Chapter 84

13.8K 427 40
                                    


Syed menarik nafas panjang. Fuh, rileks. Dia baru je sampai di sungai yang terletak dihujung kampung. Tak jauh pun dari rumah Nek Syaziah. Tempat ni memang Syed selalu datang waktu kecil-kecil dengan Aniq dan Iyyad serta arwah tok daddynya dahulu.

Syed berjalan memasuki dan melintasi hutan kecil yang akan menemukan sungai disitu. Sekuntum bunga matahari yang dipetik itu disembunyikan di belakang tubuhnya. Dia sebenarnya main petik je bunga matahari tu waktu berjalan nak datang sini, entah bunga matahari rumah siapa entah. Maafkan saya dan halalkan ye. Petik satu je, tak lebih pun.

Syed memandang sekeliling sungai bagi mencari kelibat isterinya. Takpi tak nampak orang pun dekat sungai ni, maklumlah hari sebenarnya dah nak petang sangat. Mana ada yang berani nak datang sungai waktu begini. Kena tangkap dengan bunian nanti. Eh, terhiperbola pulak.

Sepasang mata koko cairnya kemudian mendarat pada seorang gadis yang bertudung litup sedang bermain dengan air sungai di celah-celah batu besar. Syed memandang gadis itu lama, cuba untuk memastikan sama ada benar atau tidak itu isterinya.

"Itu isteri aku ke? Tapi, sejak bila pulak dia pakai tudung. Aish, nak pergi tegur ke tak? Buatnya salah orang nanti, malu aku." bebel Syed perlahan kepada diri sendiri.

Syed berdehem kecil selepas dia melihat sisi wajah gadis itu. Memang isteri dia rupanya. Haih, tengok sisi pun dah manis tambah dengan hijab yang elok terletak dikepala tu. Kalau tengok depan-depan ni cairlah abang. Eh, apa aku merepek ni. Mari mulakan misi untuk memujuk sang isteri.

Syed berjalan merentasi batu-batu itu hingga dia berdiri di atas batu besar, Syed meletakkan bunga matahari itu di atas batu besar lalu dia cuba turun berhati-hati hingga berada di tengah-tengah batu itu. Dengan perlahan-lahan dia duduk cangkung disebelah isterinya.

Putri yang sedang bermain dengan air sungai itu, berhenti apabila dia merasakan seseorang disebelahnya. Sudahlah nak senja kejap lagi, janganlah takut-takutkan aku. Adoi, menyesal datang sini. Dengan berhati-hati, Putri menoleh ke arah gerangan yang baru sahaja berada disisinya. Mata lelaki itu ditatap sebentar sebelum matanya hinggap pada bibir lelaki itu yang tersenyum manis padanya. Eleh, ingat orang cairlah tu. Tak hingin pun lah. Putri terus mengalihkan pandangan pada air sungai semula.

"Hai, awak sorang je ke?" soal Syed sengaja nak umpan dulu sebelum meminta maaf dan memujuk. Tapi, Putri buat endah tak endah je, soalannya langsung tak di balas.

"Alaa, awak ni sombonglah. Saya tengah bercakap dengan awak ni." cuba Syed lagi.

"Oh, yeke? Ingatkan Encik tengah bercakap dengan air sungai ni." jawab Putri lewa.

"Kenapa saya nak bercakap dengan air sedangkan ada bidadari dekat sini."

"Really? Mana? Tak nampak pun?" soal Putri dengan nada yang seakan-akan mengejek, berlakon sedang mencari-mencari bidadari yang dimaksudkan oleh Syed.

"Di sini. Awaklah bidadari tu, bidadari yang tak pernah hilang dalam hati saya." jawab Syed lalu mencucuk jarinya pada pipi Putri. Senyuman juga dihadiahkan khas buat isterinya yang dah lama tak jumpa ni. Rindu sangat. Kalau boleh nak peluk-peluk, nak cium je. Tapi, orang tu masih merajuk pulak.

"Eleh, bukan bidadari Encik ada dekat KL ke? Hah?" Putri menjulingkan matanya ke atas.

"Sayang!"

"Apa sayang-sayang? Siapa sayang awak? Kalau tak sayang saya jangan panggil sayang!" Putri bangun lalu cuba untuk memanjat batu besar tersebut. Nak merajuk. Nak balik. Tak nak duduk sini.

Putri memanjat batu itu perlahan-lahan tapi malangnya kaki dia tergelincir kerana batu tersebut agak licin, tubuhnya melayang ke atas udara. Dia sudah memejamkan matanya, menunggu saat-saat nak jatuh.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now