Chapter 92

13.3K 409 38
                                    



"Abang."

Syed mengalihkan pandangan pada isterinya dengan lukisan senyuman. Sebelah kening dijongketkan ke atas tanda kenapa. Terlebih comel isterinya hari ini, sangat feminin. Tudung shawl berwarna merah jambu yang dibelit rapi style ala-ala Elfira Loy bersama jumpsuit dress versi muslimah berwarna peach, solekkan merah-merah jambu pada wajah yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu tipis. Beberapa aksesori seperti cincin dan gelang tangan juga menghiasi diri isterinya.

"Jom singgah Mac Donald dulu sebelum balik rumah boleh?" pinta Putri. Dia teringin sejak berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lagi. Hari ini, dia pulang dengan Syed terlebih dahulu kerana lelaki itu perlu berkerja semula. Sudah berapa lama suaminya mengambil cuti, sekejap berkerja sekejap selang bercuti sepanjang dua bulan ketika Putri tiada disamping. Keluarga yang lain-lain masih lagi berada di kampung menemani Nek Syaziah.

"Dah lewatlah, sayang. Abang penat ni. Esok-esok tak boleh ke?" Syed menolak bagasi miliknya dan Putri menuju keluar dari lapangan terbang. Putri yang berjalan bersebelahan Syed sudah mencebik sakan mendengar ayat suaminya.

"Lagipun, Mac Donald tu kan fast food. Tak baiklah untuk kesihatan Putri dan baby dalam perut tu." sekali lagi Syed menambah. Lagi memuncunglah mulut isterinya.

"Ikut suka awaklah." kata Putri lalu berjalan lebih laju tanpa menunggu suaminya. Haa, dari panggilan abang tukar ke awak ni susah. Merajuk lagi. Syed..syed.

"Sayang, tunggu kejap. Jangan jalan laju sangat. Jatuh nanti susah." pesan Syed separuh jerit melihat isterinya yang sudah hampir keluar dari lapangan terbang.

Pasangan suami isteri itu masuk ke dalam kereta milik Syed. Wajah Putri masih lagi tegang, mulutnya langsung tak mengeluarkan sebarang kata-kata. Marah ni. Dia nak makan Mac Donald je. Itu pun tak boleh nak turutkan. Selepas jarinya menekan butang untuk membuka radio, pandangan terus dialihkan ke arah tingkap. Tak nak tengok muka suaminya, nak merajuk selagi tak bagi makan MacD.

"Sayanggg, merajuk ke?" soal Syed selamba. Boleh dia tanya merajuk ke tak? Geramnya. Cubit baru tahu.

"Taklah, mana ada merajuk. Tengah happy ni, tak sabar nak balik rumah. Rindu, disebabkan lama sangat tak tengok rumah tu agak-agak rupa yang sama lagi ke tak." sarkastik sangat jawapan dan ton yang diberikan. Memanglah merajuk. Isk.

"Yela, kita berhenti MacD kejap. Nak take away ke nak makan dekat sana?" soal Syed. Ini yang membuatkan hati Putri tersenyum kepuasan. Tapi, kasihan pula pada suaminya. Sekarang sudah lewat malam, esok suaminya kena bangun awal untuk ke kolej. Haih, perut janganlah mintak macam-macam lagi. Tahan tau, esok kita belilah Mac Chicken, ayam, Mac Flurry dan sebagainya ya.

"Takpelah, kita balik je. Esok jelah kita pergi MacD." pandangan singgah pada wajah letih suaminya.

"Betul ke ni? Kita singgahlah kejap. Abang okay je."

"Kita balik je. Takyah risaulah. Tapi, abang tak lapar ke? Tak nak makan?" soal Putri.

"Laparlah. Sebab tu abang ajak pergi MacD, dah sayang teringin."

"Tak perlulah, MacD dengan rumah kita sudahlah jauh. Kita bungkuskan makanan dekat kedai makan around taman rumah kita jelah."

"Mana-mana pun abang okay. Sayang, betul ni tak kesah. Nanti merajuk lagi, kesian abang je yang asyik kena pujuk." Syed berhenti ketika lampu merah menyala. Sempat dia pandang wajah isterinya disebelah. Sebelah tangan isterinya diraih dan disatukan erat.

"Tak, betul Putri tak kesah. Tapi, janji esok Putri nak makan MacD tau." senyuman dileretkan buat suaminya. Haih, saat Syed satukan tangan mereka. Teringat pula dia waktu mereka masih belum baik, baru masuk alam perkahwinan.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now