Sudah hampir seminggu Syed dan Putri tidak berjumpa. Mereka sibuk dengan hal masing-masing dan memang tak ada masa untuk diri sendiri. Kalau Putri dan Syed berjumpa pun hanyalah di kolej itu pun sebab terserempak takpun Syed yang perlu masuk ke kelas untuk mengajar. Putri memang betul-betul fokus dalam pelajaran kerana dia bakal menduduki final exam tidak lama lagi. Sibuk juga dengan beberapa assignment yang perlu disiapkan. Manakala Syed pula sibuk dengan pelajar-pelajarlah. Sebagai seorang pensyarah dia pun perlu betul-betul berikan tumpuan untuk pelajar-pelajarnya.Dalam sedar tak sedar tujuh hari itu berlalu, malam ini adalah malam terakhir bagi Syed dan Putri berbujang. Esoknya, mereka akan disatukan menjadi suami dan isteri yang sah.
Disebabkan malam ini adalah malam terakhir Putri berbujang. Memang sah-sah lah gadis-gadis kesayangan dia datang ke rumahnya untuk meraikan dan malam ini juga merupakan 'malam berinai'.
"Ahhh! Tak sabar weh nak tunggu esok." jerit Aina terkinja-kinja.
"Engkau yang lebih-lebih apesal? Bukan kau yang nak kahwin. Kecoh ah kau ni!" Farhana berkata. Ganas sungguh kata-kata yang dikeluarkan.
"Sibuklah! Aku cuma teruja je. Sahabat kesayangan aku nak kahwin kut. Mesti lah kecoh. Wooooooooo." jerit Aina lagi sengaja nak memperhangatkan Farhana.
Farhana diam dan pasrah jelah dengan gadis itu. Bila sekali lihat gadis itu seperti manusia tetapi bila dua kali nampak seperti monyet pun ada. Rasa macam nak bagi pelempang je. Tetapi sabar itu kan separuh daripada iman jadi Farhana cuba untuk bersabar selagi dia boleh. Kalau tak boleh? Nak buat apa? Kita kasi penumbuk terus.
"Soooo? Cik Putri Emylia Irdina anda bakal menjadi seorang 'Puan' dan bukan lagi 'Cik' jadi apa persaan anda sekarang? Takut? Gementar? Gembira? Atau sedih?" Rafiqa tiba-tiba berlakon sebagai wartawan lalu bertanya kepada Putri sambil meletakkan botol air sebagai mikrofon di mulut Putri.
Putri yang sedang dilukis inai di jari-jemarinya menghamburkan ketawa kecil selepas mendengar soalan dari Rafiqa. Haih! Ada sahabat macam ini tak perlukan pasangan hidup pun tak apa. Dah cukup bahagia. Betul tak?
"Well, secara jujurnya saya pun tidak tahu. Perasaan saya bercampur-baur sekarang ini. Ada rasa takut dan gementar. Perasaan gembira tak perlu tanya memang takda langsung. Siapa je yang suka kahwin paksa kan? Sedih memang ada sebab saya bakal menjadi milik orang tak lama lagi. Nanti pasti saya rindu zaman bujang saya. Contohnya, menggila dengan anda-anda semua." balas Putri memainkan peranan dalam lakonan mereka. Dia pun masuk air kalau dengan diorang nih! Memang tidak boleh dinafikan.
"Alololo. Jangan risau kalau nak menggila tu bila-bila masa je boleh. Kalau Mr Syed tak bagi kau keluar dengan kitorang aku belasah dia hidup-hidup." kata Rafiqa. Marah punya pasal hilang terus lakonannya tadi.
"Uish, bahaya. Baiklah. Hamba yang menuntut perintah." balas Putri sambil salut dengan tangan kirinya tanda hormat dan lagi sekali melepaskan tawa kecil.
Semasa tengah rancak mereka berbual-bual. Mereka mendapati yang Mimi tidak masuk dalam perbualan mereka. Mimi hanya berkepit dengan telefon pintarnya. Tengah senyum sorang-sorang macam kerang busuk.
"Apesal though dengan Mimi?" tanya Putri hairan. Yelah, selalunya Mimi tak macam tu. Kalau situasi-situasi macam ini dia lah yang selalunya kecoh.
"Entah! Tapi firasat aku mengatakan yang dia ni tengah hangat bercinta kut." teka Aina. Mungkin ya dan mungkin tidak. Yelah, kalau nak diikutkan Mimi memang cakap yang dia nak cari boyfriend kan!
"Bercinta? Siapa jejaka yang misteri itu ya." soal Rafiqa.
"Jom kita tanya." Farhana memberi cadangan.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...