Dua bulan berlalu pantas. Hubungan Syed dan Putri makin baik hari ke hari. Syed berubah agak banyak. Usikkan masih lagi diteruskan tetapi makin banyak layanan baik, puji-pujian dan jadi romantis dah sekarang. Buktinya, setiap pagi bila Putri hendak masuk ke dalam perut kereta, Syed akan membuka pintu dan bila sampai di kolej juga Syed akan cepat-cepat membuka pintu kepada Putri.Putri pula dah biasa menyalami suaminya sebelum masuk ke kelas. Perkara itu dah jadi perkara biasa bagi mereka. Langsung tidak kekok lagi.
Mereka berdua juga agak sibuk dengan kolej. Masa untuk keluarga mereka agak kurang. Bukan agak tetapi memang sangat kurang jadi mereka berdua jarang ke rumah kedua orang tua mereka. Putri pula memang sibuk dengan ujian terakhirnya di kolej itu. Sibuk mengulang kaji. Kekadang Syed pun terbiar sebab sibuk fokus untuk ujian. Tetapi berita bahagianya hari ini adalah hari terakhir ujian Putri. Yeay dah habis kolej huhu.
Sepanjang dua bulan ini juga, banyak rancangan yang Melissa jalankan. Boleh tahan beberapa kali jugaklah Putri cemburu tetapi Syed berjaya memujuk. Melissa makin hari makin tidak puas hati melihat pasangan itu yang semakin rapat dan bahagia. Banyak taktik yang telah dia rancang untuk memisahkan Syed dan Putri. Tapi sampai sekarang masih tak berjaya, jadi dengan kepala otaknya yang memang penuh dengan idea jahat itu, dia mendapat satu idea yang sangat yakin baginya untuk memisahkan Syed dan Putri.
Megat Aiman. Syed juga ada cemburunya bila dia melihat isterinya bergelak sakan dengan Megat Aiman. Jadi Syed juga ada merajuk sepanjang dua bulan ini. Dalam rumah tangga mestilah ada asam garamnya kan?
Iyyad dan Farhana pula masih lagi bermusuh. Tetapi selalu ada sama-sama. Jumpa di sini muka mereka berdua, jumpa di sana muka mereka berdua. Sesuatu sangat.
Hanif dan Mimi? Mereka berdua dah bercintalah. Eh! Bukan bercinta tapi dah bertunang haaa. Terkejut tak? Hehe. Ibu bapa Mimi yang inginkan mereka berdua diikat. Dah nama pun suka sama suka, tunggu apa lagi. Aina pula masih lagi berseorangan. Banyak je lelaki yang nakkan dia tapi dia sikit pun tak teringin. Yang dia tahu asyik tengok drama, drama dan drama.
Saiful dan Rafiqa masih lagi bersama cuma mereka banyak bergaduh pula sekarang. Ibu kepada Rafiqa seperti tidak berminat dengan Saiful. Entah kenapa. Saiful agak terasa dan menjauhkan diri dengan Rafiqa. Rafiqa asyik menangis sepanjang malam dengan pujukkan Mimi dan Farhana. Aina? Dia kan sibuk tengok drama.
"Yeayyyyy!!!! Dah habis final exam. Finally. Wohoooooooo!!!!" jerit Putri selepas keluar dari bilik exam.
"Yeshhhhh! Aku dah boleh kahwinn. Yahoooo~~." teruja Mimi menjerit.
"Ewwww gatal kau ni." kata Farhana.
"Eh eh biarlah dekat aku! Since aku dah bertunang an so tak salah nak halalkan ikatan ini demi mengelakkan maksiat." Mimi berkata. Cewah ayat~~
Farhana mengherotkan mulutnya menyampah.
"Eh Fiqa kau ni okay tak?" soal Aina risau.
Gadis-gadis lain juga cepat melihat Rafiqa yang agak lemah itu. Rafiqa nampak sangat pucat dan tak bermaya.
"Uhh? Ak-aku okay heee." kata Rafiqa lemah.
"Ishhh kau ni. Sibuk pikir hal orang lain sampai kesihatan tak terjaga. Dahlah jom pergi klinik. Kau demam ni." kata Aina yang merasa dahi Rafiqa yang sungguh panas itu.
Rafiqa hanya mengganguk lemah maka berjalan keluar dari kolej.
"Eh jaga Fiqa baik-baik tau!" pesan Mimi.
"Yaya baiklah bakal Puan." kata Aina kepada Mimi. Mimi yang memang miang tu tersenyum gembira mendengar perkataan puan.
"Ini sebablah aku taknak cari boyfriend. Menyusahkan jelah. Nangislah. Sedih itu ini. Semak aku dibuatnya. Itulah pepatah dah cakap single is better." bebel Aina seorang diri mengikuti si Rafiqa yang sedang berjalan lemah itu.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...