"Reef, awak buat apa dekat sini?" soal Putri. Dah senja-senja takkan nak datang rumah orang lagi."Saya datang nak melawat awaklah. Awak dah sihat? Saya datang dari tadi lagi. Tapi, awak takde." soal Reef dengan matanya yang tak puas hati memandang tangan Syed melingkar di pinggang Putri.
"Oh, tak payah risaulah. Saya okay je. Saya pergi ke sungai tadi."
"Oh, awak memang suka sungguh pergi sana kan?" Zareef tergelak kecil.
'Apa yang lawak sangat, isteri aku selalu pergi sungai je pun? Sudahlah buat aku macam halimunan dekat sini. Perkenalkanlah suami awak ni sayang oi', bisik hati Syed geram.
"Of course, tenang dekat sana."
"I know right. Saya pun rasa tenang jugak dekat sana." balas Zareef.
Syed yang dah geram makin tambah lagi geramnya. Dia berdehem kuat. Ingat, aku dekat sini. Hello!
"Oh, lupa nak perkenalkan." Putri memandang Zareef lalu pandangannya kemudian singgah kepada Syed.
Syed tersenyum tak ikhlas "Yeah, berpeluh dah tunggu. By the way, I'm Syed Aqil Mikhael. Kau?"
"I'm Zareef Aiman. Nice to meet you." balas Zareef turut tersenyum dan menyambut tangan Syed untuk berjabat. Lama tangan mereka berjabat. Syed memicit tangan Zareef kuat, geram. Sama seperti Syed, Zareef juga berbuat demikian. Mata mereka yang langsung tak terlepas dari memandang antara satu sama lain.
Putri yang berdiam disebelah Syed itu memandang mereka berdua. Apa kena? Okay ke tak dorang ni? Macam nak masuk gelanggang silat dah ni. Putri berdehem kuat.
"Korang okay?" soal Putri membuatkan Syed dan Zareef meleraikan tangan mereka dari terus bersalaman. Dua lelaki itu memandang Putri dengan senyuman.
"Okay." jawab dua lelaki itu serentak.
"Okaylah, kalau macamtu. Jom masuk. Zareef awak dah nak balik ke? Senja-senja ni? Masuk dululah." ajak Putri membuatkan Syed rasa macam nak cium-cium je bibir isterinya itu. Pandai-pandai ajak orang tu masuk rumah kenapa sayang oi?
"Oh, boleh jugak." Zareef menerima tanpa segan silu. Syed hanya menyembunyikan wajah menyampahnya terhadap si Zareef Aiman ni. Nak je, dia korek lubang pastu terajang si Zareef ni masuk, pastu kuburkan. Eh, kejam sangat ke?
Putri mendahului berjalan untuk masuk ke dalam rumah, Zareef mengekori Putri dan Syed juga mengikuti masuk ke dalam rumah.
Nek Syaziah yang baru sahaja keluar dari bilik memandang mereka bertiga yang baru sahaja masuk."Eh, Zareef. Hang kata nak balik tadi?" soal Nek Syaziah pelik. Yelah, Zareef ada datang dari tadi lagi nak tunggu Putri tapi dah lama sangat, itu yang dia minta diri.
"Oh, senjalah Nek Syaziah. Nanti lepas senja sikit saya balik." balas Zareef.
"Ha, eloklah tu. Bolehlah makan malam sekali satlagi ni. Hang pi cuci muka pastu amik ayaq semayang dekat bilik ayaq dekat dengan dapuq tu." suruh Nek Syaziah kepada Zareef. Zareef mengangguk dengan senyuman.
"Haa, Putri, Syed. Tunggu apa lagi? Pi masuk bilik hampa. Mandi cepat sikit, lepastu turun kita semayang sama-sama." kali ini Nek Syaziah memandang pasangan itu pula. Agaknya dah baik kut. Lega hatinya melihat.
"Okay, tok mummy." jawab Syed dan Putri serentak. Syed mengambil bagasi kecilnya itu untuk dibawa ke dalam bilik. Putri yang sudah jauh naik ke atas itu diikut.
Sepasang mata Zareef mengikut gerak-geri Syed dan Putri. Pelik dibuatnya. Kenapa Syed dan Putri masuk ke dalam bilik yang sama? Siapa Syed? Takkan abang Putri kut? Ke dorang...eh jangan fikir negatif Zareef, takde apa-apa tu. Zareef terus pergi ke bilik air yang terdapat di dapur itu lalu membasuh mukanya serta mengambil wudhuk.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...