Selesai makan kenduri, mereka semua pulang ke rumah bagi membersihkan diri dan bersolat zuhur secara berjemaah. Sekarang mereka sudah berada di dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur. Masing-masing sudah mula bekerja esoknya, Isnin. Seperti yang diminta oleh Tan Sri Syed Amran, Iyyad Haiyan juga turut dijemput datang ke KL bersama-sama dengan mereka. Nek Syaziah berasa sedikit sedih kerana anak dan cucunya semua sudah pulang tetapi tak mengapalah. Mereka pun ada hidup mereka yang tersendiri. Sebagai ibu dan nenek yang baik dia menyokong apa yang dipilih oleh anak dan cucu-cucunya. Tinggal seorang pun seoranglah.Mereka yang lain semuanya duduk di sebelah pasangan mereka, tetapi bukan Iyyad. Dia mana ada pasangan. Jadi dia mengambil tempat duduk di belakang sedikit dan terdapat tempat duduk kosong di sebelahnya. Agak-agak siapalah yang akan teman dia di dalam pesawat ini ya.
Tapi harap-harap janganlah yang suka berdengkur waktu tidur, geli weh. Yang asyik pandang-pandang pun tak best juga, tahulah kita ni hensem tapi tak payahlah pandang kerap sangat. Lagi-lagi orang yang berbau, Allah! Memang tak tahan, takde deodorant ke apa? Lepastu, yang asyik sibuk memanjang. Kejap amik laptop, kejap tengok telefon pintar, kejap tengok jam. Sibuk sungguh. Macamlah bumi nak runtuh. Yang paling teruk, duduk sebelah orang sakit, memang tak boleh blah. Batuk karang bersin. Pastu berjangkit dekat kita. And yes, Iyyad memang dah pernah duduk sebelah dengan semua orang-orang macamni. Almaklumlah, dia sering ulang-alik dari Malaysia ke Australia.
Iyyad menoleh wajahnya ke arah tingkap untuk melihat pemandangan. Tenang. Awan-awan putih dengan langit biru yang menghiasi guli matanya. Pemandangan ini kalau orang baru lepas break-up mesti lagi layan perasaan. Konfem. Iyyad terdengar seseorang yang baru sahaja mengambil tempat duduk di sebalahnya. Termengah-mengah. Jenis manusia mana pula la aku akan hadapi ni?
Iyyad menoleh wajahnya bagi melihat orang itu. Allah. Menyesal kalih. Kalau nak patah balik masa pun dah tak boleh. Orang yang dia taknak jumpa ni jugaklah nak jumpa jugak. Kenapa? Apa salah aku?
"Hang lagi. Balik-balik muka hang. Takdak orang lain dahka aku nak jumpak." Iyyad muka membuka bicara. Loghat kedah mana boleh tinggal.
"Huh! Kau ingat aku nak sangat ke jumpa kau mamat pekak." balas gadis itu garang.
"Habis pasaipa hang asyik dok ikut aku ja?"
"Aku?" gadis itu menunjukkan dirinya dengan jari miliknya sendiri "Kau ingat aku takde kerja lain ke nak ikut kau. Lagi satu ini bukannya pesawat kau. So diam."
Iyyad tidak membalas apa-apa malah hanya menggelengkan kepalanya. Garang semacam minah ni. Dari awal aku jumpa, sentiasa garang. Agaknya emak dia telan apa waktu mengandungkan dia? Harap-haraplah jodoh aku tak macamni. Kalau tak nasib tak menyebelahi aku sekali dengan anak-anak akulah jawabnya.
Gadis itu mengeluarkan headphone dari beg galasnya yang kecil itu. Dia menyambungkan wayar ke telefon pintarnya lalu memakai untuk mendengar lagu di dalam playlist telefon pintarnya. Malas nak memekak dengan mamat pekak di sebelahnya.
Iyyad yang sudah kian lama termenung melihat permandangan dari luar tingkap itu menoleh melihat orang disebelahnya itu. Tidur. Comel je. Kalau bangun tak nampak comel dah, nampak macam singa je minah rabun ni. Tapi serius cantik minah rabun ni. Hidung terletak. Bulu mata kemain lentik lagi. Muka mana ada secebis mekap pun. Ni mesti original cantik dari dulu. Nampak muda pula tu, agak-agak berapalah umur minah rabun ni? Wait, wait, wait! Tak asal aku dok tenung-tenung dia. Siap puji dia lagi tu. Sampaikan nak tahu umur dia. Yow! Wayar mana yang putus dalam kepala aku nih? Haih! Wakey.. wakey Iyyad Haiyan! Iyyad kembali mengalihkan pandangannya ke arah tingkap. Cuba melupakan apa yang dia tengah fikir tadi.
Putri pula sama macam Iyyad tengah tenung orang yang berada di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan suaminya yang sedang nyenyak tidur. Lepas aje kenduri tadi Syed dah kurang bercakap. Nampak lesu-lesi je. Takkanlah sedih sangat nak tinggalkan Nek Syaziah. Nanti boleh datang jenguk lagi apa. Entahlah. Apa yang pasti tenang je dia lihat wajah suaminya yang sedang tidur itu. Kacak. Tapi lama mana dia nak tenung? Apabila matanya juga berat lagi untuk dibuka. Dia pun turut tertidur. Mujur besok dia takde kelas. Bailk nanti boleh sambung tidur sampai esok. Tapi Syed ada kelas, kasihan. Hahaha.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...