Chapter 13: Home sweet home

15.8K 492 5
                                    



Dari jauh Syed melihat Putri yang baru sahaja keluar dari khemahnya. Pantas dia berlari bagi mendapatkan Putri

"Jari kau macam mana? Sakit lagi ke?"
tanya Syed.

"Astarfirullahalazim." terkejut Putri sambil mengusap-usap dadanya.

"Ish, awak ni. Terkejut saya tau! Jangan risaulah jari saya dah okaylah. Thank you sebab tolong saya tadi." tambah Putri.

"Hmmm kk." selepas ayat yang pendek itu dilemparkan Syed terus beredar dari situ.
Aik! Tu je dia nak tanya aku. Baik tak payah!

Hari sudah pun menjelang malam dan malam ini adalah malam terakhir mereka berada di sini. Ikan-ikan yang ditangkap oleh para pelajar dan pensyarah tadi sudah dibakar untuk santapan malam mereka. Bila dicampur semua hasil tangkapan ikan yang mereka perolehi. Memang banyak! Pelbagai jenis ikan yang mereka dapat.

Putri dan empat orang kawan-kawannya berkumpul dan makan di dalam satu khemah kongsi mereka.

"Seronok kan tangkap ikan?" Putri memulakan perbualan di antara mereka. Dia masih lagi teruja. Best! Walaupun kena gigit dengan ikan tadi. Rasa teruja tu masih lagi ada.

"Seronok memang seronok. Tapi aku rasa kalau aku dalam situasi kau lagi best kut!" Mimi bersuara membalas soalan Putri. Saja nak perli.

"Haah! Betul tu. Sweet sangat! Macam pasangan tengah hangat bercinta. Aum." ujar Aina lalu mengenyitkan matanya.

"Hish, korang ni! Setiap perbualan kita asyik mengenai aku dengan Mr Syed. Takda orang lain ke korang nak cerita?" muncung mulut Putri. Dah penat dengan gadis-gadis yang asyik nak petik nama Syed setiap kali perbualan mereka.

"Okay. Kita stop cakap mengenai Mr Syed. Jom kita buka tajuk baharu." celah Farhana memujuk si Princess.

"Ha! Korang ingat tak sepupu aku abang Saiful yang berkawan dengan Mr Syed tu?" soal Mimi.

"Ya, ingat." balas gadis-gadis itu serentak kecuali Mimi.

"Sebelum kita datang camping lagi. Abang Saiful minta nombor Rafiqa dekat aku." ujar Mimi membuatkan Rafiqa tersenyum malu.

"Ohhhhhhhhhhh."

"Oh my goshhh."

"Dang it."

"Hmmmmm, nice topic."

Mulalah macam-macam reaksi yang di beri oleh satu per satu gadis di situ kecuali Mimi dan Rafiqa. Rafiqa langsung tidak memandang wajah kawan-kawannya. Memerah dah muka dia. Nak kata ada perasaan yang meninggi untuk Saiful tu takdalah. Cuma adalah rasa suka yang mula subur dalam hati. Auch!

"Pastu kau bagi tak nombor Rafiqa pada sepupu kau tu?" soal Putri.

"Of course!" jawab Mimi penuh keyakinan.

"Sooooo? Rafiqa dia ada chat kau?"

"Haah, kalau dia chat. Korang chat apa ke?"

"So, korang bercinta ke sekarang ni?"

"Sweet ke tak abang Saiful tu?"

Bertubi-tubi soalan diacukan untuk Rafiqa. Haih! Penyibuk betul dorang ni! Tak boleh nak berahsia langsung.

Sedikit demi sedikit, Rafiqa memberitahu tentang dia dengan Saiful. Dia memberitahu bahawa dia dengan Saiful tiada apa-apa lagi. Takda apa-apa lagi k buat masa sekaranglah! Mereka ada berbalas mesej tetapi hanyalah perbualan kosong sahaja. Tiada yang penting.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now