Chapter 93

11.7K 406 19
                                    



Lagu yang tengah bermain di corong radio itu membuatkan kepala Syed terangguk-angguk mengikut rentak lagu tersebut. Bibirnya mula menyanyikan lagu tersebut, jamming pagi-pagi ni boleh hidupkan mood gembira seharian. Pagilah waktu yang sangat penting, kalau pagi-pagi dah murung, sedih dan sebagainya. Itu sudah merosakkan permulaan hari.

'We all need that someone
Who gets you like no one else
Right when you need it the most
We all need a soul to rely on
A shoulder to cry on
A friend through the highs and the lows

I'm not gonna make it alone
La la la la la la
La la la la la –lone
I'm not gonna make it alone
La la la la la la
La la la la la –lone

Then I saw your face
Your forgiving eyes
Looking back at me
From the other side
Like you understood me
And I'm never letting you go, oh'

Syed memandang sebelah jalan sebentar, dia ternampak seorang lelaki dan anaknya berjalan sambil berpegangan tangan. Ah, kepalanya sudah berputar memainkan scene bila anaknya dan Putri sudah besar. Dia pun nak bawa anak dia jalan-jalan juga. Senyuman terleret indah dibibir memikirkan anaknya yang bakal lahir nanti.

Lamunannya terhenti apabila telefon pintarnya berdering, Syed melihat nama yang terpapar di skrin telefon pintarnya. Megat Aiman. Kenapa lelaki ini tiba-tiba sahaja telefon dia pagi hari ni? Ish, ingatkan pagi ni indah. Tapi, Megat Aiman dah rosakkan mood dia. Dia tak suka langsung dengan perangai Megat Aiman yang perasan bagus. Annoying. Kesimpulannya, dia memang tak sukakan Megat Aiman pun.

Dengan malas, Syed pun memakai earpodnya untuk menjawab panggilan Megat Aiman. Volum radio diperlahankan sedikit, takut-takut tak dengar pula suara Megat Aiman.

"Hello." sapa Syed dahulu.

"Syed, balik. Balik rumah kau sekarang!" suruh Megat Aiman terjerit-jerit, tetapi suara lelaki itu terdengar seperti mengah seakan-akan dia bercakap sambil berlari. Syed mengerutkan keningnya. Kenapa pula dengan lelaki ni?

"Huh? Kenapa? Apa masalah kau nak suruh aku balik pulak?"

"Balik jelah kalau kau nak isteri kau selamat. Mel--Melissa ad-ada dekat rumah kau. Selamatkan Putri!" masih lagi mengah, Megat Aiman bersuara.

Tanpa membalas apa-apa, Syed terus membaling telefon pintarnya dan membuat
u-turn. Jantungnya berdegup kencang, isteri dia ya allah! Tubuhnya mula sejuk takut-takut jika berlaku sesuatu pada isterinya, sudahlah dia dah jauh dari rumah. Minyak ditekan lebih laju membelah jalan, satu per satu kereta dia memotong. Air matanya mula bertakung, hatinya tak henti-henti menyebut nama Allah. Meminta pertolongan dari Maha Esa supaya isteri dan anak yang masih dalam kandungan selamat sampailah dia balik.

"Sayang, pertahankan diri sendiri, tunggu abang balik." Syed bersuara perlahan.

"Nak lari mana tu? Kau takkan boleh lari. Percayalah cakap aku." Melissa tersenyum sinis lalu berjalan memusing satu sofa mengikut Putri.

"Apa aku buat kat kau hah? Kenapa mesti aku?" Putri mengundur ke belakang.

"Jawapannya mudah. Kau ambil Syed dari aku." Melissa melihat pisau yang berada di tangannya.

"Tapi, kau dah break-up dengan dia waktu tu. Kau dah takde apa-apa dengan dia. Meaning aku tak rampas dia dari kau, Melissa!" jerkah Putri.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now