus gadis itu.

"I came to eat lunch with you. But I guess you already have your own partner." kata Putri cuba bersabar. Kalau tak bersabar dah lama dia lempang Syed dan lenyekkan si lalat yang dekat lantai tu.

"Huh? Why didn't you tell me?"

"I did but you're busy with her right? So how come you're gonna check my whatapps." kata Putri lagi cuba tenang dan tersenyum sedikit.

"This is not what is look like actually Putri. Aku tiba-tiba rasa macam kena tikam dekat kepala aku and...." kata Syed cuba hendak menerangkan perkara sebenar tapi terputus apabila Putri memotong kata-katanya.

"No need. Putri tak nak penjelasan. Putri percaya abang takkan buat semua benda ni tapi Putri  pun manusia, ada hati dan perasaan tersendiri jadi Putri masih perlukan masa. Putri dah penat dan fed-up. Apa nak jadi-jadilah. Putri minta maaf. Putri undur diri." kata Putri masih lagi tenang lalu dia terus keluar dari bilik Syed tapi sempat dia mendengar satu ayat terakhir yang keluar dari mulut Syed.

"What are even saying sayang? No! Don't give up. I love you Putri Emylia Irdina."

Putri agak terkejut dengan perkataan itu. Tak pernah sekali pun kalimat itu pernah terkeluar dari mulut suaminya sebelum ini. Tapi kalimat itu tak mengembirakan hatinya walaupun sedikit. Putri berlalu pergi keluar dari bangunan.

Cerita Putri kepada Farhana, air matanya masih lagi tak habis-habis luruh. Farhana pula memdengar dengan teliti dan agak simpati pada Putri. Kasihan pada kawan baiknya ini, tapi dia tak salahkan Syed juga. Sebab macam ada benda pelik yang jadi, itu apa yang dia rasalah bila dengar cerita Putri.

"Sabar. Tapi Putri kau tak rasa ke macam Syed tu kena perangkap? Kau cakap Syed tengking sotong kering tu sebab sentuh dia kan? So?" soal Farhana.

"I mean that make sense enough. Tapi kau tak tahu banyak lagi apa yang aku dah lalui sepanjang sebulan ni. Aku penatlah Farhana. Penat nak layan kerenah dia lagi dah. Aku rasa biarlah aku pergi buat sementara kan?" esakkan Putri sudah terhenti.

"Kau cakap apani Putri? Pergi? Kau nak pergi mana? Kau jangan buat kerja gila. Jangan pergi mana-mana. Aku sayang kau!" kata Farhana tegas.

"Tak jauh dalam Malaysia je. Aku janji. Aku nak tenangkan fikiran aku." ujar Putri lembut lalu menarik nafas panjang.

Farhana mengeluh melihat kawannya yang seakan-akan dah hilang semangat dalam diri. Dia sedih sangat tengok kawan sendiri begini. Siap kau sotong kering. Aku kerjakan kau nanti. Tunggu kau!

"Janji Malaysia je?"

"Janji." balas Putri lalu mengukirkan sedikit senyuman sebelum memautkan anak jarinya pada anak jari milik Farhana.

"Kau jangan buat kerja gila tau. Satu lagi soalan. Macamana dengan Syed kalau kau pergi? Kau dah tak sayang dia? Kau tahu tak benda yang bakal kau buat ni boleh tambahkan dingin Syed tu."

"Sayang tapi macam aku cakap aku dah penat. Biarlah dia. Kalau dia betul jodoh aku, kitorang kekal. Kalau tak...."

"Shhhhhh jangan cakap benda tu. Aku akan pastikan kau dengan Syed kekal sampai bila-bila."

"I don't know." Putri menghinjut bahunya perlahan.

"Kau ni. Janganlah putus asa macam ni. Dah kau boleh pergi tenangkan fikiran tapi janji balik semula. Jangan lama-lama. Tak baik berjauhan dengan suami. Buat keputusan elok-elok kalau kau masih sayangkan rumah tangga kau."

"Baiklah Cik Nur Farhana. Aku sayang kau ketat-ketat. Kalau kau lelaki kan bagus. Boleh aku kahwin dengan kau je." tubuh Farhana terus dipeluk erat.

"Merepeklah kau. Kau nak pergi tenangkan fikiran dekat mana ni?" soal Farhana.

"Rahsia hehe." kata Putri.

"Ish bagitau aku kalau tak aku tak bagi kau pergi."

Putri pasrah melihat wajah Farhana yang berubah garang sekelip mata. Dengan tiada pilihan lain dia terpaksa memberitahu lokasi yang ingin hendak dituju olehnya.

"Oh dekat je. Aku boleh melawat nanti."

"Yeah sure." senyum Putri.

"Satu lagi jangan bagitau sesiapa tau. Masalah aku dengan Syed even lokasi yang aku nak pergi tau." pesan Putri.

"I promise." balas Farhana.

A/N: Sooo kalau ada typo maaf. Malas nak check 😂. Hope you enjoy it 💕🌹.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now