Chapter 25: Indoor date

17.3K 459 6
                                    



Syed perlahan-lahan meleraikan pelukkan di antara dia dengan Putri. Wajah gadis itu di pandang lembut. Rasa bersalah masih lagi membelenggu dirinya. Sekilas tangan kanannya naik ke wajah gadis itu lalu menyelak helaian rambut yang melindung pandangannya untuk melihat wajah gadis itu. Senyuman diukirkan tanda syukur yang Putri tidak apa-apa. Usai itu, dia bangun lalu pergi membawa tubuhnya ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Tapi, sempat juga dia cium dahi Putri sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Setelah selesai mandi, dia mendapati yang Putri masih lagi sedang tidur. Tubuhnya di dekatkan di katil tersebut lalu mengejutkan gadis itu dengan memanggil lembut nama gadis itu.

"Putri." panggil Syed dengan nada yang sungguh lembut. Perlahan-lahan gadis itu membuka mata. Bibir dan wajahnya yang sedikit pucat merisaukan Syed. Syed meletakkan kelima-lima jarinya di atas dahi Putri.

"Panasnya ya allah. Kau demanlah Putri!" kata Syed dengan penuh kerisauaan.

"Ummm." raung Putri.

Tanpa berlengah Syed pergi mengambil tuala kecil yang disediakan oleh pihak hotel di dalam bilik mandi. Dia membasahkan tuala itu menggunakan air sejuk. Tuala basah itu diletakkan di atas dahi Putri. Nak kurangkan suhu badan Putri.

"Kau rehat okay. Aku keluar jap belikan makanan untuk kau. Kau jangan ke mana-mana faham." pesan Syed. Kejadian semalam sudah membuat dia risau dan kusut tolonglah jangan jadi benda lain lagi.

"Ba-baik. Tta-tapi awak jangan ambil masa yang lama please?" kata Putri dengan suara yang manja. Alang-alang Syed tengah baik so bolehlah mengada sedikit. Walaupun wajah Putri sedang pucat Syed akui yang isteri dia ni memang kiut.

Syed membalas soalan itu hanya dengan sentuhan di hidung Putri dan anggukan beserta senyuman. Lalu dia keluar untuk pergi membeli makanan untuk mereka berdua.

"Akkkkk, hidung aku. Kalau hari-hari dia sweet macam ini alamaknya kau akan dapat penyakit diabeteslah Putri oi." hidungnya yang di sentuh oleh Syed tadi disentuh dengan tangan miliknya. Demam Putri? Nah, harap badan aje panas tapi tenaga masih ada. Tadi cumalah lakonan. Hehek.

Mengenai kejadian semalam? Memang sangat menakutkan dirinya tetapi disebabkan mode penyayang Syed datang semalam jadi dia rasa kurang takut malah rasa lebih selamat dan terjaga. Perlahan-lahan dia cuba padamkan memori kejadian semalam.

Syed pergi ke sebuah kafe halal yang berada di sebelah kedai bunga. Dia masuk ke kafe itu lalu membuat pesanan kepada salah seorang pelayan perempuan. Ketika sedang menunggu makanan untuk siap dia mendapat notis mesej dari aplikasi Whatapps.

————————————————————
My Annoying Wife 😏

Awak, jangan lupa belikan saya ais krim okay! 😚

Ice cream? Seriously? N to the O. It's a big NO!! You had a fever.

Ala, please. Saya teringinlah. Belikan lah eah?

Still. It is NO NO NO NO NO.

————————————————————

Syed menunggu Putri untuk membalas mesejnya. Tapi Putri hanya mambaca sahaja atau dengan lebih tepat 'bluetick' hahaha. Geram pulak Syed dengan isterinya ini. Bluetick tu musuh bagi semua orang tau.

Setelah selesai dia membeli makanan dia pulang ke hotel untuk melihat keadaan Putri. Geram terhadap bluetick yang diberi oleh Putri itu masih lagi bersisa.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now