Selepas lima minggu, tamatlah cuti semester kedua Putri. Setelah habis mandi, Putri bersiap-siap untuk ke kolej. T-shirt putih dan denim jacket disarungkan ke tubuh dan seluar jean hitam. Rambutnya diikat ponytail. Putri menuruni setiap anak tangga untuk ke dapur dan bersarapan pagi."Eh, Cik Melah mana mama dan papa? Dorang tak sarapan pagi ke?" tanya Putri kepada Cik Melah yang sedang sibuk membasuh pinggan.
"Oh, Cik Putri. Tuan dengan Puan keluar dari awal pagi tadi lagi. Mereka cakap ada hal penting tapi Cik Melah tak tahulah apa halnya. Jemput makan, Cik Melah dah siapkan sarapan pagi untuk Cik Putri." balas Cik Melah panjang lebar menerangkannya untuk Putri.
"Oh, begitu! Cik Melah masak apa harini?" soal Putri lagi.
"Cik Melah sediakan omellete untuk Cik Putri."
"Hm, nampak sedap. Terima kasih Cik Melah. Cik Melah dah sarapan pagi ke belum?" soalnya.
"Ya, Cik Melah sudah bersarapan tadi. Sekarang Cik Putri perlu makan cepat takut terlewat untuk ke kolej!" suruh Cik Melah takut Putri terlewat lagi. Ya, Putri memang selalu lewat ke kolej bukan kerana terbangun lewat atau apa tetapi suka terleka apabila berbual dengan sesiapa pun.
"Hehehehe, okay baiklah Cik Melah." balasnya tersenyum malu.
🌹🌹🌹
Irwan iaitu seorang lelaki yang berumur 26 tahun dan sudah berstatus suami dan bapa kepada dua orang anak lelaki. Irwan sudah berkerja dengan keluarga Putri sejak berumur 19 tahun lagi dan dia adalah seorang pemandu untuk keluarga mereka. Gajinya bolehlah untuk menampung keluarganya. Irwan menghantar Putri ke kolej dengan kereta Alphard milik Encik Hazran.
"Putri, kita sudah sampai." beritahu Irwan lembut.
"Ok. Thank you abang Irwan." ucap Putri sebelum menutup pintu kereta milik papanya itu.
Irwan memang sejak dari dahulu lagi tidak memanggil Putri dengan panggilan 'Cik' kerana Putri yang mengarahkanya supaya tidak memanggilnya dengan panggilan tersebut. Putri sudah mengganggap Irwan itu seperti abangnya sendiri.
Pada mulanya, Irwan agak susah untuk tidak memanggil Putri dengan panggilan 'Cik' kerana dia rasa dia tidak menghormati Putri sebagai majikanya tetapi lama-kelamaan dia sudah biasa. Hubungan mereka memang sangat rapat sejak dari dahulu lagi. Kalau orang luar yang tak kenal mereka, pasti akan mengatakan mereka itu adik-beradik kandung. Muka mereka pun ada sedikit iras-iras.
Belum sempat Putri melangkah masuk ke dalam kolej dia sudah terdengar suara-suara gedik yang dimiliki oleh empat orang kawan-kawannya.
"PUTRI!!!" jerit Aina kuat memanggil Putri dengan tiada langsung perkataan malu dalam hidupnya. Ya, itulah dia 'shameless person'.
"Hai korang." balas Putri pendek lalu terus masuk ke dalam kolej diikuti oleh kawan-kawannya.
"Weh, aku dengar harini ada lecturer baru yang akan masuk untuk menggantikan Lect Fatimah." beritahu Aina sambil menantikan reaksi dari seorang per seorang kawan-kawannya.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...